Memaparkan catatan dengan label Manek Urai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manek Urai. Papar semua catatan

Khamis, Julai 16, 2009

MENGAPA YE KALAH?

Media elektronik dan cetak yang banyak mempopularkan calon umnobn dengan provokasi yang memberangsangkan. Memanipulasi calon pas sehingga mengwujudkan tanda tanya. Hebat sungguh media penjilat temolok umnobn nih. Kalau dikira tak cukup jari tangan.

Jentera Kerajaan dari pelbagai agensi dikerah bagi menjayakan hari pengundian di Manek Urai. Memang hebat sungguh mereka. Walaupun terdapat juga kecelakaan kecil di hari pengundian tempoh hari, geng umnobn berjaya pusing balik sebab adanya pertolongan dari penyebaran penyelewengan informasi. Juak-juak Pas jugak yang terkena.

Perbelanjaan yang di salurkan selama lapan hari di Manek Urai memang besar. Loaded giler mereka nih. Dari pot polis, tempat berteduh kereta sehingga pengangkutan udara dan darat boleh meletakkan umnobn sebagai pembazir duit yang cemerlang. Itu belum termasuk beg-beg hitam yang sememangnya berat nak mampus bila mengangkatnya di waktu siang. Dan akan ringan di waktu malam.

Calon umnobn Tuan Aziz Tuan Mat yang berpengalaman, berilmu, berjawatan sebenarnya mampu meletakkan umnobn berdiri gah dengan haluan karatnya. Walaupun jauh beza usia beliau dengan Abe Uji, namun yang pasti muda-muda dah perut kedepan. Kenapa ye... banyak duduk kot, yang buat kerja tangan dibawah dan tepi.

Kerja keras dan usaha umnobn di Manek Urai sangat memberangsangkan. Bekerja siang memujuk pengundi dan menaburkan janji-janji manis masam serta bekerja malam menaburkan pulak kertas wangi warna purple dan hijau. Kuatnya bekerja tak berehat ka.

Imbuhan kepada pengundi-pengundi kota yang pulang serta orang kampung jika melakarkan tanda x pada kotak yang terdapat lambang kati. Kalau diperhati betul-betul pada cetakan kati yang bewarna biru tu nampak sama paras imbangannya. Dan bila diperhatikan juak-juak umnobn nampak pulak kesengetan kati tersebut.

Dengan kekayaan dan jentera yang umnobn kuasai serta pengaruhi memang layak meletakkan mereka dalam tahap menang dengan selesa sepatutnya. Apa yang terjadi adalah sebaliknya... kenapa ye?

Ada sesiapa yang boleh selesaikan kekusutan ini....?

Selasa, Julai 14, 2009

SENIPIS SUTERA

Pilihanraya kecil di DUN Manek Urai merupakan sejarah kerana sebanyak 88 peratus yang keluar mengundi berbanding dengan pilihanraya kecil sebelumnya. Dengan peratusan ini dapatlah dilihat kedua-dua calon parti bekerja bersungguh-sungguh bagi mendapat sokongan para pengundi. Mungkin dengan pemberian wang oleh barisan nasional menyebabkan peratus keluar mengundi meningkat. siapa tahu? hanya umnobn aje yang tahu... kah...kah...kah.

Keputusan pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang diumumkan sebentar tadi mendahulukan Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) sebagai calon PAS mengalahkan Calon Barisan Nasional. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.

Pesanan untuk umnobn hangpa jangan lupa keluaq pitih untuk membina sebanyak 564 buah masjid seluruh kelantan. Kotakanlah janji hangpa walaupun kalah.

(Moral: Setelah berpenat lelah selama 8 hari di Manek Urai maka ramailah yang pulang ke kawasan masing-masing. Hati-hatilah memandu ingatlah yang tersayang. Jangan jadi macam drebar bas RapidKL dah ler.)

STOP, TUTUP BUKU TUNGGU KEPUTUSAN LAK


Pusat pembuangan undi sudah ditutup. Berehat lah korang dan kasi SPR pulak mengira dan tunggu keputusan seawal 8 malam ini. Kira-kira 76.2 peratus atau 9,359 daripada 12,293 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga pukul 1 tengah hari Selasa.

