Memaparkan catatan dengan label Bagan Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagan Pinang. Papar semua catatan

Rabu, April 14, 2010

Isa Samad Dan Bibi Sharliza, Bagai Pinang Terbelah Dua

ADUN Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad 61 menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis isterinya iaitu bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza 40. Dengan sekali akad, Isa dan Bibi selamat diijabkabulkan di kediamannya di Kuala Pilah, hari ini. Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan merupakan seorang duda dan pernah berkahwin dengan Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada Disember 2005 akibat penyakit kanser. Manakala Bibi pula merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini.



Isnin, Oktober 12, 2009

Mereka Mengangkat Isa Samad, Satu Petanda Keruntuhan Umnobn Pada PRU Ke-13

Provokasi mereka berjaya, dengan gembiranya Azeez yang mendakwa dipukul kembali sedar dan bingkas bangun serta membuang pembalut tengkok beliau. Media lidah umno yang dahagakan berita kemenangan BN akan memaparkan kemenangan besejarah paling tidak pun seminggu di muka hadapan. Kumpulan Mat Rempit upahan umno yang memukul petugas PAS akan dibiarkan begitu sahaja oleh pihak polis.

Ada juga terdengar suara-suara ugutan dari umnobn yang mana masyarakat India yang tinggal di ladang Bratwall, Bagan Pinang terpaksa menyokong BN kerana takut semua bantuan kemudahan asas mereka akan disekat. Oleh yang demikian tidak hairanlah budaya umnobn yang suka menakut-nakutkan pengundi mampu menambah majoriti Isa Samad.

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan jika moral seorang ADUN dan menteri itu serendah lantai pakir yang layak dipijak dan di mop. Mampukah umnobn bertahan dengan kemenangan Isa Samad ini sehingga mengekalkannya di PRU ke-13 nanti. Paling tidak pun di Kota Siputeh samada umno boleh mengekalkan calonnya.

Seramai 8,013 pengundi mengangkat seorang perasuah demi menjaga maruah UMNOBN yang selama ini tercalar dengan kekalahan. Pakatan Rakyat pula seharusnya menerima hakikat bahawa pengundi awam dan tentera di Bagan Pinang mahu terus bersubahat dengan mengundi pakar rasuah satu Malaysia kerana mereka juga mahukan wang ringgit daripada menegakkan keadilan.

Lupakan sahaja jika golongan peRasuah ingin menjadikan Malaysia sebuah negara berteraskan Islam. Bagaimana mahu mengikut telunjuk ketua jika ketua itu sendiri bergelumang dengan dosa-dosa kecil dan besar. Mahukah rakyat menjadi makmun kepada ketua yang sebegini?

Kini dunia melihat menteri-menteri umnobn mudah dibeli dengan wang ringgit. Dunia akan ketawa berdekah-dekah dan berkata, Malaysia sudah matang berpolitik wang. Teruskan supaya dapat memerintah lebih lama lagi.

Sebagai penutup hari yang indah buat Najib, Muhyiddin dan seluruh menteri serta pencacai umnobn akan tidur lena diulit mimpi sehingga lupa masalah rasuah PKFZ, kematian saksi SPRM (TBH) dan ketidakstabilan MCA serta MIC yang perlu diselesaikan. zzZZZ.... camana pulak cara nak kikis poket rakyat... ZZZZZ...

Jom layan kepala... Pastikan layan sampai habis

Ahad, Oktober 11, 2009

Calon Rasuah Menang Manakala Maruah PAS Semakin Melonjak Tinggi

PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang. Bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, merayu undi, akhlak pimpinan dan penyokongnya, ternyata PAS menang berbanding dengan UMNO BN. Calonnya pengamal rasuah, berkempen menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan, mengugut, memukul, menipu dan ada unsur-unsur rasuah semuanya digunakan oleh UMNO BN.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih 2,578 undi. Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan. Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah.

Penyokong PAS jangan kecewa dan putus asa, peluang untuk memenangi pilihanraya yang lain akan datang masih terbentang luas. Bagan Pinang bukan ukuran kekuatan BN dan kelemahan PAS. BN baru menang 2 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memenangi 7 kerusi dalam pilihanraya kecil.

