Jika anda menggunakan kotak surat berjenama yahooo...dy.... Anda boleh klik di sebelah kanan surat penghantar seperti gambaran dibawah.

Jangan terkejut beruk jika tetingkap baharu muncul dengan informasi sebegini di kotak surat berjenama yahooo...dy.... anda. Yang dalam kotak merah tersebut adalah informasi penghantar merupakan alamat IP.

Bagi kotak surat berjenama google, anda boleh klik di paparan 'show original' pada surat maya pengirim. Lihat langkah dibawah.

Kemudian paparan ini akan terkeluar.

Dalam mengkaji lebih dekat informasi alamat IP penghantar, perlulah melihat pada kepala (Header) 'Received: from':
Barisan pertama 'Received: from': adalah alamat IP pelayan yang melajukan surat maya ke kotak surat gmail anda.

Bila anda melihat 'Received: from': dibarisan seterusnya, itu adalah alamat IP sebenar penghantar surat tersebut.

Barisan seterusnya juga adalah alamat IP Aplikasi yang digunakan penghantar surat tadi seperti Thunderbird, Opera, Firefox, Safari dan lain-lain. Dalam kes ini penghantar surat tersebut menggunakan Mail Apple.

Jika penghantar menggunakan paparan web (Web interface) untuk menghantarkan surat tersebut, barisan informasi akan kelihatan seperti ini.

Sekarang anda sudah mengetahui alamat IP yang asal iaitu 68.108.204.242. Untuk mencari dimanakah lokasi tersebut anda perlulah menggunakan Peralatan Domain atau ‘Network Tools’ dalam Ubuntu. Selain itu anda boleh melihat juga peralatan yang dipanggil Mengesan Surat. Thank You.
(Moral: Jika korang tidak mempunyai sifat perisikan dan malas nak layan... gunakan jalan mudah iaitu print artikel menyabotaj diri anda atau berbaur hasutan tersebut dan buat laporan polis...)
0 comments:
Catat Ulasan