Memaparkan catatan dengan label Influenza A H1N1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Influenza A H1N1. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 29, 2009

Korban Ramadan Dari Umno

Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani bertaruh nyawa demi menjalankan ibadah dan menegakkan kebenaran ALLAH.



(Moral: Ceh.. polis hanya membiarkan sahaja provokasi haramjadah ini. Bila kena kat batang hidung umno di putrajaya suatu ketika dahulu, sepantas kilat pihak polis menahan penganjur siap dengan sekatan jalan lagi. Jangan dok diam, semua muka terang dan jelas lebih senang polis mengecam dan mendakwa mereka sebagai penghasut kepada perbalahan kaum)

Rabu, Ogos 26, 2009

Jangan Topengkan Minda Anda

Isnin, Ogos 17, 2009

Sudah 64 Orang, Kerajaan Perlu Perhebat Pantauan H1N1 dan Jangan Main-main

Dua lagi mangsa H1N1 meninggal dunia menjadikan keseluruhan 64 kematian setakat ini manakala 33 lagi masih dirawat di Unit Rawat Rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang mempunyai simptom H1N1, tetapi enggan memakai topeng mulut.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal terhadap kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi yang semakin serius di negara ini. Kerajaan seolah-olah tidak serius mengenai wabak pembunuh itu hingga ramai rakyat menjadi mangsa. Malah kempen besar-besaran yang di umumkan kerajaan juga tidak berkesan dan apa yang sepatutnya kempen tersebut berjaya mengubah kesedaran rakyat terhadap Pandemik ini,” lapor Sinar Harian. Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican mendedahkan sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak Influenza A (H1N1) meninggal dunia akibat kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus pula angkara kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan.

(Moral: Menteri kesihatan jangan duduk sahaja dan mencari alasan untuk kelentong wartawan. Injection dari pak Najib sudah masuk untuk mencegah penularan virus H1N1. Takkan nak tunggu salah seorang menteri dari umnobn kiok baru nak istiharkan darurat dan mewartakan kawasan panas H1N1. Perlu ingat kematian makin bertambah dari hari ke hari (bukan wakil rakyat). Hai pak Najib kenapa NKRA yang hang umumkan baru-baru ini tidak menyentuh langsung soal kesihatan dan Virus H1N1. Dah terlupa ka... maklumlah semuanya dah tua...)

>> Ubat ini mungkin boleh sembuh>>>

Jumaat, Ogos 14, 2009

TamiFlu for Treatment H1N1



Treatment and Prevention
When you or someone in your family begins to experience flu symptoms, you have 48 hours to take action. Trust TAMIFLU, the number-one prescribed antiviral flu medicine*:

  • For flu treatment: When taken within two days of experiencing symptoms, TAMIFLU works by helping to stop the flu virus from spreading inside the body
  • For flu prevention: When you have been exposed to someone with the flu, taking TAMIFLU can help keep the virus from making you sick

Taking TamiFlu
TAMIFLU is a prescription medication for flu prevention and treatment in adults and children aged 1 year and older.

  • TAMIFLU is available in pill form
  • TAMIFLU is also available in a fruit–flavored liquid form with a dosing dispenser for children 1 year and older and for adults who have difficulty swallowing the capsule.
  • TAMIFLU can be taken with or without food. As with many medicines, if you take TAMIFLU with a light snack, milk, or a meal, the potential for an upset stomach may be reduced.

>>More Information About TamiFlu, Pro & Contra>>>

Protect Yourself
-Use mask


Please Don't Do That
-AVG Anti-Virus System
-Norton Anti-Virus
-Kapersky Anti-Virus and others

Khamis, Julai 02, 2009

> AYAQ LIOQ PATI LAIN

"Pelancong asing dan tempatan yang tiba dari luar negara perlu menjalankan ujian air liur jika pemeriksaan saringan di pintu masuk negara menunjukkan mereka mempunyai simptom Influenza A (H1N1)."
-Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan

"Ramai pelancong masih sangsi untuk datang ke Malaysia kerana penularan wabak itu di negara ini tetapi pada hal situasi di sini bukan serius seperti apa yang digembar-gemburkan oleh media,"
-Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri perlancongan

Tiga kes terbaru jangkitan tempatan melibatkan tiga pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras. Satu kes lagi akibat jangkitan kes ke-147, seorang pelajar lelaki 25 tahun yang pulang dari Jakarta 22 Jun dan demam lima hari kemudian. Seorang lagi akibat janggkitan kes ke-143, wanita Malaysia 18 tahun yang pulang dari United Kingdom pada 26 Jun dan ke jabatan kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya keesokannya. Sejak 17 Jun peningkatan terbaru ini menjadi jumlah keseluruhan 196 kes.

Pelancong memang mengambil kisah pasal penularan selsema babi ni. Tapi yang mengherankan geng-geng kat bawah ni. Mereka tak kisah semua tu asalkan boleh masuk dan bekerja di negara Malaysia walaupun secara haram.

Jabatan Imigresen Perak menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Pelantar di sekitar Pelantar Ikan Pantai Remis, Lumut, Perak, Rabu. Menurut kenyataan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Lumut, mereka yang ditahan terdiri daripada 26 warga Myanmar termasuk dua wanita, tiga lelaki warga Nepal dan seorang wanita Indonesia.

Satu rusuhan kecil berlaku di Kem Tahanan Imigresen Semenyih dekat Kajang Rabu membabitkan 30 warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar. Dalam kejadian pada kira-kira 8.00 malam itu, pendatang asing tanpa izin berkenaan didapati memecahkan dinding bilik tidur masing-masing. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakarudin Che Mood ketika dihubungi berkata, bagaimanapun tindakan pantas pihak imigresen dapat mengawal kejadian rusuhan itu daripada merebak.

(Moral: Jangan buat hal di tempat orang. Nanti macam-macam hal akan dapat)

Selasa, Jun 30, 2009

> PANTAU ATAU TUTUP

Media yang terlalu membesarkan isu selsema babi (influenza A (H1N1) akan menyebabkan kedatangan pelancong ke Malaysia dari negara berpotensi seperti China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan menurun sebanyak 20 peratus bulan ini berbanding tempoh sama tahun lepas di samping berlaku pembatalan 2,000 pakej melancong dari Tokyo. Oleh kerana kecanggihan teknologi, apa yang ditulis hari ini sudah boleh dibaca di Beijing dan Shanghai kemudiannya. Jadi atas faktor itu media perlu seimbang dalam penulisan dan penghasilan berita mereka. Kita perlu jelaskan yang belum ada kematian dicatat akibat virus itu di negara ini berbanding virus Sindrom Penafasan Akut Yang Teruk (SARS) yang melanda sebelum ini. Kebanyakan pelancong turut mempersoal apakah perbezaan antara pelajar dan pelancong kerana bagi mereka semuanya adalah manusia dan setiap manusia boleh dijangkiti virus itu.
-Datuk Seri Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan

(Moral: Adakah kes (H1N1) yang memudaratkan rakyat malaysia perlu ditutup supaya pelancong boleh datang ke negara ini walaupun dia dijangkiti selsema babi. Kalau begini tindakan diambil akan ramailah rakyat malaysia akan dijangkiti.... gruoog...gruoog...hyaiiiceemm...gruoog...gruoog... Babi yang selsema)

Post Haru Biru

Arkib Blog