Memaparkan catatan dengan label jom heboh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jom heboh. Papar semua catatan

Selasa, Disember 21, 2010

RM30K Untuk Putar Belit Cerita Menghentam Pakatan Rakyat


Janda Baik???...

Bloggers Wanted

As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.

We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.

Qualified Candidates will be notified within 7 days.

Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.

Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.

We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.

It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof

Sabtu, September 25, 2010

Zaman Tun Razak Fear of Communist, Zaman Najib Fear of cartoonis


Pelancaran Cartoon-O-Phobia dilancarkan semalam oleh Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Kartunis Zunar telah ditangkap oleh polis maka pelancaran tersebut dijalankan tanpanya. lagi gambar disini.

Mesej dari Zunar:
"Mereka boleh kurung saya, tetapi mereka tidak boleh kurung otak saya!".
"Zaman Tun Razak Fear of Communist, Zaman Najib Fear of cartoonist!"


Nota:
Hanya yang berkerandut kecil sahaja yang 'Fear' kepada kartun... grombolan mana turr... kah..kah..kah... bila polis mendapat arahan orang ke-3, apa akan jadi... Ooo..Phobia... Ooopocot kartun zunar!!!.. Phobia den... kah..kah..kah...


Polis Tangkap Zunar Dibawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Polis menangkap kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar di bawah undang-undang hasutan di pejabatnya petang tadi.

Mereka juga turut merampas merampas kira-kira 70 naskhah buku terbarunya, Kartun-o-fobia dalam satu serbuan ke pejabat Gedung Kartun di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurut Zunar 10 polis yang diketuai oleh ASP Arikrishnan Apparau dari pejabat polis Brickfield menggeledah tempat itu pada sekitar jam petang.

"Kami diberitahu bahawa ada laporan polis yang diajukan terhadap buku," katanya kepada Malaysiakini.

Dia menambah bahawa selain penerbitan, gambar kartun beberapa juga disita.

Khamis, Jun 17, 2010

Fiesta Kelantan 2010: Nasib Baik Cukong Tak Kena Panah Petir

Perasmian Fiesta Kelantan di Kota Bharu disambut bersama hujan yang turun dengan lebat disertai kilat. Hujan mencurah-curah sejak maghrib diikuti angin kencang. Jangkaan ribuan rakyat kelantan hadir adalah meleset. Hanya 300 orang sahaja yang hadir. Malah Najib dan Rosmah terpaksa membatalkan untuk hadir ke majlis pelancaran Fiesta Kelantan 2010. Oleh itu Mustafa Mohamad telah mengambil alih menggantikan Najib merasmikannya. Fiesta Kelantan itu adalah anjuran bersama di antara kerajaan Kelantan menerusi PMBK dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Pengendalinya Red Carpet Woldwide sebuah syarikat milik kroni Umno. Kegagalan Fiesta itu telah menyebabkan Umno mengambil kesempatan memburukkan kerajaan Kelantan. Jahanam Umno...


Petikan Media:

KOTA BHARU, 16 Jun 10: Harakah melaporkan, sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Dikatakan gagal adalah kerana antaranya 9 sebab.

Pertama: Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Kedua: Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib. Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ketiga: Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Keempat: Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap. Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau (Datuk Takiyuddin Hassan) yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Kelima: Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Keenam: Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ketujuh: Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung. Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Kelapan: Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan banting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Kesembilan: Kegagalan ini juga disebabkan rakyat mula menzahirkan kebencian mereka kepada pemimpin BN yang menzalimi rakyat Kelantan dengan merampas royalti minyak.

~Harakah

Isnin, Mei 24, 2010

Selipar Crocs: Abstrak Kalimah Allah



Lihat. Ini adalah selipar crocs yang biasa. Boleh didapati di mana-mana. Di Uptown, Downtown ataupun Mid Valley mahupun pasar malam Kota Tinggi . Cuma yang tak sahih sama ada yang ini version yang original ataupun tidak. Aku pown kurang arif untuk menentukannya. Aku tidak memiliki crocs ini versi tiruan atau original.