Umnobn, Better To Lose The Battle

Much as the likely win by Tan Sri Isa Samad in Bagan Pinang today would be welcomed by the leadership after the string of losses Umno has suffered, I am afraid what the nation needs is for Umno to lose again. This is because again we have fielded a candidate proven to be corrupt. A win by Isa would translate into an endorsement of corruption-as-usual within the party and the government that it leads. For the good of the party, the dignity of the Malay community it claims to represent and for the sake of the nationwide reform in governance and politics that we must undergo, it would be better if Umno lost today, and used the loss to begin internal reform. Corruption is the scourge of the country. Umno is a step away from being identified with that scourge.
-Tengku Razaleigh’s

Jihad Fisabilillah, Tan Sri Muhyiddin Masih Jahil

Kejahilan timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin terserlah apabila menganggap istilah 'Jihad' semata-mata untuk berperang. Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, jihad fisabillilah dalam sistem SMS yang dihantarnya tidak bermaksud untuk berperang sebagaimana yang didakwa oleh Muhyiddin.

"Jika dalam SMS itu saya menyebut 'Jihadul kital' barulah ia bermaksud berperang, tetapi saya menyebut 'Jihad fisabilillah' iaitu jihad di jalan Allah. Jadi apabila Muhyiddin anggap itu perang, dia menunjukkan kejahilannya. Jangan sebab dengan kejahilannya, maka hendak ajak seluruh rakyat yang jahil sepertinya yang tidak memahami apa itu Jihad. Kenyataan Muhyiddin itu merupakan satu dakwaan yang jahat iaitu menyatakan saya melancarkan jihad fisabilillah untuk melakukan kekacauan."
-Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

SMS itu berbunyi: "Keadaan semakin kritikal. Ramai ahli kita dipukul dan terbaru malam ini Markas Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang diceroboh dan petugas dihalau keluar. Demi Allah dengan nama jihad fisabilillah saya sebagai ketua mengerahkan pemuda PAS turun ke Bagan Pinang."

Ustaz Nasruddin menjelaskan, Islam mempunyai banyak makna 'Jihad' antaranya jihad ilmu (Jihadul ilmi) dan jihad harta (Jihadul mal) dan sebagainya. Oleh itu jihad fisabilillah yang dimaksudkan adalah perjuangan di atas nama agama sebagaimana perjuangan PAS. Ini juga sebagai motivasi untuk anggota parti yang memperjuangkan Islam turun kerana perjuangan mereka merupakan satu ibadah.

(Moral: Ceh.. timbalan perdana menteri ku.. Perkatan simple ni pun susah nak paham. Jahil bebenor. Camana nak menegakkan sebuah Negara Islam kalau begini pemikiran menteri-menteri ku)

Penyelewengan Isa Samad: Semuanya Untuk Kroni, Rakyat Hanya Nganga

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mencabar Isa menafikan semua dakwaan tersebut sekiranya beliau masih bermaruah dan berintegriti. Beliau menunjukkan satu geran tanah pantai yang membuktikan kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa.

"Isu rompak tanah, rasuah, alibaba tanah Felda oleh Isa sewaktu menjadi menteri besar selama 22 tahun lalu, sah dilakukan oleh calon BN itu. Yang buat dakwaan ini adalah mangsa-mangsa kerakusan rasuah Isa sendiri. Mereka memberi akuan dan testimonial."
-Salahuddin

Menurut Akta Tanah tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri. Apakah dengan adanya geran ini diluluskan pada zaman Isa semasa menjadi Menteri Besar menandakan berlakunya penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri.

1. Lot tanah laut Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi.

2. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

3. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Rohani (Ketua wanita Umno Bahagian) serta beberapa AJK wanita Umno Bahagian.

4. Lot tanah Costa Rica Hotel dan laut milik Syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (AJK Umno Bahagian) dan Paiman.

(Moral: Jika Isa Samad calon umnobn menang pada hari ini, maka bermula esok dan seterusnya akan lebih banyak lagi tanah-tanah yang akan diperkosa oleh beliau dan kroni-krononya.)

Sabtu, Oktober 10, 2009

Sayang Sangat Umnobn Yang Dah Karat, Kata Isa

Menurut Isa Samad, BN mahupun UMNO tidak boleh berdiam apabila kerajaan, pemimpin mahupun parti kena serang bertubi-tubi oleh pembangkang.

