Rabu, Ogos 04, 2010

Pistol Makan Tuan: Bekas Adun Selangor Bunuh Diri

Persoalan:
-Takkan sebab bisnes tak masuk
-Takkan sebab tak dapat projek dari umno
-Takkan sebab pertengkaran ungkit-mengungkit
-Takkan sebab hutang
-Adakah sebab wujud ugutan dari salah seorang mangsa yang lemah mahu bocor rahsia? Kalau ada rahsia.. apa dia ye?

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh.


Siti Rohana (janda) aktif dalam politik dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada Abdul Aziz.




Mangsa Mungkin Tembak Pasangan Sebelum Tembak Diri Sendiri

Bernama | KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat di sini pagi ini akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver 38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.

Khalid berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Ketika dihubungi, Khalid berkata kereta jenis Toyota Caldina berwarna putih itu dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.

Kereta tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan.


Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.

Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

manusia yang beriman kepada allah swt tak akan bunuh diri dan membunuh lebih-lebih lagi sesama islam.

manusia yang beriman kepada allah swt yakin hartanya akan dilindungi jika digunakan kejalan kebaikan. dan yakin keselamatannya juga dilindungi.

Bukan pistol yang melindungi diri dan hartanya.

maaf. kalau bekas adun umno sanggup membunuh, yang tengah memerintah la ni??? ...... demi kuasa!!!.

Zack berkata...

Al-Fatihah.

luahfikiran berkata...

Salam,
Al Fatihah. Allah maha mengetahui dan Allah juga yang akan menentukan balasanNya.

Tanpa Nama berkata...

amboih! cepat sungguh org PAS ni tuduh yer? yg cinapek teo tu, terang2 terjun bunuh diri mati, korang mati2 bela dier... bodo la..

Post Haru Biru

Arkib Blog