Memaparkan catatan dengan label buang duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buang duit. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 25, 2011

Akibat Boros Berbelanja, Kroni dan Rasuah, Kerajaan Kekurangan Dana RM5 Bilion Pada 2010


Kerajaan Persekutuan mengalami kekurangan dana berjumlah RM5.95 bilion berikutan perbelanjaan melebihi dana asal iaitu sebanyak RM519.99 bilion pada 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkata, Kerajaan Persekutuan membelanjakan dana sebanyak RM525.93 untuk membiayai pembiayaanmengurus, pembangunan, Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), modal, bayaran balik pinjaman dan amanah ataupun deposit.

"Kekurangan dana ini dibiayai dengan wang tunai menjadikan baki wang tunai pada akhir tahun 2010 berkurangan kepada RM21.57 bilion," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Selain itu menurut laporan tersebut, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahunlalu adalah 53.1 peratus iaiti melebihi 50 peratus dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Sementara jumlah hutang negara pada 2010 berjumlah RM407.1 bilion iaitu menyaksikan peningkatan daripada RM362.39 pada 2009.

Bagaimanapun jumlah kutipan cukai pada tahun lalu meningkat sebanyak RM1.01 bilion iaitu RM159.65 berbanding RM158.64 pada 2009.

Jumaat, Januari 08, 2010

Turun Naik

Harga enjin jet sudah turun mendadak. Dari RM50 juta turun ke RM28 juta dan terus jatuh RM303,570.00 ribu hanya beberapa hari sahaja. Mengalahkan nilai tukaran wang asing di forex trading. long buy or short sell?

Orang ramai sudah turunkan ranking pembelian suratkhabar cetak media karat sebab kurang tepat. Ramai yang suka baca free di media online. Info lebih cepat, murah, jimat duit dan boleh top-up benda lain.

Apa pula yang naik ekk.


Sebab tulah kelulusan lesen judi makin menaik ranking-nya.

Selasa, Disember 22, 2009

Ini Bukan Enjin V6 Twin Turbo

Bukan satu rupanya dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM. Ia hilang dalam masa 5 bulan sahaja. Boleh lihat kronologi di bawah seperti yang dilaporkan dalam Berita harian 22/12/2009.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM • 26Jun 2007 – enjin pertama dihantar keluar • 1November 2007 – enjin kedua dihantar keluar • Mei 2008 – enjin disedari hilang • 4 Ogos 2008 – laporan polis dibuat • 13 Mei 2009 – kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara • 25 Jun 2009 – kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan • 18 November 2009 – kertas siasatan dihantar semula. ~Asal~

>>Berkaitan>>>

Selasa, Oktober 13, 2009

Duit Rakyat Diatas Nama KD Seri Inderapura Akan Ditenggelamkan


Kapal pengangkut milik Tentera Laut Diraja Malaysia KD Seri Inderapura akan ditenggelamkan untu dujadikan tukun tiruan jika didapati sudah tidak boleh digunakan. Buat sementara waktu kerja-kerja penghantaran barang akan dilakukan oleh KD Seri Inderasakti.

"Apabila ditenggelamkan nanti ia akan memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada nelayan malah menjadi aset perlancongan bertaraf dunia. Kewujudan tukun tiruan itu nanti akan memberi peluang kepada nelayan untuk melihat keindahan panorama dasar laut yang kaya dengan hasil spesis hidupan laut."

“Pada dasarnya Perdana Menteri bersetuju kapal itu digantikan dengan kapal lain kerana mungkin tidak dapat digunakan lagi selepas kebakaran pagi tadi,” katanya. Bagaimanapun, itu bukan perkara mudah dan cepat kerana pembelian atau tempahan kapal biasanya mengambil masa 36 bulan hingga 60 bulan. Ianya tidak dapat dipasaran dengan mudah. Pembelian nanti akan dibuat melalui tender terbuka."
-Ahmad Zahid Hamidi, Menteri pertahanan.

