Memaparkan catatan dengan label Formula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Formula. Papar semua catatan

Khamis, Februari 16, 2012

Urusniaga FOREX Adalah Haram


Bernama | Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.”

Jumaat, Oktober 21, 2011

Tukar Wajah Guna Teknik Photoshop



Khamis, September 29, 2011

Tindak Balas Kimia, Terangkat??





Rabu, September 28, 2011

Yamaha CDI 80: Selamba Jerr Minah Tudung Turr Pacak

Ahad, November 21, 2010

Mari Bersenam Ringan-Ringan. Kasi Pecah Lemak Perut



Terlebih makan rendang. Takut lemak membuncit boleh bikin diri nampak kontot dan katik... serta termasuk dalam list 60% rakyat malaysia obes?... Ambil masa 5 minit buat senaman pecah lemak...

Bn,Barisan Nasional logo,umno

Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Sabtu, November 20, 2010

Imbas Kembali Setelah 25 Tahun. Yang Masih Hidup Tolong Jawab?




Berkaitan: Operasi Angkara Aka Operasi Hapus
Berkaitan: Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya

Rabu, November 10, 2010

Upacara Letak Ancak Tiang Seri Khurafat

Selasa, November 09, 2010

Selepas Beberapa Hari, Tiang Ini Hilang Serinya... Kah.. Kah.. Kah...




Khamis, November 04, 2010

Galas: Tawaran RM1,000 Jika Pangkah Umno


Harakahdaily | Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.

Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.

Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.

"Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.

Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam.


Kertas Undi Tanpa logo: PAS bantah SPR tidak profesional


Harakahdaily | PAS membantah sikap tidak profesionalisme Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencetak kertas undi, kata Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

“Kita bantah ketidakprofesionalisme SPR dalam mencetak kertas undi.“Kita telah buat 3 report polis oleh pengundi, iaitu oleh Zaleha Saleh yang mengundi di peti undi SK Tengku Muhammad Fakri Petra,” katanya.

Menurutnya, Zaleha telah diberikan kertas undi oleh kerani SPR tetapi tidak ada logo parti sama ada PAS atau BN melainkan naman calon dan petak sahaja.

“Kita rasa mungkin SPR tidak sengaja atau boleh jadi sengaja. Tapi kita anggap tak sengaja.

“Cumanya kita harap kertas tersebut diterima waktu kira undi nanti, kerana ini bukan salah pegundi,” ujarnya.

Tambahnya, kes kedua di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kampung Baru di mana Zainab Jalal, isteri kepada calon PAS, juga menerima kertas undi tanpa logo.

"Sepatutnya SPR mintak maaf kepada pengundi, kalau tak mintak maaf, dia ego la tu," katanya seloroh.

Kes ketiga, pengundi Hasmah Saleh, di Sekolah Keb Lepan Jaya juga menerima kertas undi mempunyai logo parti BN sahaja.

"Kita mintak penjelasan SPR kenapa berlaku perkara ini," katanya lagi.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, PAS membuat laporan di Balai Polis Gua Musang.

“Melihat ini serius, bagaimana jika pengundi buta huruf, undi secara teka sahaja, seolah-olah ada satu usaha tertentu,” ujarnya.

Selasa, November 02, 2010

Kuasa Queen Control

Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara...

Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara

TVS | Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam beberapa acara yang tidak boleh disertai Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku Perdana Menteri.

Malah Rosmah yang turut seolah menggantikan tugas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dimaktubkan dalam Perlembagaan bagi menggantikan tugas Perdana Menteri jika ia sakit atau uzur.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia berkaitan tanggungjawab rasmi Ketua Negara sedangkan hierarki kepimpinan masih lagi wujud.

"Sekarang ini berlaku benda-benda yang tak sepatutnya berlaku, bagaimana seorang isteri boleh mewakili PM sedangkan kita ada lagi Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri.

Piala Malaysia: Kemenangan Rakyat Kelantan. Bukan Umno

1- Para penyokong bola dari kelantan. Mana pi bendera dacing senget kaler biru!!!.. Jenuh den telek... mana yerrr...




2- Apekejadah puak-puak umno dok jaja piala malaysia sampai ke Galas??? Bukankah piala tersebut perlu sampai ke Istana dahulu untuk di persembahkan kepada Sultan. Cilanat umno sanggup beri yang dah 'cemar' kepada sultan.

Khamis, Oktober 28, 2010

Program Transformasi Air Mani


Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014


Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan dan merancang untuk menubuhkan zon-zon hiburan yang merangkumi kelab-kelab malam dan spa bagi memberi kepuasan pelancong yang datang ke negara Malaysia.

Ingatkah anda PM Najib yang mahu dilihat berjiwa Islamic telah menterjemahkan surah Al-Quran semasa perhimpunan Agung Umno yang lalu dalam ucapannya. Namun beliau tidak menghayatinya. Beliau hanya berlakon.

