VIDEO: JPM terlibat angkut pengundi Sabah S'wak
PENGUNDI HANTU Guna Pesawat Mewah Ke Kuala Lumpur??
Sementara Pejabat Perdana Menteri (PMO), Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia saling menutup tembelang yang pecah, sebentar tadi beberapa lagi penerbangan dari Sabah telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Selangor.
Menurut saksi, MAS menggunakan pesawat Boeing 747-400 yang hanya digunakan untuk penerbangan jarak jauh termasuk ke Los Angeles dan London tetapi anehnya ia cuma berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dua jam lepas.
Saksi tersebut memberitahu dalam posting di Facebook beserta gambar di atas sebagai bukti yang mengatakan:
Pesawat MAS Boeing 747-400 yg baru mendarat dr Kota Kinabalu, Sabah. Kebiasaan dlm penerbangan domestik MAS biasa menggunakan pesawat lebih kecil iaitu jenis Boeing 737-800, kegunaan pesawat yg besar spt ini biasanya utk penerbangan ke Los Angeles dan Eropah sahaja.
Tambah saksi itu lagi:
Pesawat jenis Airbus 330-300(bersebelahan dgn Boeing 747) jg dikhabarkn baru tiba dr Sandakan sejam yg lalu.
Ada juga saksi yang posting komennya di Facebook mengatakan:
Ray Chalmer Jefferson bro...saya salah seorang penumpang MH8614 (airbus 330)..semua penuh dengan pengundi sabah..yang nie comfirm pengundi asli tetapi ada diantaranya ic diragui..kami disambut oleh persatuan KDM(kadazan dusun murut)..pagi tadi ada 3 charted flight dari KLIA..kami berbaris dari jam 2.30 pagi untuk tiket,.di KLIA pada sebelah pagi ,kebanyakkan penumpang charted flight dan bangla,..tapi tak confirm bangla turun kkia atau chennai,sebab chennai ada flight pagi tadi..harap maklum..
Sementara itu, ibu kepada seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan negara meminta maaf atas tindakan anaknya yang terpaksa membawa ratusan penumpang warga Bangladesh dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Dalam posting yang dikirimkan sejam lalu, Mariyah Pit mendakwa anaknya tidak tahu menahu tentang hal tersebut kerana pada awalnya dia diarahkan untuk membawa kargo tanpa penumpang ke Kuala Lumpur.
Apabila menyedari pada saat akhir bahawa kargo yang dimaksudkan rupanya penumpang yang akan mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti, anaknya terus menghubunginya memaklumkan perkara itu sambil memohon maaf kerana telah mengkhianati amanah rakyat Malaysia.
Sambil tidak takut dikenakan tindakan kerana berani mendedahkan perkara itu, Mariyah turut meminta pembaca Facebooknya supaya berkongsi dengan semua kenalan kerana tindakan Umno membawa pengundi hantu sudah mengancam keselamatan negara.
Persoalannya, apakah penjelasan MAS, Air Asia dan PMO tentang hal ini??
JALAN PULANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Dakwaan saintis kapitalis: Asteroid bersaiz sebuah bas hampir melanggar bumi. Asteroid itu dinamakan 2012 BX34 berukuran pada diameter ena...
-
Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara... Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara TVS | Tindakan ist...
-
Ini contoh kertas saman ekor yang diposkan oleh pihak berkuasa ke rumah anda. Hanya melebihi 11 km/j anda akan di kenakan saman ekor. Amat m...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...
-
Gambar: ...Dahaga???... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kat bawah neh gambar kumpulan samseng yang disusukan Sha...










0 comments:
Catat Ulasan