Aku tak tahu lah sama ada orang lain dah perasan ni lama atau tidak. Tapi aku cuma nak berkongsi. Kalau ini betul, jom kita jauhkan. Baiklah. Mari kita zoomkan sedikit bahagian kasut ini.


Zoom lagi. Bagi nampak dia punya buaya. Buaya darat atau sungai aku tak pasti.


Dekat lagi..TV 9...Dekat Di Hati!!!!. Ok...sila fokus. Lihat !


Nauzubillah ! Mintak dijauhkan. Apa kata kawan-kawan semua semak kasut yang korang ada. Betul tak benda ni? Aku pown tak pasti. Hanya mahu berkongsi.Sama-samalah kita menjauhi benda ni.

Ahad, Mei 23, 2010

Judi & Arak: Jamil Khir, Mufti dan Ulama Umno "terkunci mulut"

from SANGGAHTOKSAGO.COM

PAS amat kesal, walaupun tidak terkejut dengan tindakan ‘mengunci mulut’ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Jamil Khir Baharom, seluruh mufti dan para ulama Umno di negara ini apabila berdepan dengan isu pemilikan saham Amanah Raya Berhad (ARB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam syarikat perjudian Magnum Corporation dan syarikat arak terkemuka Calsberg.

Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan Jamil Khir sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama patut bertanggungjawab sepenuhnya menasihati Kerajaan Umno-BN dalam perkara yang amat serius, melibatkan pelanggan dan pencarum (pekerja) di kalangan umat Islam di negara ini.

PAS berpendapat ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian. Apa yang menghairankan mengapa Kerajaan Umno-BN ‘terkunci mulut’ dalam perkara ini sedangkan dalam isu-isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, segala macam pemimpin Umno-BN begitu ghairah mendalangi propaganda dan manipulasi.

Sikap anti arak yang ditampilkan Umno-BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dengan menentang tabiat buruk Dato' Zaid Ibrahim meneguk arak semasa mudanya, dan beberapa siri demontrasi Umno membantah Kerajaan Selangor dalam isu penjualan arak di tempat terbuka patut dipuji; tetapi realitinya tindakan dan sikap itu hanyalah ‘lakonan munafik’ apabila isu melibatkan pendapatan negara dan wang rakyat dalam pelaburan judi dan arak, mereka hanya membisu dan memekakkan telinga.

PAS mahu semua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri membentangkan isu ini kepada mufti dan membawanya kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk tindakan lanjut demi mempertahankan maruah umat Islam di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti harus berpendirian tegas setelah banyak pihak kesal dengan langkah yang diambil Perkeso dan ARB ini, sekalipun ulama Umno enggan bersuara.

ARB memiliki saham Magnum terdedah berdasarkan Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006 yang menyatakan Amanah Raya Berhad memiliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi itu. Sementara, Laporan Tahunan 2007-2009 syarikat Calsberg Brewery Malaysia Berhad, mendapati Perkeso berada di tangga ke lapan dengan 2. 155,700 pegangan saham.

TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan
Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan

22 hb Mei 2010 / 7 Jamadil Akhir 1431.

Isnin, Mei 10, 2010

Video Penjelasan Husam Musa Kepada Kick-kepala dia

Rabu, Disember 02, 2009

Anwar Ibrahim: Pemikir Yang Mendapat Ranking ke 32 Dunia Bakal Disingkirkan Oleh Ghani Patail dan Musa Hasan dari Kerajaan Malaysia


Anwar Ibrahim: for challenging the Muslim world to embrace democracy

Opposition leader | People's Justice Party | Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.

