Jumaat, Mac 05, 2010
Tengku Razaleigh: Pemimpin Umno Penyebab Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tidak Mendapat Hak Menuntut Royalti
Sinar Harian: Tengku Razaleigh Hamzah menyalahkan beberapa pemimpin dahulu kerana menyebabkan empat negeri gagal mendapat hak menuntut royalti minyak.
Beliau mendakwa merekalah antara penyebab Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tidak mendapat hak menuntut royalti lima peratus.
Tengku Razaleigh, antara pengasas Petronas berkata, beliau menyiapkan pelan bagi membentuk Akta Kemajuan Petrolium, 1974.
“Wang berkenaan (sepatutnya) disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri di bawah satu dana, namun saya diarahkan menafikan hak mereka.
“Untuk itu saya mencipta mekanisma baru supaya Kelantan dan Terengganu langsung tidak berhak menerima pembayaran,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.
Bekas Menteri Kewangan itu juga mempersoalkan perbelanjaan RM20 bilion yang diberikan oleh Petronas kepada Kerajaan Terengganu dihabiskan dalam masa singkat.
“Sepatutnya wang berkenaan digunakan untuk membasmi kemiskinan dan saya kesal kerana ramai yang tidak mendapat manfaat daripada wang berkenaan.
“Petronas membayar RM6.2 bilion dalam bentuk tunai pada 2009. Terengganu mendapat RM3 bilion, Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat RM2.3 bilion dan RM0.9 bilion,” katanya.
Tengku Razaleigh menyelar salah seorang Naib Presiden UMNO yang mengarahkan ahlinya tidak membuat kenyataan mengenai isu royalti minyak.
“Pada hemah saya, dari hari ini dan seterusnya, arahan menutup mulut perlu dipatuhi,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya diarahkan supaya keluar daripada UMNO sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman.
“Apa yang dilakukan oleh saya adalah meletak kepentingan rakyat Kelantan lebih daripada kepentingan parti (UMNO).” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...
-
JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari i...
-
by Yatre Hayati Lihat. Ini adalah selipar crocs yang biasa. Boleh didapati di mana-mana. Di Uptown, Downtown ataupun Mid Valley mahupun pas...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno. Apakah den...
0 comments:
Catat Ulasan