DUIT DATANG DARI UDARA


Semalam beg yang sama beratnya dimuntahkan dari helicopter bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin. Adakah hasil yang ada didalam beg ini akan diagih-agihkan pada hari ini hari pengundian di Manek Urai atau malam sebelum pengundian?

Menurut Datuk Husam sudah dua kali rombongan Muhyidin membawa beg yang sama bentuknya. Beliau berkata pihaknya memang menerima laporan ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah dan beberapa orang telah membuat pengakuan mereka telah menerima sejumlah wang bagi pihak keluarganya. -Buletinonline

>>Terdahulu beg hitam tu jugak>>>

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

>>Pendedahan Malaysiakini>>>

(Moral: Ada yang panggil ringgit. Ada yang panggil dollar. Ada yang panggil baht. Ada yang panggil rupiah. Semua ini duit. Bikin orang belit.... Ramai orang yang berkata. Duit punca banyak dosa. Jangan sampai makan rasuah. Nanti bangsa jadi musnah.... Artist: M Nasir)

Isnin, Julai 13, 2009

TOK GURU BIDAS STRATEGI UMNOBN

Oleh kerana hari pengundian di Manek Urai jatuh pada hari bekerja yang diaturkan oleh umnobn maka keputusan yang dibuat oleh Tuan Guru adalah munasabah. Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa. Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian."
- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

TERDESAK MENAHAN MUNTAH

Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan) telah menconggakkan figure sebanyak RM7 juta untuk membina sebuah jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama di Kampung Manek Urai Lama jika umnobn menang di Manek Urai. Ini merupakan amalan pemanis mulut barisan nasional yang mahu menarik para pengundi sejak dahulu lagi. Jika umnobn mengamalkan politik bersih, tak payah menunggu hari pengundian untuk membangunkan sesebuah negeri yang bukan jajahan mereka. Bila dilihat kekayaan negeri sabah yang telah dikaut oleh kerajaan pusat sejak 1970 memang menyedihkan. KDNK Sabah adalah melebihi kekayaan Selangor. Dari teorinya dengan kekayaan ini mengapa kerajaan pusat masih mengabaikan rakyat Sabah sehingga sekarang yang hidup serba kekurangan?.

"JKR sudah mentaksirkan kos membina jambatan baru itu nanti adalah sebanyak RM7 juta. Kita BN janji jambatan baru itu akan dibina sehari selepas kita menang. Janji capai kejayaan dulu. BN kalah pun kita tetap bina 564 buah masjid di seluruh Kelantan. Saya minta pengundi buat solat istikharah. Tidak salah memilih BN kerana BN mampu membawa perubahan dan pembangunan."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Awang Adek Hussin juga akan pening jika umnobn kalah di kawasan tersebut. Pembinaan sebanyak 564 buah masjid yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dilaksanakan. Janji mesti dikotakan, jika tidak akan memakan parti umnobn itu sendiri.

Untuk anak kelantan di perantauan korang kenalah memahami luahan ini yang datangnya dari seorang mufti. Bukannya dari mulut busuk umno karat.

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun. Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”
- Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


(Moral: Budaya dan amalan turun temurun merupakan kekuatan rohani dan jasmani setiap masyarakat. Hanya umnobn sahaja yang melacurkan budaya ini sehingga hilang dari mata masyarakat. Kehidupan dikota jauh berbeda hang=hang, aku=aku. Kalau dikampung aku sikap ni memang tak dak langsung dalam kepala penduduk. Hang susah=kami tolong, Hang sakit=kami carikan ubat, Apa!! hang nak kahwin... Tak pa.. ramai anak dara kat sini baik-baik budi bahasa dan akidahnya. Hang jagalah sebaiknya)

Ahad, Julai 12, 2009

TAK LAYAN MANEK URAI, SIBUK

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin. Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus. Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas. Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau. Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh.

“Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang. Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan. Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka. Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat.”
- Abdul Fatah

(Moral: Jangan terkejut jika anggota polis yang berpakaian preman akan berbaris bersama penduduk kampung untuk mengundi. Ehh.. demo oghe baru ko kat kampung nih.??)