(Moral: Sapa pulak yang akan jadi orang tengah jika kerajaan mahu membeli kapal yang baharu? Dengan menenggelamkan kapal tersebut bukankah sengaja untuk mencemarkan permandangan dasar laut yang lebih indah dengan habitat semulajadi. Itu yang aku dengar dari mulut diver sendiri. Mereka penyelam bukannya mahu melihat bangkai kapal cuma mahu melihat keindahan fauna laut yang cantik. Lainlah diver yang mencari harta karun. Oit menteri Zahid Hamidi pakai kepala otak lah jangan pakai kepala lutut. Kalau nelayan tarik pukat atau memancing pun bikin pukat koyak dan tali pancing putus. Lebih baik jual besi buruk atau dibuat muzium. Tak pun sandarkan kat taman rekreasi Lumut bersebelahan TLDM sebagai Sculpture. Susah-susah buat sekolah je badan kapal tersebut untuk anak-anak Navy. Tinggal masuk air-cond dan tambah divider je... kah..kah..kah.. DONT EAT SHARK FIN)

Selasa, September 29, 2009

Keghairahan F1, Proton dan Kerajaan Malaysia Mungkin akan Kecundang

Kerajaan akan menyuntik dana kepada pasukan F1 1Malaysia melalui Proton. Dengan kata lain, Proton tidak perlu menggunakan wang sendiri untuk pasukan F1 ini. Namun, seandainya dana yang dikumpulkan melalui kerajaan dan pihak swasta ini diperuntukkan untuk meneroka model kereta baru, ia mungkin memberi lebih sumbangan dengan mempertingkatkan Proton ke peringkat antarabangsa, setaraf dengan kereta Hyundai. Proton seharusnya menerokai passenger car yang lebih mendampingi keperluan pengguna biasa, dan bukannya menghambat kepantasan dan keghairahan F1.

Pada hakikatnya, banyak pengilang kereta bertaraf antarabangsa yang terkemuka di dunia seperti VW, Audi dan Mitsubishi tidak memiliki pasukan kereta lumba sendiri. Namun, pengilang automotif ini masih dapat menghasilkan kereta yang paling disukai, malah lebih laris daripada banyak pengilang kereta yang menyertai F1. Selain itu, Hyundai dari Korea juga tidak menubuhkan pasukan untuk menyertai F1. Namun pengilang kereta Hyundai tetap menghasilkan produk yang baik, malah telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Berapa Juta Pula Proton Akan Habiskan Dalam Setahun

Sebagaimana yang diketahui, pasukan lumba kereta F1 "1Malaysia" ini bakal melabur 10 juta pound (kira-kira RM57 juta) untuk meneroka enjin Lotus pada peringkat permulaan. Pelaburan dengan angka yang sekecil ini tidak akan menemui teknologi yang canggih. Ia sekadar "pembaikan enjin" agar memenuhi syarat kelayakan paling asas untuk meluncur di litar F1.

Pelaburan oleh Ferrari hampir mencecah 200 juta pound (kira-kira RM 1.1 billion) setiap tahun. Pasukan kereta yang "mega" seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya, telah menghanguskan 400 juta US dollar masing-masing, pada tahun 2006. Toyota yang menghanguskan 450 juta US dollar setahun, gagal mengecapi nikmat juara dalam apa-apa acara sehingga kini. Honda yang menghanguskan 380 juta US dollar pada tahun 2006, menarik diri dari F1 pada tahun 2008 kerana tidak tahan dengan cara menghanguskan wang yang sedemikian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, wang yang dihanguskan Honda melebihi 400 juta US dollar setahun. Biarpun Honda antara pengilang kereta yang paling untung di dunia, juga tidak menganggap dirinya mampu menampung beban perbelanjaan yang seberat ini.

Kerajaan Tolak Kereta Buatan Tempatan

Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang lama, dengan kereta mewah yang diimport. Keputusan ini dibuat memandangkan pengeluaran model Perdana V6 bakal dihentikan pada tahun depan. Sebagaimana yang diketahui, kereta import mewah tersebut termasuklah Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan sebagainya. Kerajaan akan memajakkan kereta ini dari syarikat swasta, Spanco Sdn Bhd untuk tempoh empat tahun. Spanco Sdn Bhd adalah salah satu "produk" projek penswastaan, menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembaikan kereta untuk kerajaan. Perjanjian konsesi untuk tempoh 25 tahun ini (sehingga tahun 2018) bernilai RM80 juta setahun.