“Kita memang ada kekurangan dari segi menyerang, asyik bertahan. Bagi saya, kalau kita kena serang, kita kena lawan balik. Kita tidak boleh menghukum sesaorang dua kali. Pakatan Rakyat tak mahu terima. Orang UMNO sendiri dan orang ramai, tiada masalah. Saya bukan melakukan jenayah, cuma kesalahan langgar kod etika parti. Namun, saya tidak kata politik saya berakhir. Saya masih Ketua UMNO Bahagian. Saya masih aktif menyertai mana-mana kempen pilihan raya. Bagi saya, karier jatuh nombor dua, parti yang utama. UMNO parti terbaik, Saya masih yakin perkara ini berbanding PAS mahupun Keadilan (PKR). Kalau nak ikut rasa kecewa, dihukum, mungkin banyak galak cari pilihan...bagi saya mana ada pilihan selain UMNO. Saya bercakap cara rasional perasaan saya masa kena tindakan dulu. Saya terpikir, tindakan itu tidak adil kepada saya tetapi setelah fikir betul-betul, saya rasa kalau saya tinggalkan parti, itu merugikan saya kerana tiada parti lain sebaik UMNO."
-Isa Samad, Calon korupsen umnobn Bagan Pinang.

Setakat ini jika dinilai dari sudut kekuatan isu-isu yang diketengahkan kedua-dua pihak samada dari BN mahupun PAS ianya lebih memihak kepada PAS. Jentera kempen BN kelihatan amat ketandusan isu sehingga terpaksa memutarbelit isu-isu luar yang lebih kepada nasional. Terutama apa yang mereka dakwa pemerintahan Pakatan Rakyat adalah lemah.

Sebaliknya PAS tampil dengan isu-isu tempatan yang membelenggu kehidupan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Bagan Pinang. Isu-isu seperti perumahan terbengkalai, perparitan, pengurusan sampah, kebersihan dan berbagai lagi adalah dari kegagalan pemerintahan umnobn. Sebahagiannya merupakan warisan yang ditinggal kerajaan negeri semasa bawah pemerintahan Isa Samad. Setakat ini Isa Samad sendiri sebagai calon umnobn tidak dapat menjawab atau cuba diberikan penjelasan yang baik kepada rakyat. Isa Samad dilihat cuba melepaskan diri dan cuba membandingkan pembangunan Negeri Sembilan dengan Kelantan.

BN juga menemui jalan buntu dan tidak ada modal langsung untuk menyerang peribadi calon PAS. Selain cuba bermain faktor menyatakan calon PAS bukannya anak tempatan Bagan Pinang. Isu ini tidak laku di Bagan Pinang kerana Isa Samad sendiri mengambil alih kerusi DUN Linggi daripada bapanya, Datuk Abdul Samad Said. Beliau menjadi Adun kawasan tersebut selama enam penggal sejak 1978, sebelum beralih ke Parlimen Jempol pada 2004. Sepanjang tempoh itu tidak timbul pula isu "anak tempatan". Kenapa tiba-tiba apabila buat kali pertama beliau bertanding dikampung halaman sendiri, rakyat mahu disuap dengan hujah sempit itu.

(Moral: Umnobn umpama parti yang terpalit tahi kucing. Bila dua tiga orang yang dah terpalit, maka seluruh jentera akan berbau busuk piang sehingga tidak senang duduk. Memang Isa Samad lebih menyenangi umnobn kerana di situlah lubuk baginya untuk mengaut kekayaan peribadi dan kroni)

Bagan Pinang: Renungan Sejenak Sebelum Memangkah Petak Yang Tepat

Adakah orang yang pernah terbabit dengan rasuah boleh menjadi wali bagi perkahwinan anaknya?. Kitab-kitab fiqah menyebut tidak boleh. Kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar. Usahkan menjadi wali, dilantik sebagai saksi sesuatu perkahwinan pun tidak boleh. Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi antaranya mesti berlaku adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik iaitu rosak iman.

"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu. Jadi kalau kita lantik orang macam itu maka berdosalah kita sebagai orang Islam."
-Ustaz Abdullah Abdul Razak

Manakala suara dari mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menasihatkan pengundi DUN Bagan Pinang haruslah memilih calon yang baik pada nilaian agama dan bijak berpolitik.

"Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya, iaitu undi atau pilih berdasarkan calon. Lihat kualiti calon dan bukan pada jenama parti. Pengundi Bagan Pinang hendaklah teliti menilai perkara ini. Pilih yang berkemampuan dan amanah. Dengan itu anda penuhi tuntutan Islam."
-Dr Asri Zainul Abidin

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan berkata tanggungjawab rakyat adalah penting bagi memastikan negara dipimpin dengan syariat yang betul.