Jumaat, Julai 10, 2009

GAJAH DIALAHKAN PELANDUK


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan akan menjadikan penduduk Manek Urai sebagai anak emas jika umnobn (Pembangkang) dapat merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Maka berlari dan berteriak lah Datuk Mustapa Mohamad yang dikenali sebagai tok stopak mencanangkan kepada penduduk akan hal ini.

"BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai PAS. Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini."
- Datuk Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

(Moral: Jika kami umnobn sebagai pembangkang menang di manek urai, kami akan bawa semua penduduk naik helicopter meronda sambil makan angin...burrrrghhh.. kembung perut)

PAS AKAN KALAH JIKA...

UMNOBN menggunakan taktik kotor tong sampah mereka seperti menggunakan wang ringgit, mengugut pengundi dan menipu undi dengan pengundi toyol. Dengan 3 cara ini umnobn mungkin mampu menewaskan PAS yang sedang mendahului liga politik setakat ini. Dengan wang ringgit umnobn mampu membeli penyokong-penyokong yang mengambil haluan tengah. Jika wang ringgit digunakan umnobn akan berbelanja sebanyak RM25juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang. Banyak tu pembelanjaan dikeluarkan. Ini belum lagi dicampurkan kos selama 8 hari berkempen di manek urai. Selain daripada itu umnobn menggunakan strategi dengan menunggang SPR meletakkan tarikh mengundi pada hari bekerja, namun tidak mematahkan semangat jentera PAS bagi berkempen menarik penyokong diatas pagar.

"Seperti biasa, Umno memperalatkan SPR dengan menetapkan tarikh penamaan dan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa sekali gus tidak mewajibkan kepada semua majikan yang kakitangan mereka adalah merupakan pengundi agar melepaskan mereka pulang untuk membuang undi pada hari terbabit. Dia tahu bahawa pengundi ini akan balik mengundi PAS dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang mereka, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari bekerja. Strategi tersebut merupakan tindakan yang bersifat makan diri apabila mereka bertindak kurang bijak menghina latar belakang calon kita dengan membandingkan dengan calon mereka selain pertembungan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang keras terhadap Umno. Saya percaya bahawa Manek Urai akan menjadi pukulan maut dan pusara kepada Umno. Ini kubu kita, rumah kita, kita bertarung di padang sendiri."
- Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Penasihat Jentera Operasi PAS

...DAN PAS AKAN MENANG JIKA PENGUNDI BIJAK... DIBERI AMBIK... DISUAP NGA-NGA... PANGKAH TETAP BULAN.

(Moral: Kalau wang ringgit jadi pertaruhan, yang mana dok kat luar tu pakat balik lah.. RM5K seorang weh... Kah...koh...keh... Mata duitan)

Khamis, Julai 09, 2009

NASHARUDIN SUDAH SIHAT


Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini. Beliau tidak ke Manek Urai kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai. “Kita buat jadual ceramah hari-hari. Kalau beliau (Nasharuddin) datang baru kita masukkan dalam jadual. Mungkin juga dia (Nasharuddin) segan nak mari,” kata beliau di Kuala Krai.

THE FLYING RINGGIT

Manek Urai: Can never really understand all this huge temporary facility just for eight days from nomination to election and must have cost the government millions of ringgit.








Source: Hawkeyejack

Rabu, Julai 08, 2009

SUKA MEMBAZIR: AMALAN SIAPAKAH ITU?

Umno boleh berjanji apa sahaja sebab itu sudah menjadi trend mereka, tapi kita yakin khususnya pengundi-pengundi Manek Urai sudah masak dengan keadaan ini. Rakyat boleh melihat dengan mata kepalanya sendiri.