He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:

On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

~foreignpolicy~


Jumaat, Ogos 28, 2009

Kepada Rakan, Berhati-hati Bila Berblog

Assalamualaikum/ salam sejahtera,

Pada 8.8.2009, saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pekerja TM bahawa beliau telah menerima satu email (mbok.nieza09@ gmail.com) daripada saya sedangkan saya tidak pernah menghantar email tersebut. Rupa-rupanya terdapat individu yang telah mendaftarkan email dengan menggunakan nama saya dan menyebarkan email berunsur fitnah dan hasutan. Rentetan dari peristiwa itu telah menyebabkan perbalahan dalam keluarga saya kerana si penghantar email tersebut telah mengapi-apikan saya dan keluarga saya. Pada hari yang sama, saya telah membuat laporan polis untuk perkara ini dan pada 10.08.2009 saya telah membuat laporan suruhanjaya komunikasi dan multimedia berhubung dengan perkara tersebut dengan harapan agar individu yang menghantar email berbaur fitnah dan hasutan dapat dikesan dan di ambil tindakan sewajarnya.

Semuanya bermula apabila saya menulis blog tentang kehidupan seharian saya berkenaan dengan semua perkara suka-duka yang berlaku ke atas diri saya di sekeliling saya. Adalah normal pada pandangan saya jika seseorang menulis blog berbentuk luahan hati dalam apa jua bentuk sekalipun dan tujuan saya menulis blog adalah hanya untuk menceriakan diri saya sendiri tanpa ada niat untuk menyakiti sesiapapun dan saya tidak pernah memaksa sesiapapun untu membaca blog saya namun saya tidak juga menghalang sesiapapun untuk membaca blog saya. Namun, entah bagaimana seseorang telah membaca blog saya dan merasa tersinggung dan telah membuat fitnah dengan menggunakan identity saya, dan pada masa yang sama menyebarkan kepada semua orang tentang blog saya dan membuat tokok tambah sehingga semua memandang serong kepada saya. Oleh sebab tersebut saya terpaksa menanggung malu dan masa depan karier saya terjejas. Semua tulisan saya di dalam blog saya adalah luahan hati saya namun tidak sedikitpun berunsur HASUTAN,FITNAH dan SENTIMEN-SENTIMEN yang berbentuk ugutan mahupun yang mengancam keselamatan sesiapa atau Negara sekalipun. -Mailbox

Ahad, Jun 14, 2009

> ULAR HIDUP AKAN DISALAI

Dewan Rakyat akan mula bersidang esok selepas dua setengah bulan. Sudah tentu banyak isu-isu hangat akan dibangkitkan dalam persidangan kali ini. Ini merupakan mesyuarat pertama selepas Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Beliau dan kabinet barunya terpaksa berdepan dengan Pakatan Rakyat yang akan mencungkil keluar isu-isu 'bagai api dalam dedak' dalam persidangan kali ini. Antara isu yang akan menjadi tumpuan ialah krisis politik negeri Perak. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anuar Ibrahim akan mengemukakan soalan kedua di Parlimen Esok. Beliau akan membangkitkan isu kerakusan polis dalam Dewan Negeri Perak baru-baru ini. Datuk Seri Anuar meminta polis memberi alasan dan pengimbangan berkenaan tindakan mereka berdasarkan undang-undang samada wajar untuk polis menceroboh masuk Dewan Negeri yang mulia dan mengheret keluar Speaker yang sah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menjawab soalan berkenaan.

(Moral: Pakat-pakat bawa kipas berkuasakan bateri.. nanti kat dalam dewan yang mempunyai penghawa dingin akan panas dan membuatkan anda berpeluh...kah..koh..keh)