"Tanggungjawab sebagai rakyat adalah penting bagi memastikan negara dipandu mengikut syariat Allah. Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya harus diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan yang bersih."
-TGNA

Pengarah pilihanraya keAdilan, Saifuddin Nasution Ismail meminta pengundi di Bagan Pinang menolak calon BN, Tan Sri Isa Samad yang terkenal dengan amalan rasuah.

"Inilah trend pemilihan umno. Saya tahu satu persatu nama mereka yang ada kes rasuah, termasuklah Isa. Kalau dah rasuah itu apa hukumnya?. Islam melarang rasuah, tetapi presiden umno, Dato' Seri Najib mempertahankan pula perasuah. Najib kata ia bukan kesalahan jenayah tetapi hanya teknikal. Inilah amalan umno, mereka sudah sebati dengan rasuah."
-Saifuddin Nasution Ismail

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kedudukan Mohamad Hassan Akan Tergugat Dengan Kebangkitan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan


Ramai penyokong umnobn merasa terkilan dan meluahkan rasa tidak senang dengan perlantikan Isa Samad sebagai Calon. Penyokong tegar umno kebanyakkannya sudah tahu kesalahan besar Isa ketika bertanding merebut jawatan Naib Presiden umno pada 2005. Jika dilihat pertembungan di Bagan Pinang, boleh dikatakan 50-50 kerana orang kampung disana tidaklah segairah mana dengan lantikan Isa ini melainkan juak-juak umno sahaja. Apa yang di sajikan oleh media lidah umno hanyalah petugas-petugas umno yang datang dari luar bagi memeriahkan suasana. Kebanyakkan penduduk ditaman-taman sekitar Bagan Pinang juga memberitahu bahawa mereka masak sangat dengan perangai buruk Isa Samad.

Ramai yang menganggap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sibuk dengan tugas harian terpaksa turun dalam keadaan terdesak memandangkan Timbalan Presiden umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap datang ke Bagan Pinang. Para penduduk yang menyokong Mohamad Hasan pula dilihat tidak senang dengan perlantikan semula Isa Samad. Ada yang mengatakan kedudukan Mohamad Hassan benar-benar tergugat sekarang kerana beliau juga dikatakan tidak disenangi oleh umno pusat. Walaupun Mohamad Hassan di laporkan mempunyai skandal dengan syarikat Bumi Highway dan Selia Senggara yang banyak mendapat projek kerajaan.

Dalam pada itu kakitangan kerajaan Negeri sembilan juga terkejut dengan pencalonan kitar semula Isa Samad oleh umnobn. Malah ada dikalangan mereka merancang tidak mahu menghadirkan diri dihari pengundian.

Apa yang meragukan mereka adalah tanah-tanah yang dianugerahkan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Syarikat Daerah Port Dickson telah dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat untung atas angin dengan segera sehingga menyebabkan ramai yang menjadi jutawan segera. Lihatlah Tanah Rezab Melayu berjumlah 20 ekar yang terletak berdepan dengan Pusat Gerakan BN berhampiran Marina Bay Resort Batu 6, Telok Kemang telah berpindah milik kepada bukan Melayu pada masa Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.

Menurut satu jawapan yang dikemukakan Adun Lenggeng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, tanah hutan simpan dan hutan simpan kekal telah dianugerahkan kepada kroni-kroni Isa Samad. Malah tanah dasar laut pun turut dijual termasuk pulau dijual dengan lautnya sekali. Ini merupakan isu kredibiliti dan kepercayaan apatah lagi ia membabitkan elemen rasuah dalam urusan pentadbiran sesebuah negeri.

Kebolehan Nizar Bertutur Mandarin dan Tamil Mampu Menarik Pengundi Cina dan India

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gantang dalam ceramahnya menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil mampu mengubah haluan para pengundi dari bangsa Cina dan India daripada umnobn ke PAS.

Walaupun isunya sama namun oleh kerana kelebihan beliau bertutur bahasa mereka membolehkan pengundi bangsa Cina dan India ini lebih memahami apa yang PAS perjuangkan. Tegasnya, Umno bukan tidak menyedari realiti, walaupun menang, namun kredibiliti Isa selama-lamanya akan terus dipertikaikan umum. Tetapi oleh kerana terdesak lantaran bertubi-tubi diugut, ditekan, membuatkan Umno seperti kehilangan punca, buntu dalam membuat keputusan maka dilema itu menterpaksakan mereka memilih Isa. Sebab, sudah terang lagi bersuluh Isa Samad tidak tergolong dari orang-orang yang beramanah. Kalau betul-betul jujur dia (Isa) tidak lakukan amalan rasuah semata-mata untuk mendapatkan tempat teratas dalam pemilihan Umno dulu jelasnya.