(Moral: Dahulu Pemimpin dan Juak-juak umnobn pernah menyelar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dan Perak kerana "tidak patriotik", ekoran daripada keputusan untuk menukarkan kereta nasional dengan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan. Malah, setelah rampasan kuasa, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir melelongkan segera Toyota Camry yang belum genap tiga bulan digunakan kerajaan PR. Keputusan menggunakan kereta import mewah sebagai kereta rasmi kerajaan seumpama meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Tertanya juga di mana perginya "The Flying Singh" yang menggunakan body kereta proton dan berenjinkan Mitsubishi evo dalam Rally Dunia suatu ketika dahulu)

Rabu, Ogos 05, 2009

Pemuda Umno Wilayah Dengan Publisiti Murahan

"Kami akan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada penjaja dan peniaga di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bagi menuntut ganti rugi daripada penganjur demonstrasi membantah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) di sini Sabtu lalu. Di atas kesedaran untuk membantu para peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian daripada perhimpunan yang dicetuskan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu. Kami mengambil pendekatan menyediakan peguam mencukupi, membiayai perkhidmatan peguam termasuk menyediakan khidmat nasihat dalam bentuk perundangan. Kita ajukan saman kepada penganjur utama iaitu GMI dan saman boleh dikemukakan terhadap pakatan rakyat jika pihak peguam mendapati terdapat penglibatan mereka dalam demonstrasi itu berdasarkan kehadiran pemimpin utama mereka pada hari berkenaan."
-Rizalman Mokhtar, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

(Moral: Sepatutnya pemuda umnobn wilayah suruh para peniaga menyaman pihak polis yang menjadi pemula huru-hara di perhimpunan AMAN tersebut. Ada berani ka?. Jelas ketakutan terpancar dari juak-juak umnobn dengan kebangkitan rakyat ini. Sebagai rakyat mereka menunjukkan rasa terpanggil untuk bersama Pakatan dan menolak UBN. Himpunan AMAN tempoh hari tidak menyenangkan Najib. Inilah himpunan pertama sejak Najib menjadi PM. Kalau Najib tidak bijak melayani nafsu pakatan rakyat, mungkin himpunan dan perakan lebih besar akan berlaku dari masa ke semasa. Tolak dan tetap menolak. Pemuda umno wilayah akan menggunakan duit rakyat untuk membayar kesemua peguam)

Selasa, Julai 14, 2009

DUIT DATANG DARI UDARA


Semalam beg yang sama beratnya dimuntahkan dari helicopter bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin. Adakah hasil yang ada didalam beg ini akan diagih-agihkan pada hari ini hari pengundian di Manek Urai atau malam sebelum pengundian?

Menurut Datuk Husam sudah dua kali rombongan Muhyidin membawa beg yang sama bentuknya. Beliau berkata pihaknya memang menerima laporan ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah dan beberapa orang telah membuat pengakuan mereka telah menerima sejumlah wang bagi pihak keluarganya. -Buletinonline

>>Terdahulu beg hitam tu jugak>>>

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

>>Pendedahan Malaysiakini>>>

(Moral: Ada yang panggil ringgit. Ada yang panggil dollar. Ada yang panggil baht. Ada yang panggil rupiah. Semua ini duit. Bikin orang belit.... Ramai orang yang berkata. Duit punca banyak dosa. Jangan sampai makan rasuah. Nanti bangsa jadi musnah.... Artist: M Nasir)

Khamis, Julai 09, 2009

THE FLYING RINGGIT

Manek Urai: Can never really understand all this huge temporary facility just for eight days from nomination to election and must have cost the government millions of ringgit.








