Wajarkah pengundi Permatang Pasir mengangkat Rohaizat sebagai wakil mereka yang penuh dengan skandal dan dicurigai kewibawaannya. Adakah perlu mengangkat seseorang menjadi wakil sedangkan beliau pernah terlibat dengan Pecah Amanah serta penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang. Kenapa Rohaizat mempergunakan dan mengkhianati kawan karibnya bagi menolak kesalahan beliau dimasa lampau.
PAS tidak pernah mempolitikkan kenyataan Yusri sebenarnya. Laluan diberikan kerana Yusri sendiri dengan rela hati memohon pentas PAS untuk membersihkan namanya dari dihina oleh Rohaizat dan juak-juak umno. Lihatlah kenyataan Yusri dengan tenang dan yakin beliau menolak penghinaan rakan karibnya terhadap beliau.
Setelah mendapati kenyataan Yusri mampu merebahkan calon kusut umno bernama Rohaizat, Umnobn dengan kekuasaan dan kekayaannya mendesak Yusri tampil untuk membersihkan nama Rohaizat dan mengaku dia dan Rohaizat bertanggungjawab dalam pecah amanah tersebut. Tak heranlah jika sidang media yang keluar dari media lidah umno menunjukkan kegagaban Yusri membaca kenyataan membela kawannya itu. Baik juga Yusri ni kerana masih setia pada kawan karibnya itu.
(Moral: Ceh... sudah ada bini yang menanggung keluarga, lagi mahu merenderk dengan kakitangan sendiri yang bernama Rafizah. Lepas tu rahsia-rahsia lak tanpa mengheboh-hebohkan perkahwinan kusut beliau. Alahai calon umnobn nih mana tanggungjawab hang sebagai seorang suami. Dugaan yang remeh perkahwinan hang sendiri tak dapat nak selesaikan.. Baru 2 pun dah kusut dan belum lagi 3 dan 4... Apa kejadahnya wakil sebegini? Alahai calon yang budiman di mata umnobn.)
Memaparkan catatan dengan label Permatang Pasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permatang Pasir. Papar semua catatan
Selasa, Ogos 25, 2009
Hantu Khairy Jamaluddin Menjelma Di Meja SPR
Barisan Nasional (BN) mendakwa mengesan 3,696 pemilih bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dipercayai pengundi hantu.
"Bila kita pergi ke sebuah rumah, kita dapati 14 pengundi didaftarkan di rumah itu, tetapi bila kita nak bagi slip mengundi kita dapat bagi pada tujuh orang sahaja pengundi. Tujuh pengundi lagi kita tidak dapat kesan. Dan berdasarkan tuan rumah itu, mereka tidak pernah mengenali nama pengundi tersebut."
-Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno
"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja. Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002. Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan. Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan. Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir. Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal. Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain."
-Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR
(Moral: Lepaih ni Khairy tidak berkokok lagi agaknya. SPR sudah menyahkan pengundi hantu dan semua penama tersebut boleh daftar mengundi dan memilih calon mereka. Khairy dan Ahmad Maslan pasti bergolek-berguling kerana malu dengan tuduhan melampau tersebut. Den malu buek kenyataan ado pengundi hantu... Tu la hang main hentam aja. Agaknya boleh ka kita bawak sendiri 3,696 pemilih hari ni? Den raso boleh.. pondok panas dah takdo dan SPR pun sudah cover supaya mereka percayo kat kito.. kah..koh..keh)
"Bila kita pergi ke sebuah rumah, kita dapati 14 pengundi didaftarkan di rumah itu, tetapi bila kita nak bagi slip mengundi kita dapat bagi pada tujuh orang sahaja pengundi. Tujuh pengundi lagi kita tidak dapat kesan. Dan berdasarkan tuan rumah itu, mereka tidak pernah mengenali nama pengundi tersebut."
-Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja. Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002. Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan. Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan. Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir. Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal. Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain."
-Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR
(Moral: Lepaih ni Khairy tidak berkokok lagi agaknya. SPR sudah menyahkan pengundi hantu dan semua penama tersebut boleh daftar mengundi dan memilih calon mereka. Khairy dan Ahmad Maslan pasti bergolek-berguling kerana malu dengan tuduhan melampau tersebut. Den malu buek kenyataan ado pengundi hantu... Tu la hang main hentam aja. Agaknya boleh ka kita bawak sendiri 3,696 pemilih hari ni? Den raso boleh.. pondok panas dah takdo dan SPR pun sudah cover supaya mereka percayo kat kito.. kah..koh..keh)
Isnin, Ogos 24, 2009
Adakah Yusri Diugut Atau Strategi Umno Disaat Akhir
Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati. Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.
>>Lanjut Kenyataan Berbayar>>>
(Moral: Loyar buruk betul lar mamat ni. Kejap tiau Rohaizat pastu back-up pulak. Sebiji macam jalan cerita surat sumpah Bala. Lepas ni si Hafizah isteri kedua Rohaizat pulak mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan semua berita berita negatif Roahizat. Adakah kenyataan semula ini dibayar oleh umnobn setelah Yusri di diugut oleh SB-SB dan SPRM. Kah.. Koh.. Keh.. KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak Ahad menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang ganjaran atau habuan untuk melakukan sidang media baru-baru ini mengenai urusan firma guaman mereka.)

