Rabu, Jun 17, 2009
> NAK LAWAN YA.. BAYAQ DULU RM100 RIBU
V. Sivakumar mempersoalkan tindakan peguam speaker Barisan Nasional R.Ganesan yang mahu mahkamah mengenakan bayaran sekuriti bernilai RM100,000 ke atas Sivakumar sebelum mahkamah tinggi bersidang memutuskan kesahihan perlantikan Ganesan.Peguam Sivakumar, Leong Chok Keng menyifatkan syarat oleh Ganesan itu sesuatu yang luarbiasa.Pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap bayaran sekuriti itu apabila kes itu didengar semula 17 Julai depan.
“Peguam Ganesan menghantar notis meminta bayaran sekuriti RM100,000 tanpa memberi sebarang alasan. Ini luar biasa, sudah tentu kami akan membantah,” kata Leong. Menurut Leong pada kebiasaannya bayaran sekuriti itu hanya dikenakan kepada pihak yang bermastautin di luar negara dan atau seseorang yang berhasrat untuk pergi ke luar negara sebagai jaminan terhadap kes saman yang dihadapinya di negara ini.
Sivakumar adalah sebagai seorang wakil rakyat yang berada di dalam negara dan permohonan defenden untuk mengenakan sejumlah sekuriti seperti itu sebagai jaminan akan menimbulkan kesulitan kepada anakguamnya. Leong bagaimanapun berkata pihaknya akan memfailkan satu lagi permohonan mengenai perkara itu apabila kes berkenanan disebutsemula 17 Julai depan.
Pada perbicaraan yang didengar di dalam kamar Hakim Datuk Azhar Mohamad siang tadi, peguam Datuk Ganesan yang diketuai Datuk Hafarizam Harun memohon mahkamah supaya menangguhkan kes itu dengan memberikan tiga sebab.
Mereka memberi alasan pertama iaitu memerlukan masa untuk memfailkan affidavit untuk menghalang permohonan Sivakumar membatalkan pelantikan Datuk Ganesan sebagai speaker DUN Perak. Pihak defenden juga mahu mahkamah mengisytiharkan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak layak untuk mendengar kes ini sebagai alasan kedua dan akhirnya mereka mahu mempastikan pihak plaintif menyediakan wang sekuriti RM100,000 terlebih dahulu sebelum kes didengar semula. Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker selepas mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak./TV Antara
(Moral: Permainan umnobn untuk menolak V. Sivakumar dari memfailkan terhadap Ganesan Haram...)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
0 comments:
Catat Ulasan