Source: Hawkeyejack

Selasa, Julai 07, 2009

KANTOI: ADA RM DALAM BEG

KUALA KRAI (BuletinOnline) – Satu gambar misteri penuh tanda Tanya telah diterima oleh Buletin Online lewat hari ini. Apakah agaknya isi beg yang sedang dipunggah dari sebuah kereta Proton Perdana itu? Gambar ini dikatakan telah diambil di hadapan bangunan UMNO Kuala Krai pada jam 7.30 pagi, hari ini 6 Julai, 2009, sejurus selepasTimbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta para menteri kabinetnya tiba. Sekiranya beg-beg tersebut adalah beg pakaian, mengapa ia agak berat, jika dilihat dari cara orang yang mengangkatnya. Dan jika diperhatikan betul-betul, dalam bonet Proton Perdana tersebut juga mengandungi beg-beg yang hampir serupa dan sama saiznya!

"Pada mulanya orang yang berbaju biru kelabu itu mahu menurunkan beg-beg tersebut. Mungkin ia beg pakaian Pak-Pak Menteri. Namun mengapa mahu diturunkan beg-beg Pak Menteri di bangunan UMNO, adakah Pak-pak Menteri mahu bermalam di bangunan UMNO Kuala Kerai. Sedangkan seorang polis trafik memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri telah bertolak dari Kota Bharu, maka sudah pasti Pak-Pak Menteri lainnya turut menginap di Kota Bharu. Apabila sahaja ia (baju biru kelabu) mahu menurunkannya, beberapa orang disekelilingnya berkata…’biar dulu….biar dulu…’ lalu beg tersebut dimasukkan semula ke dalam bonet Proton Perdana. Penghantar gambar serta nota itu juga menyoal “ kalau sekiranya ia adalah beg-beg pakaian, mengapa sampai 4 orang yang berada menjaga beg-beg pakaian itu?.

Disini ada dua gambar. Satu yang telah di x-ray menggunakan peralatan teknologi tinggi yang dirahsiakan. Hanya gambar x-ray bag sahaja dipaparkan kerana menghormati tatasusila.


(Moral: Mak-ai.. banyaknyer pitih.. kasi derma kat fakir miskin lebih berfaedah)

Sabtu, Julai 04, 2009

LUAR LEBIH BERHARGA DARI DALAM

Sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia dikaitkan berminat untuk membeli kelab bola sepak England, Newcastle United, lapor media Britain hari ini. Akhbar Mirror dalam laman webnya, www.mirror.co.uk memetik kenyataan pemilik Newcastle, Mike Ashley yang mengakui telah dikunjungi prospek pembeli - iaitu sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia dalam satu pertemuan rahsia. Bulan lalu, ahli Lembaga Pengarah Newcastle United mengumumkan bahawa kelab itu akan dijual dengan harga 100 juta pound (RM555.7 juta).

Kenapa mereka tak nak cari kelab pemain malaysia untuk liga super... ??

Isnin, Jun 29, 2009

> TOK PA DULU DAN TAKKAN BERUBAH

Datuk Mustapa Mohamed berkata tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas di Kelantan. Katanya kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam. Kerajaan Pusat tidak sekali-kali mencabuli hak kerajaan negeri dan tidak menzalimi rakyat menikmati peluang pembangunan sebagaimana negeri lain di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Masa dahulu Datuk Mustapa Mohamed pernah mengakui kesilapannya. Layan gambar bergerak....





>>Lagi Info>>>

(Moral: Takkan nak bohong berkali-kali kot)

Khamis, Jun 25, 2009

> BOLEHKAH RM1 JUTA DIJADIKAN RM100 JUTA


Dalam masa dua tahun akan datang boleh kah si Jean Todt ni membawa RM100 juta kepada kerajaan malaysia setelah beliau dilantik menjadi Duta Perlancongan. Adakah Datuk Seri Ng Yen Yen (Menteri Perlancongan) dah tak dak formula bagaimana cara menarik para pelancong datang ke Malaysia. Mungkin dah tua kot.. fikiran jadi kelam.


Kerajaan Pemerintah juga membayar RM80 ribu menanggung kos penginapannya di negara ini selama tiga malam. Selain itu Kerajaan Pemerintah turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara. YB Azmin semalam mendedahkan Jean Todt ahli korporat yang terlibat dalam pasukan lumba kereta F1 dibayar lebih RM1 juta oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menjadi 'duta pelancongan' Malaysia.