Dalam tempoh kempen yang hanya berbaki dua hari ini, suasana kelihatan semakin hangat, terutama yang melibatkan perang psikologi, kedua-dua pihak yang bertanding dari kem BN dan PAS semakin rancak berbalas strategi. Menjurus kepada perkembangan yang sama, para pemerhati politik menilai pencalonan Isa ibarat “dicalon mati mak, tidak dicalon mati ayah”. Dalam keserbasalahan itu Umno sebenarnya terumbang ambing di medan perjudian yang amat getir hanya menunggu lihat jika untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Isa Samad: Pengundi Bagan Pinang Harus Berfikir untuk Kali Kedua

Mungkin ada di antara anda yang berfikir tiada implikasi besar kepada negara walau sesiapa pun yang anda undi. Mungkin ada juga yang masih teragak-agak tentang "Apa yang Benar" untuk kawasan anda?

Moral
Kebanyakkan kita masih keliru dengan moral seseorang itu. Jika terdetik dihati menyatakan moral UMNOBN rendah dengan mencalonkan ISA Samad, lalu di mana pendirian moral kita sendiri jika diwaktu akhir kita turut mengundi Isa. Itu tandanya anda masih tidak bermoral kerana menyokong parti yang musnah Moralnya.

Adakah Umnobn Sedar dan Membuat Perubahan
Setelah kalah berturut-turut di pilihanraya kecil sebelum ini, adakah Umnobn sudah berubah dengan reformasi baharu barisannya? Lihatlah sendiri bahawasanya mereka masih tidak berubah dan tidak memahami isyarat yang ditunjukkan oleh pengundi di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Permatang Pasir.

Kerana mengejar kuasa dan harta, mereka Umnobn masih terpukau dan sanggup menegakkan salah laku peribadi mereka di mata rakyat. Sebelum memangkah calon korupsen umnobn di Bagan Pinang, perlulah bertanya kepada diri sendiri. Jujurkah jika umnobn menang mereka akan mengubah cara memerintah negara ini. Ataupun mereka akan menjadi lebih bongkak, angkuh dan sombong. Atau sebaliknya yang lebih merendah diri dan ikhlas dalam berkhidmat untuk negara.

Anda Tahukah Niat Sebenar Isa Samad
Tanya diri anda, adakah umnobn memilih berdasarkan merit, atau terdesak untuk memilihnya?. Adakah kerana akar-umbi Umno Negeri Sembilan yang benar-benar mahukannya, atau Isa sendiri yang begitu terdesak untuk menjadi calon sehingga dia sendiri yang mendesak akar-umbi supaya mengadakan boikot tersebut?. Adakah ugutan boikot tersebut dibuat oleh mereka yang mahukan projek jika Isa dicalonkan?. Adakah Isa dicalonkan kerana dia yang terbaik di Bagan Pinang atau kerana penyokongnya mahu kembali menumpang kuasa beliau?. Kerana Wang banyak projek terbengkalai dan tidak mendapat sambutan. Harus diingat bahawasanya calon yang tercemar harus ditolak. Pilihlah calon yang bersih dan mampu merakyatkan ekonomi Negeri Sembilan.

Undi Warga Bagan Pinang Memberi Kesan Kepada 25 juta Rakyat Malaysia
Walaupun Bagan Pinang merupakan DUN kecil namun terjemahan para pengundi disana mampu memberi implikasi yang besar kepada 25 juta rakyat seluruh Malaysia. Jika Kemenangan berpihak kepada Umnobn, mampukah rakyat yang marah sangat dengan lanjutan kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara dapat memberi kesan kepada umnobn. Bagaimana pula dengan SPRM yang dilihat tidak telus menyiasat sehingga menyebabkan kematian saksi. Mampukah umnobn mengubah suruhanjaya ini jika mereka menang?.

Manakala mereka juga akan ketawa dengan kemarahan rakyat kerana rampasan kuasa umnobn di Perak. Jika umnobn menang juga maka akan bertambah suara-suara perkauman dilidah akhbar mereka. Kalau umnobn menang mampukah skandal PKFZ yang berbillion itu boleh dibongkarkan dan mengheret mereka ke muka pengadilan?. Jika BN menang, bagaimanakah mereka akan mentafsirkan kematian kugan ketika dalam tahanan dan keputusan tidak masuk akal oleh Peguam negara sekadar mendakwa hanya seorang anggota polis atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah. Jika menang lagi bermakna umnobn telah mengHALALkan RASUAH dalam politik karat Malaysia. Ingat RASUAH itu HARAM. HARAM tetap HARAM dan jangan jadi HARAMJADAH macam UMNOBN.