Rabu, Jun 10, 2009

> BUSUK PAGI PETANG WANGI


Apa pulak yang bising-bising kat belakang rumah ni. Nak kata tikus lain macam kasarnya. Jengok punya jengok.. hoi hang buat apa kat belakang rumah aku nih.. nak pecah masuk ka???.. dak bang nak mintak kebenaran cari sampah siket. Bila aku tengok dia dari atas ke bawah nampak macam tulah pekerjaannya. Ada harga ka sampah ni... tanya aku. Ada bang, la ni semua barang terbuang boleh buat duit, kata dia. Ok lah hang pakat kutip sampah tu bagi licin. Aku pun berlalu dan mecapai akhbar untuk dibaca.. Sedang menyelak tup-tap anak mata tertumpu kat satu kepala bertajuk "Malaysia temui kaedah tukar sampah jadi minyak". Dengan pantas retina mata aku memfokus baris ayat selanjutnya. SHAH ALAM: Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd. muncul sebagai syarikat pertama di dunia yang berjaya menukar sampah sarap menjadi petrol dan diesel. Lebih menarik, proses berkenaan tidak menghasilkan bahan buangan kecuali arang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan industri. Kualiti minyak berkenaan pula menepati standard Euro 4 selain tidak mempunyai unsur sulfur......... Perghhh... patut pun mamat sampah tadi kata boleh buat duit. Bila aku pergi balik kat belakng rumah, mamat sampah tadi dah takde. Bersih gak dia kerjakan.

(Moral: Apapun orang nak kata yang pasti boleh jadi duit. Pesan aku kalau nak selongkar tong sampah kat belakang rumah minta dulu kebenaran tuan yang empunya rumah tersebut. Silap-silap nanti kena cepuk kat tulang rusuk oleh penghuni disitu kerana salah sangka)

Selasa, Mei 26, 2009

BUKU TIGA LIMA (555)

Senator Dewan Negara, Zamri Yusuf mendedahkan ketika Pakatan Rakyat mula mentadbir Kedah keadaan akaun kewangan negeri jelapang padi itu berada dalam keadaaan terhutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM2b.

“Sebab itu apabila pakatan mengambil alih dan kita membongkar salah guna wang rakyat ini secara terbuka supaya rakyat dapat menilai sikap dan cara pemimpin-pemimpin BN menguruskan segala amanah yang rakyat berikan kepada mereka. Inilah antara ketakutan yang dihadapi oleh BN apabila kita dapat mengambil alih negri-negeri yang telah lama berada dibawah mereka. Mereka terlalu banyak penyelewengan dan wang-wang rakyat tidak sampai kepada rakyat sebaliknya disapu oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka. Lebih menakutkan mereka apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negeri-negeri yang kita tawan dengan memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, penurunan cukai tanah sebanyak 70 peratus di Kedah, Kemiskinan sifar di Pulau Pinang, pemberian tanah kepada rakyat di Perak dan semua ini adalah adalah bukti dan janji kita pada rakyat,”
-suara keadilan online-

(Moral: Pak mat, makan hari ni masuk buku ya.. ujung bulan bayar. keh...koh..keh.. Jangan londehkan seluar malu lah)

Khamis, Mei 07, 2009

RAHSIA TERDEDAH: Rosmah-Altantuya

Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, “orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera” Malaysia.

Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.

Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.

Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.

Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.

(Cepat Pak Polisi... Siasat nama-nama tersebut dan jangan buat 'derk' aje?)

Isnin, April 27, 2009

HARAM TAPI MENGUNTUNGKAN



Mufti Perak pernah haramkan satu program TV3 iaitu Sure Heboh.Keputusan dan pengumuman mufti ini langsung tidak diendahkan oleh Kerajaan mahupun penganjur. Namun selepas 8 Mac TV3 mengumumkan konsert atau program tersebut yang sudah ditukar nama Jom Heboh tidak akan dibuat di negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak.







Walaubagaimanapun seiring dengan rampasan kuasa di Perak maka TV3 telah menarik balik rancangan membatalkan program tersebut di Perak. Maka semalam ia diadakan di Lumut Perak.

Adakah Kerajaan 'haram' Bn Perak menghina dan tidak menghormati Mufti Perak ? atau mufti Perak akan jawab bukan apa ok semua yang saya kata haram sure heboh bukan jom heboh.....


from cheguBard blog...

(Melayu mudah lupa... kata che det)

Post Haru Biru

Arkib Blog