(Moral: Warga asing yang dah kaya raya dikayakan lagi guna wang rakyat)


Rabu, Jun 24, 2009

> TERGODA MENDENGAR SUARA DALAM TALIAN

Sedang dok menyandar sambil menghirup green tea berpotretkan keindahan landskap tiba-tiba... trriitt..trriitt.. telefon berbunyi. Mungkin anda biasa dalam keadaan macamni. Bila terima panggilan, alahai suara gadis pulak yang dok promote dan menerangkan sesuatu kepada anda untuk menerima/membeli produk mereka. Bermacam-macam strenght produk tu dia cerita. Bila kita menolak, keluar pula suara-suara lunak menggoda... adehhhh... penyudahnya off kan aja tel tu. Tak tahu pulak jika yang bujang... mungkin dia layan kot...wakakah.. Kat sini sekali lagi aku nak tempek tip-tip yang boleh dipakai bila terdesak.

Jangan rugi berkali-kali:

Tawaran tetap: Pelaburan yang kecil tapi boleh bagi untung yang besar dalam tempoh masa yang pendek.

Taja orang lain: Pelan bayar diri anda dengan melatih orang lain dan bukan dibayar untuk menjual produk dan perkhidmatan.

Jangkamasa tawaran sangat terhad: Usahlah joint jika ada peluang yang mendesak seperti tempoh menyertai mana-mana skim amat terhad.

Bayar dulu: Jika ada pembayaran pendahuluan jangan bagi walaupun ada hadiah ditawarkan.

Tiba-tiba ada panggilan masuk: Ni pun jangan dok layan dan terpedaya dengan suara-suara memujuk memasuki mana-mana skim atau club card.

Maklumat peribadi jangan didedahkan: Ini adalah rahasia diri anda. Buat apa nak bagi kat orang yang tak dikenali.

Minta butiran syarikat: Dapatkan butiran syarikat dan buat search kat ruangan maya samada wujud atau tidak.

Sentiasa bertanya soalan: Kalau soalan-soalan anda menggabrakan orang itu, bermakna ia adalah penipu.

Semak dengan pihak berkuasa: Dapatkan maklumat di www.sc.com.my (Suruhanjaya Sekuriti) untuk mengetahui syarikat-syarikat orang tengah berlesen.

Kalau was-was: Jangan ambil risiko jika wujud perasaan was-was atau meragukan.


(Moral: Bila lihat cara berpakaian, terkulop juga tengkok nih.. macam bussines man gayanya. Bertutur kemain lagi fasihnya. Lirikan mata menggambarkan keyakinan tapi niat dihati hanya mahukan wang saku anda...Waspada orang camni)

Isnin, Jun 22, 2009

> RAIS YATIM: KAMI AKAN PANTAU DARI ATAS


BAIKONUR, Kazakhstan, 22 Jun (Bernama) -- Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome pada pukul 5.50 pagi waktu Malaysia di sini hari ini. Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin. MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan pada Ogos tahun lepas tetapi kemalangan kren telah merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dihantar kembali ke Dulles untuk dibaiki. Satelit MEASAT-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara.

Khamis, Mei 07, 2009

KILANG GOJI DISITA: PRODUK TIPU, PENGGUNA JADI MANGSA




Pernahkah anda mendengar perkataan Goji? Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya. Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu. Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini. Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram. Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan. Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota. Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama. Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut. Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu. Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama. Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang. Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin. Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan.

(Produk ni umpama Silent Killer... )

Khamis, April 23, 2009

Lelong 16 Camry baru bazir wang


Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Nizar berkata, kerajaan negeri kudeta yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.

"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

Sebelum itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sanggup mengguna kereta lama yang telah dipakai oleh kerajaan BN Perak sebelumnya. Setelah hampir setahun baru ianya ditukar.

"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya seperti disiarkan mStar Online, hari ini.

Berita penuh..


Post Haru Biru

Arkib Blog