Jika kemenangan ini berpihak kepada PAS, sesungguhnya merupakan titik tolak untuk menuju perjalanan mentadbir negara dengan lebih adil, telus, bersih dan bijaksana. Marilah kita sama-sama bangun bagi MERAKYATKAN EKONOMI MALAYSIA.

Bagan Pinang, Muhyiddin Tertekan Dengan SMS Jihad Fisabilillah

Tan Sri Muhyiddin Yasin sangat tertekan bila mendapat sms yang menyatakan pemuda PAS mahu berjihad Fisabilillah ke atas penyokong umno yang memulakan pergaduhan di markas induk PAS Bagan Pinang tempoh hari. Beliau menyatakan ini adalah taktik terakhir PAS untuk menakut-nakutkan pengundi sekitar Bagan Pinang.

Jika Muhyiddin melihat ini adalah taktik PAS maka nampak benar beliau tidak memahami konsep jihad yang sebenarnya. Malah melawan hawa nafsu sendiri pun boleh dianggap berjihad kerana allah. Adakah pemuda PAS berjihad menolak SPR yang masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi kepada sesiapa yang menentangnya. Manakala Pihak berkuasa pula gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno. Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang. Yang paling penting sekali marilah ramai-ramai BERJIHAD MENOLAK KERAJAAN KORUPSEN.

Khamis, Oktober 08, 2009

Umno Galak Generasi Muda Yang Samseng Sertai Parti



Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat kenyataan mahukan lebih ramai pemimpin dan generasi muda menyertai umno untuk menyemarakkan perjuangan parti itu.

"Usaha kita untuk membawa perubahan dan transformasi dalam parti akan kita mulakan. Terdapat ramai perwakilan terdiri daripada golongan pemuda dan puteri dan ini memberi ruang yang lebih supaya generasi baharu dapat berperanan dalam proses meremajakan umno supaya parti itu kekal relevan.'
-Tan Sri Muhyiddin Yasin

Dalam pada kenyatan tersebut suatu tragedi telah berlaku yang mana lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Rangkaian cerita di pautan ini.

Calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad perlu melunaskan "hutang" dengan peneroka Felda Sendayan dan LBJ. Masalah yang menimpa peneroka-peneroka ini bermula semasa Isa menjawat jawatan menteri besar dan masih tidak dapat diselesaikan hingga sekarang. Salah seorang peneroka terbabit, R Thangam yang hadir di sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang di sini mengecam keras bekas menteri besar terbabit yang didakwa bertanggungjawab dalam kes ini. Menurutnya lagi, pada tahun 1996, pihak kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran kepada peneroka Felda tersebut. Klik sini.

(Moral: Jika warisan samseng yang umnobn wariskan, maka akan hancurlah negara yang akan di monopoli oleh samseng dan kongsi gelap)

Bagan Pinang and Promotion in the Army

When discussing the by-elections in Bagan Pinang, someone showed me an invitation card for the Anniversary Celebration of the 2nd Armoured Regiment at Sungala Camp, Port Dickson held on October 5th 2009. The invitees includes top army commanders and some notable UMNO politicians who have all decided to make their way to Port Dickson for the function.

As I was writing this posting, I received a call from Port Dickson to confirm that the people who attend the recent function where PM Najib had announce the renaming of Port Dickson as the Army Town had received an envelope containing cash worth RM300. How fortunate are these people to be receiving such largesse from our generous PM, and if only I knew, I wouldn't mind lining up among the mass to receive the cash that is more than sufficient to pay off my petrol expenses.

Just imagine, if there were just 500 people attending, what would be the total payout, and if it were 1000 people, just times that by two. What generosity?

>>Continue Reading... an justice for all>>>

Rabu, Oktober 07, 2009

Hanya Perlu Takutkan Allah Maha Besar


Field Marshal, Jeneral, Leftenan Jeneral, Major Jeneral, Brigadier Jeneral, Kolonel, Leftenan Kolonel, Major, Kapten, Leftenan, Leftenan Muda dan Kadet. Hangpa semua takut kepada siapa sebenarnya. Warga Tentera Malaysia di Bagan Pinang patut mencontohi tindakan anggota tentera Thailand yang mengetepikan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kerana rasuah. Masanya sudah tiba untuk melakukan satu cabaran mengubah politik Malaysia yang lebih BERSIH.

