Pakatan Rakyat (PR) menyuarakan keyakinan bahawa boleh memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menewaskan umnobn. Benda yang mustahil mungkin boleh terjadi kerana calon PAS dari segi peribadi mampu menewaskan calon BN.
"Bagaimana seorang yang mempunyai rekod buruk boleh dipilih semula menjadi calon BN di Bagan Pinang, ini menunjukkan BN tiada calon yang lain dan mereka tidak mahu bersungguh-sungguh membenteras rasuah. Ia juga membuktikan umnobn yang di pimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak serius mahu menghapuskan gejala ini. Kerajaan Najib tidak tekad untuk membenteras rasuah malah SPRM telah dirasuah untuk kepentingan mereka. Gejala ini mampu membuatkan rakyat menolak umnobn pada pilihanraya umum ke-13 dan menyokong PR"
-Lim Kit Siang, Penasihat DAP
Manakala penasihat BN pula iaitu Che Det mengulas bahawa beliau tetap menolak calon BN Isa Samad yang pernah terlibat dengan Politik Wang.
"Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentu semua ini akan rosak dan matlamat tidak akan tercapai. Saya tidak boleh berkempen untuk calon BN yang terbukti bersalah dengan Politik Wang sebelum ini seperti yang telah saya umumkan."
-Che Det, Penasihat Umnobn
Tindakan oleh SPRM hanyalah omongan kosong kerana itulah PAS beranggapan kenyataan ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad melambangkan tidak bersungguhnya mereka untuk menghapuskan gejala Rasuah di negara ini.
"Apa yang dikatakan Abu Kasim seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Walaupun kita tahu pilihanraya kali ini sarat dengan unsur rasuah oleh parti pemerintah. Mereka (SPRM) sepatutnya memandang perkara ini dengan lebih telus. Itu yang kita semua mahu. Kita kecewa dengan cara SPRM. mereka ibarat tiada keinginan menangani masalah yang sedia ada sekarang."
-Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS.
PM Najib mengulas pemilihan Isa Samad adalah kerana beliau dilihat popular dan diterima masyarakat di sana.
"Soalnya samada Isa Samad layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dijatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding selepas edah. Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara, ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman."
-Najib Razak, PM
(Moral: Tidak hairanlah dengan keyataan Najib ini kerana semua pemuda umnobn di N9 pernah bersuara mahu memboikot pilihanraya DUN Bagan pinang jika tidak memilih Isa Samad. Gigil juga tepurung lutut Najib)
Selasa, Oktober 06, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ak...
-
Anda akan selamat dari tindakan undang-undang, kerana anda mempunyai 'kabel' yang besar termasuk sebahagian dari pihak berkuasa akan...
-
Bernama | Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan adalah selari dengan kehendak Islam. Ia t...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan tidak mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini kerana ia tidak ditu...
0 comments:
Catat Ulasan