"Saya mendapat maklumat bahawa Umno akan menggunakan pelajar-pelajar sebuah kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa selain pelajar, pensyarah dan kakitangan IPTA negeri ini untuk berkempen di Manek Urai. Kesemua mereka ini akan diletakkan di bawah pengawasan Pergerakan Pemuda Umno bagi tujuan menjalankan kempen tersebut."
- Salahuddin Ayob, Naib Presiden PAS

Jentera peperangan
Menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM. Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN. Dengan kehadiran beberapa buah kereta perisai turut dilihat ialah deretan lori FRU bersama anggotanya yang berkawal seolah-olah akan berlaku peperangan. Penggunaan pihak polis yang menggunakan "kawat berduri" kononnya bagi menghalang penyokong kedua-dua belah pihak membuat kacau, jelas merupakan satu lagi kedangkalan yang amat nyata.

Tanda Ingatan dari umnobn
Tindakan Umno mengunakan dana Kementerian Pelajaran bagi memberikan uniform dan beg sekolah secara percuma kepada 6,142 pelajar sekolah rendah tanpa mengira mereka itu anak orang kaya atau tidak, sedangkan pelajar yang benar-benar susah ditempat lain tidak 'diingati' langsung seperti hak pelajar bumiputra dan orang asli di pedalaman negeri Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan pelajar lain yang masih susah di seluruh negara.

Ingat Sebelum Berpaling
Menurut Arman, bahawa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan dan 'Bere Hijau Komando' mereka telah dilucutkan beserta pemotongan elaun komando kerana didakwa membantu kempen PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 11 pada 2004, namun tiga rakannya itu kemudiannya mengaku bersalah.

YB JANGAN JADI PAHAT DENGAN PENUKUL

Bila sudah bergelar `Yang Berhormat' janganlah terpengaruh dengan kata che det yang melayu mudah lupa. `Yang Berhormat' perlu melaksanakan dan mengutamakan tugas serta tanggungjawab membela nasib rakyat. Bukannya duduk saja menunggu kerja. Sepatutnya turun padang berjumpa rakyat dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

"Lebih parah jika terdapat sebilangan wakil rakyat terlupa falsafah yang lebih mendalam dan pengertian tanggungjawab kita tentang amanah yang besar ini. Kita jangan terleka dengan momokan yang diuar-uarkan sekarang `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sedangkan hakikatnya nasib rakyat tidak dibela dan diutamakan."
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

(Moral: Sibuk hari ni YB... Biasalah ada pilihanraya kecil kena lar tunjuk muka kat penduduk)

Ahad, Jun 21, 2009

> CEMAS BERCAMPUR GABRA

Kebangkitan Pakatan Rakyat dengan gabungan parti yang ampuh telah mengusarkan barisan umnobn. Kegusaran yang wujud dalam setiap diri juak-juak barisan umnobn mampu menggoyahkan partinya yang kini berada dalam keadaan cemas dan tidak selesa. Macam pacat kena abu....

“Umno hari ini jadikan apa sahaja untuk jadi isu sebab mereka dalam ‘kelemasan’. Dan terbaru, Kerajaan Perpaduan dijadikan isu untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi PAS mahu Peranan Pemuda dengan menyusun strategi untuk menarik sokongan rakyat terutama golongan muda. Kita (PAS) mahu orang muda yang ramai ini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Ahli serta jentera parti wajar diingatkan mempertahankan kemenangan Islam adalah merupakan satu tanggungjawab setiap individu".
- Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

Imbasan: Manek Urai-Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil. mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dan menantikan peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya. Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah. Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005.

(Moral: Dahulu kami tidak macam ni... kami banyak menolong dan membantu masyarakat supaya berdaya saing dan maju. Kami wujudkan pembangunan sehingga negara dikenali merata dunia. Tapi sekarang kami dah kabur... maklumlah kami sudah tua. Dah 63 tahun kami memerintah dan melihat duit hasil negara bertimbun-timbun.. Kami juga telah menswastakan syarikat-syarikat kerajaan yang dahulunya membantu rakyat. Kami mahukan keuntungan berlipat ganda. iskk..isk... syarikat glc kami dah tidak menguntungkan.... huaaaaa....)