"Wajarkah Isa yang telah dibuktikan bersalah kerana Rasuah diangkat sebagai pemimpin? saya menyeru pihak tentera, bertugaslah menjaga keselamatan negara dan melindunginya daripada dikuasai pemimpin yang korup"
-Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tentera wajar memimpin gerakan kebangkitan rakyat dalam memerangi penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin sesebuah negara sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain. Dewan Pemuda PAS pusat akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana anggota tentera yang diambil tindakan kerana mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

"Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti. Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi. Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara. Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman. Sekalipun melibatkan pegawai-pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera. Harapan kita , tiada sebarang penyelewengan, Insyaallah."
-Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS

Selasa, Oktober 06, 2009

Bagan Pinang: Tidak Mustahil PAS Menang

Pakatan Rakyat (PR) menyuarakan keyakinan bahawa boleh memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menewaskan umnobn. Benda yang mustahil mungkin boleh terjadi kerana calon PAS dari segi peribadi mampu menewaskan calon BN.

"Bagaimana seorang yang mempunyai rekod buruk boleh dipilih semula menjadi calon BN di Bagan Pinang, ini menunjukkan BN tiada calon yang lain dan mereka tidak mahu bersungguh-sungguh membenteras rasuah. Ia juga membuktikan umnobn yang di pimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak serius mahu menghapuskan gejala ini. Kerajaan Najib tidak tekad untuk membenteras rasuah malah SPRM telah dirasuah untuk kepentingan mereka. Gejala ini mampu membuatkan rakyat menolak umnobn pada pilihanraya umum ke-13 dan menyokong PR"
-Lim Kit Siang, Penasihat DAP

Manakala penasihat BN pula iaitu Che Det mengulas bahawa beliau tetap menolak calon BN Isa Samad yang pernah terlibat dengan Politik Wang.

"Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentu semua ini akan rosak dan matlamat tidak akan tercapai. Saya tidak boleh berkempen untuk calon BN yang terbukti bersalah dengan Politik Wang sebelum ini seperti yang telah saya umumkan."
-Che Det, Penasihat Umnobn

Tindakan oleh SPRM hanyalah omongan kosong kerana itulah PAS beranggapan kenyataan ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad melambangkan tidak bersungguhnya mereka untuk menghapuskan gejala Rasuah di negara ini.

"Apa yang dikatakan Abu Kasim seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Walaupun kita tahu pilihanraya kali ini sarat dengan unsur rasuah oleh parti pemerintah. Mereka (SPRM) sepatutnya memandang perkara ini dengan lebih telus. Itu yang kita semua mahu. Kita kecewa dengan cara SPRM. mereka ibarat tiada keinginan menangani masalah yang sedia ada sekarang."
-Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS.

PM Najib mengulas pemilihan Isa Samad adalah kerana beliau dilihat popular dan diterima masyarakat di sana.

"Soalnya samada Isa Samad layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dijatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding selepas edah. Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara, ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman."
-Najib Razak, PM

(Moral: Tidak hairanlah dengan keyataan Najib ini kerana semua pemuda umnobn di N9 pernah bersuara mahu memboikot pilihanraya DUN Bagan pinang jika tidak memilih Isa Samad. Gigil juga tepurung lutut Najib)

Isnin, Oktober 05, 2009

Malaysia Telah Menghalalkan Rasuah: Najib

Bernama melaporkan Najib menegaskan bahawa Isa Samad hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara. Najib telah membersihkan Isa dan Najib mengisytiharkan bahawa apa Dr Mahathir dakwa sebagai "didapati bersalah" itu sebenarnya "bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara". Juak-juak umnobn yang mengamalkan Rasuah ini akan berpesta menyokong kenyataan Najib

"Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti," kata Najib dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Perancis. Baca pautan ini.

Janji Manis Umnobn Sebenarnya Rapuh

PM Najib mahu jadikan PD sebagai bandar tentera. Itu luahan pm kita yang dah terdesak menjamu dengan idea lintasan pertama. Maka idea ini sudah tentunya memberi milage kepada Isa Samad yang akan menjaja kesana sini untuk menarik hati pengundi yang dah sememangnya buta. Janji-janji pembangunan mula kedengaran walaupun rakyat di sana sudah dibohong oleh Isa dengan pembangunan yang terbengkalai dan tidak boleh diguna. Begitu juga yang terjadi dengan pembangunan memajukan Rembau oleh Khairy Jamaludin yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengaut keuntungan untuk dirinya sendiri. Ada Rakyat Negeri Sembilan masih seperti dahulu hidup dalam serba kekurangan serta tiada pembelaan oleh golongan Umnobn ini. Dengan kekayaan negara yang ada golongan ini begitu angkuh berbelanja sambil mendabik dada. Itulah kesombongan mereka, Klik disini untuk melihat keruntuhan pembinaan yang mereka agongkan. Nasib baik tidak meragut nyawa, mudah-mudahan mereka boleh sedar.

