Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Jumaat, April 26, 2013
Gambar: Blogger MiM Tukang Fitnah UmnoBN Kemalangan
Ketua perang siber Umno Pulau Pinang, Novandri Hassan Basri atau lebih dikenali dengan nama Dr MiM (Minda Intelek Melayu) disahkan telah hancur sebahagian dari tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 381.2 arah selatan Lebuhraya PLUS dekat Slim River, Perak.
Bagaimanapun ekoran kecederaan serius yang dialami Novandri akibat impak dari kemalangan tersebut, dia ditahan di wad kecemasan dan doktor yang merawatnya mengesahkan sebahagian tangan kirinya hancur teruk.
Kemalangan yang berlaku membabitkan Novandri yang juga naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor dan seorang rakannya berpunca dari masalah kegagalan mengawal kenderaan hingga menyebabkan kereta yang dinaiki terbabas.
Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad kerana fitnah.
Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan berbentuk fitnah dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya serta memohon maaf.
Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.
Selain itu dia juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.
Jumaat, Oktober 22, 2010
Rabu, Oktober 13, 2010
Rais Yatim buat laporan polis terhadap penulis blog

Kosmo | Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.
Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.
Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam.
Khamis, Ogos 20, 2009
Ugutan Tidak Waras Hishammuddin Kepada Blogger

Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran keras kepada blogger yang menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama. Semua pautan kepada halaman blog tersebut akan disekat dan penulisnya akan dikenakan tindakan undang-undang. Rules of demokrasi dari pak menteri dah semakin gila.
"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini. Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah."
-Datuk Seri Hishammuddin Hussein
(Moral: Kah.. Koh.. Keh.. Jumudnya pemikiran pak menteri kita. Dulu masa saluran maya baru bertapak di Malaysia, pak-pak menteri ini bersungguh-sungguh mahukan rakyatnya celik IT supaya tidak ketinggalan dan sentiasa mendapat informasi terkini. La ni bila sudah banyak informasi terkini yang melonggarkan kepala lutut umnobn mulalah membuat ugutan kepada blogger yang celik IT. Pak menteri seharusnya memantau sejak dahulu lagi laluan akses import dan export yang lebih kepada pornography sehingga menyebabkan penularan gejala sosial yang serius. Kenapa baru sekarang yek. Adakah blogger upahan umnobn sudah tidak terdaya nak backup parti korup mereka? Atau kerana takut tumbangnya parti yang pernah berdiri gah suatu ketika dahulu di PRU-13 nanti?)
Langgan:
Catatan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...



