Masih ingat lagi aku 3 hari lepas ketika menziarahi saudara di area selangor. Merasa gak berjalan kat tempat orang sambil menghirup udara jerebu dan mengkaburkan anak mata aku... kah..kah..kah... Best gak tengok pembanggunan dan kemajuan tempat depa. Banggunan tinggi lampai, jalan luas dan tol merata-rata. Hampeh... senangnya buat duit.... keluaq modal buat jalan lepastu pacak rumah tol. (Macam zaman dulu-dulu la pulak. Masuk kampung sebelah kena bayar pampasan kalau tidak keselamatan tak jamin). Walaupun jalan besar tapi cemuih juga sebab sangkut kat tol tolol.
Bila sampai ja aku tengok pagar berkunci. Aiseeh mana pulak mamat ni. tadi kata nak tunggu. Hello.. hang pi mana pulak... kami kat depan rumah hang ni... Tunggu sat... aku ondeway ni. Selang 3 minit sedara aku pun sampai. Sorry lar buat hangpa tunggu... aku pi bayaq bil ayaq. Berapa ringgit hang kena bayaq tiap-tiap bulan... tanya aku. RM1.50 saja tiap-tiap bulan. Alahai murahnya... Biasalah.. guna ayaq tak banyak. Jiran kat sebelah tu ha... tiap-tiap hari pagi petang dok siram pokok dan rumput rumah dia tapi bil ayaq RM10 ringgit tiap-tiap bulan.
Pasal H2O: Letak harga murah. Sebab tu lambat dapat keputusan.
Imbasan: "Soalnya, nilai yang ditetapkan oleh kerajaan Selangor itu bukan nilai yang munasabah. Kita nak menyatakan jika apa-apa berlaku, ini bukan kesalahan kerajaan pusat, kita dah bagi notis yang secukupnya kepada kerajaan negeri," Apabila ditanya bilakah notis itu berakhir, Najib berkata beliau tidak berapa ingat akan tarikhnya tetapi ia telah diserahkan kepada Kerajaan Selangor.
Terdahulu: kerajaan negeri menawarkan untuk menjual aset-aset bekalan airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) agensi dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan pada harga RM9.7 bilion. Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Bhd telah mencadangkan penstrukturan semula industri air di Selangor dengan mengambil alih syarikat-syarikat pemegang konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan aset-aset mereka. Bagaimanapun, tawaran kerajaan negeri untuk membeli keseluruhan hak konsesi dan aset keempat-empat syarikat itu pada harga di antara RM5.5 hingga RM6 bilion nampaknya masih belum dapat diselesaikan di mana dilaporkan ada syarikat-syarikat konsesi yang menolak tawaran harga yang diberikan kepada mereka. - BERNAMA
(Moral: Untung rakyat selangor... ada pemberian percuma 20meter padu air. Kalau Elektrik pun dia kasi 100KWH Lagi Best.... Kat kampung aku ayaq semua tarik dari sungai berdekatan pastu buat sistem turasan tambah dengan penapis bio aura... 400% tiada klorin, bau dan kuman... siap boleh minum begitu sahaja.... kah...koh..keh)
Sabtu, Jun 13, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Bertuahnya Negeri Kelantan... Punyai sultan berjiwa rakyat... Tidak kira dimana, solat bila masuk waktu... Jejak anda diikuti anak muda Ke...
-
Adehhhh... angkara umnobn lahanat beri IC percuma, dia neh dah layak dapat rumah ppr dan br1m.
-
C&P: Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Nota: Hub hiburan belum terlaksana. Generasi melayu kini sudah terkulai layu dalam dunia kenikmatan. Waris sebeginikah yang akan mengemudi ...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Bernama | Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Shah Alam pagi tadi k...
-
Islam difitnah, dihina dan dilekehkan? Banyak halaman-halaman di internet yang isinya sarat dengan fitnah, perlekehan Islam, penggunaan ayat...







0 comments:
Catat Ulasan