Umnobn Berubah atau diubah

DUN Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno. Satu pertiga daripada pengundi di DUN tersebut merupakan pengundi pos. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan hari ini enggan mengulas sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad akan dijadikan exco kerajaan negeri itu sekiranya memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Isa dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan tetapi meletakkan jawatan pada 2005 selepas didapati bersalah melakukan rasuah politik dalam pemilihan Umno 2004. Pergantungan itu juga menjadikan Mohamad Hassan tidak lagi mempunyai pencabar di peringkat Umno negeri, setelah menduduki kerusi Menteri besar. Niat Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar sudah dijangka menggamit perhatian serta pergelutan kuasa dalam Umno, terutama sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

Apakah sebuah kawasan yang pada 2004 ditawan oleh seorang calon UMNO yang tidak terkenal seperti Azman Mohammed Noor itu di celah-celah kekuatan pembangkang dan di kawasan ‘bandar tentera’ dengan hampir 5,000 undi pos sudah tidak boleh diyakini mampu dipertahankan oleh BN kecuali Isa yang diletakkan sebagai calon?

Kalahkah calon BN jika bukan Isa yang jadi calonnya? Jika itu keadaannya, nyata UMNO sudah diserang sakit. Penyakit hilang keyakinan iaitu satu sifat yang amat penting dimiliki dalam pertarungan. Ia satu isyarat menemui jalan kehancuran. Apakah kekuatan Isa sebenarnya? Jawatannya selama 23 tahun sebagai Menteri Besar dan beberapa tahun sebagai Menteri yang membolehkannya memberi kontrek kepada juak-juaknya yang menyebabkan beliau popular atau apa? Isa gagal mengekalkan jawatan Naib Presiden pemilihan parti awal tahun ini.

Umno Bakal Mengikut Jejak Parti pemerintah Greek yang tewas teruk dalam pilihanraya

ATHENS: Parti Sosialis Greek mengalahkan parti pemerintah, Konservatif dengan kemenangan besar dalam pilihanraya negara itu. Kekalahan teruk parti konservatif itu disebabkan kemarahan pengundi terhadap masalah skandal dan pengurusan ekonomi yang goyah, yang menyebabkan Perdana Menteri Costas Karamanlis disingkirkan selapas memerintah hanya separuh dalam penggal keduanya. Dimalukan dengan prestasi terburuk parti Demokrasi Barunya, Karamanlis, 53,meletakkan jawatan sebagai pemimpin dan berkata, ketua baru diperlukan bagi parti yang diasaskan mendiang bapa saudaranya, Constantine Karamanlis, 35 tahun lalu. AP

Hanya orang tak sihat kata Umnobn Sudah Bersih

TELUK KEMANG: Setiausaha PAS Negeri Terengganu Haji Yahaya Ali berkata zaman kehebatan Tan Sri Isa Samad sebagai seorang ahli politik telah pun berlalu. Menurutnya, kemunculan kembali Isa sebagai calon Barisan Nasional (BN) adalah cubaan ’hidup mati’ beliau untuk kembali ke arena politik nasional.

”Zaman Isa Samad telah berlalu, beliau cuba untuk kembali, sedangkan imej ’perasuah’ beliau tidak akan dapat dihilangkan, walaupun telah menerima hukuman digantung keahliannya disebabkan rasuah atau politik wang,”katanya ketika memberikan taklimat kepada pata petugas pilihanraya dari Terengganu, di Masjid Lama, dekat sini hari ini (4 Oktober).BuletinOnline

(Moral: Politik kini yang sudah berubah, cuma umnobn sahaja tidak mahu berubah kerana kesombongan dalam memerintah. Siapa tahu mungkin Bagan Pinang memberi kejutan membuatkan Isa Samad rebah oleh pengundi yang mahukan perubahan. SPR macam pariah.. berat sebelah. Mana dia hari membuang undi yang selalu jatuh pada hari selasa sebelum ini.)

Post Haru Biru

Arkib Blog