Dan sekarang mahu pula memberi kunci baru pembuka pintu maksiat yang lebih hebat dengan rancangan penubuhan Hub Hiburan Malam. Begitu cepat PM Najib melawan arus meminggirkan konsep islamic dalam pentadbirannya demi mendapat keuntungan dari hasil arak dan lendir.

Mampukah kelab-kelab malam terhebat itu nanti dipenuhi oleh pelancong luar negara atau dipenuhi pelancong-pelancong dalam negara yang terdiri dari melayu tempatan. Ini dapat dilihat ketika adanya persidangan umno. Kelab-kelab dangdut sekitar PWTC akan penuh luarbiasa menjelang malam. Malah ada juga kelab-kelab sekitar ibukota dipenuhi oleh Pelajar IPT dan anak-anak VVIP yang rata-rata Melayu.

Berbaloikah dengan kutipan keuntungan RM1.8 bilion menjelang 2020 melalui penubuhan hub kelab malam, Tetapi moral generasi akan datang hancur lebur. Gambar dibawah ini adalah generasi clubbing. Sanggupkah anda lihat generasi-generasi keruntuhan akhlak ini memegang tampuk pemerintahan negara. Fikirkanlah... Undi Umnobn menyumbang kepada kemaksiatan. SANGGUPKAH???






Opocot... natang bewok... mamat ni bakal jadi Menteri kerja raya menggantikan Shaziman Mansor. Tungguuuu

Nota: Mat saleh datang ke Malaysia bukan untuk berhibur. Mat saleh lebih suka aktiviti kampung 'Homestay'. Banyak lagi tempat hiburan terhebat seperti di Singapura, Thailand dan Vegas. Bebalkah Umno! apa yang akan bertambah... Gangster-dol, Cina-dol, Melayu-dol, dadah-dol, arak-dol dan bedul-bedul umno.

Selasa, Oktober 26, 2010

Puteri Umno Joget Lambak di Galas

Tu diaa... umno buat dah... ewah-ewah joget... ewah-ewah gelek... ikut acuan umno habis anak gadis hilang sopannya...

Sabtu, Oktober 23, 2010

Pemimpin BN hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat

RM 70 Juta lubang kubur untuk VIP satu lagi projek BN

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.

“ada projek baru yang Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur, 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.

Menurutnya, projek pusara negara tersebut akan dibangunkan dikawasan tanah bersebelahan Tugu Negara Kuala Lumpur.

Pembinaan pusara negera khusus untuk pembesar-pembear negara itu kata neliau akan menelan perbelanjaan dari wang cukai rakyat sebanyak RM70 juta.

"jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000,"ujatrnya.

Oleh itu menurutnya, untuk meneruskan hidupnya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membelanjakan RM65 juta bagi membaik pulih kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Manakala apabila matinya pemimpin-pemimpin negara, diperuntukkan pula sebanyak RM70 juta untuk membina kubur-kubur mereka.

"(pemimpin BN) hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat,"katanya

Namun begitu, jika dibandingkan dengan peruntukan untuk membangunkan seluruh masjid dan surau seluruh negara, kata Anwar, hanyalah RM14.3 juta.

Diakhir Majlis sambutan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam tersebut, Mursyidul Am telah mengumumkan calon PAS yang dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi bertanding ddalam PRK DUN Galas. Sumber

Khamis, Oktober 21, 2010

Menara Warisan Arahan Siapa?

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).Malah Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan."Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan."Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Isnin.

Pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan PNB dijangka siap pada 2015. Menara setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion itu lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia kini iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Nota: Siapa turrr Chairman... link

Bik Mama: Abang puya lagi besar dan panjang.... kah... kah... kah....

AUKU Cibai. Mahasiswa Ikut Raptai Umno Boleh Pulak


Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu. Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Rabu, Oktober 20, 2010

Rosmah dan penganjur Islamic Fashion Festival menghina Islam?

Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival


Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidar wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan jawi secara terbalik diguna dan dipakai didada salah seorang peraga feshion yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan islamic tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO2 Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Berkaitan: Islamic Fashion Festival Banyak Dedah Dan Buka. Sesuai Dengan Jiwa Bik Mama Dan Puteri Umno

Sabtu, Oktober 16, 2010

Saifoollus... Lubang Jubur sudah Lolos. 8 Kali? Kah.. Kah.. Kah...


DNA Tidak Dikenali...??? Rahimi Osman? (Suka bersantai Menunggang Kuda)... Rashid? (Suka bersantai menunggang motosikal aka bekas banduan)... Seronoknya menunggang?... kah.. kah.. kah... Siapa yang kena tunggang turrr... kah... kah... kah....





Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya.

Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut.

Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

Sambungan bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan merekacipta keterangan palsu boleh baca disini.

Rabu, Oktober 13, 2010

Rais Yatim buat laporan polis terhadap penulis blog


Kosmo | Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam.

Post Haru Biru

Arkib Blog