Sabtu, Jun 06, 2009

> CUTI-CUTI KAMPUNG

Perjalan malam memang memenatkan apatah lagi dalam keadan cuaca yang malap dan hujan yang lebat. Malam ni bersama rakan-rakan menaiki kereta sewa berjenama nissan bluebird hasil 'tong-tong' dari poket masing-masing meredah kabus melalui Gerik Jeli. Pemanduan kawan aku sangat memberangsangkan. Setiap selekoh mesti berbunyi geseran tayar belakang (Pengaruh Initial-D). Masing-masing terdiam bila selekoh-selekoh tahap advance dilayan dan hanya kedengaran alunan peti musik berjenama sonny exploid. Kuat dan stabil lagi kereta usang ni walaupun masih dressing orang lama. Hampir enam jam perjalanan sejauh 450km itu dan sungguh meletihkan.

Sampai di tengah bandar Newcastle suasana sudah sunyi sepi dan tak happening. Trit..Triitt.. hp aku berbunyi.. Salam hang dok tunggu kat mana tu. Kawe kat white House.. demo mari alik ni. Sampai sahaja kawan aku terus bawa ke rumah dan bermalam 4jam di rumah dia. Besok kita mulakan program yang dok bincang hari tu.

Selepas sarapan pukul 9 pagi kawan aku bersuara. Kereta demo tinggal kat ghumah kawe selamat sikit. Gempak la corolla klasik, berapa hang habih buat sampai jadi macam nih... Jangey tanya, naik aja. Perjalanan ke Rantau Panjang memang menarik, lurus je jalannya. Sekali sekala dengag bunyi ngauman exzos dan hembusan 'Blow of Valve HKS SQV2' yang nyaring menikam gegendang telinga. Perghh... kuat giler kuda tua ni... tenaga apa yang dok dalam bonet kereta hang?. Dengan selamba dia jawab enjin Toyota Supra RZ TT. Sampai ja kat Rantau Panjang kawan aku buat kejutan. Demo mari jauh, jom kawe bawa demo masuk sempade. Boleh ka kami semua tak dak passport. Tork jadi hal... sambil menekan minyak menuju ke imigran. Sampai saja dia terus angkat tangan dan berlalu macam tu sahaja. Ceh!!! senang sangat masuk guna passport cap tapak tangan ja. Kawan aku tersenyum.

Setelah memarking kereta di tempat selamat, semua pakat turun dan menghirup udara Thailand... Nak shoping alik ni mughoh sikit, tapi demo jange terpedayo denge penjual ni, kuat belit jugork. Tino siey comey-comey, kalau demo sangkut kawe tingga demo klek sendiri kah..kah..kah... Hampeh.. macam-macam barang pelik ada kat sini. Dari pakaian berjenama, sehinggah senjata cetakrompak. Nampak macam real. Sampai lencana polis Malaysia pun dijual... KOOL. Budak tempatan kat sini naik motor semua tak pakai helmet dah tu naik sampai 4 orang... KOOL GAK. Dari kedai kesatu kedai yang lain sempat juga menjeling kehidupan di sini memang hippies. Kalau tak dak bekalan dijiwa boleh tergoda jugak. Sesekali terpandang melayu semenanjung yang sedang bershopping dan ada yang tersenyum puas. Keh..koh..keh... Hari ni akubeli apa yang patut ja. Kawan-kawan aku sakan berbelanja, almaklumlah kerja hebat belaka. Hampir sehari suntuk menjelajah, pakat-pakat pi pekena real tongyam. TERSANGAT KOOL.. kawan aku kata tak dak yang hebat melainkan di sini. (Nak tahu pergi sendiri).

Hari ni sejarah aku sebab boleh pi tempat orang dengan mudah. Pengalaman dapat mengubah minda. Asyik dok kat kampung ja kusut gak. Dan esoknya kami pulang menyusuri Kuala Krai - Manek Urai - Gua Musang - Merapoh - Lipis dan belok masuk kampung aku.

(Moral: Jauh perjalanan Luas Permandangan dapat Pengetahuan. Dok kumpul duit nak pi ke tempat lain pulak. US KOT)

Khamis, Mei 28, 2009

14 Julai di Manek Urai


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini. Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

(Moral: Bertanding dengan jiwa yang bersih)

Post Haru Biru

Arkib Blog