Sabtu, Ogos 22, 2009
Rohaizat Perlu Akur, Yusri Mahu Bersihkan Namanya
Ceramah Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman telah diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis sedang berkawal di situ. Yusri menggunakan pentas ceramah dalam pilihanraya kecil tersebut untuk membersihkan namanya yang didakwa bertanggungjawab berhubung isu penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang. Walaupun muncul sekadar lima minit tetapi Yusri mampu menarik kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasannya itu.
"Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya. Saya ke pentas PAS adalah atas kehendak hati saya sendiri. Nak kata dia tak baik, tak sampai hati. Apa yang dicakapkannya adalah bukan datang dari sepenuh hatinya. Rakan saya dipergunakan untuk mencapai kepentingan mereka. Terserahlah kepada pengundi untuk menilainya."
-Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman
(Moral: Asal penceramah menggunakan pentas PAS mesti ada pihak polis dan SB mengawal. Ceramah Rohaizat polis tak berkawal ka. Jangan lari dan mengambil cuti kecemasan semasa penduduk Permatang Pasir turun mengundi dah ler.. Agaknya dimana mamat ni menghilangkan diri ye. Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim namanya dalam "surat misteri" yang tersiar telah mengambil "cuti kecemasan")

Khamis, Ogos 20, 2009
Bongkar Supaya Rakyat Tahu Siapa Pengembala Kambing
Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri. Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat. Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya? Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut. Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

"Saya rasa hampa dan marah. Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga. Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek meluluskan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya."
-Yusri Isahak, Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman
>>Lanjut wajib baca yang sebenarnya Rohaizat>>>
(Moral: Kah.. Koh.. Keh.. Kelentong umnobn untuk cover Rohaizat sudah terbongkar. Ini boleh bikin Rohaizat lemah lutut bila disuruh oleh Muhyiddin membuat kenyataan bersumpah. Zahid Hamidi tengah berpusing mencari idea bagaimana nak jawab pada najib. Khairy Jamaludin pula dirasuk dengan pengundi hantu yang meletakkan sampul-sampul berisi RM300 ringgit kepada penduduk sekitar Kampung Petani. Takkan nak jawab kat pak Najib yang hantu mek tuya yang meletakkan duit tersebut?)

Lagi Sumpahan Dari Umnobn Bagi Menyelesaikan Kekalutan
Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Rohaizat Othman supaya memberi kenyataan bersumpah jika perlu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pembatalan lesen guaman sivilnya.
"Apa pun yang mustahak, kita bagi kenyataan yang betul. Saya telah bagi tahu Rohaizat bahawa kalau perlu beliau akan bagi kenyataan bersumpah untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya supaya tidak ada pihak yang menyelewengkan kenyataan. Saya tidak tahu apa agenda Majlis Peguam sebab dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ada masalah, Majlis Peguam agak terlalu sibuk sangat dengan hal ini."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
(Moral: Sampai begitu sekali sikap timbalan perdana menteri kita bagi meraih simpati pengundi Permatan Pasir. Jangan bermain dengan sumpah nanti akan meranapkan lagi parti yang dah hampir rebah. Najib pernah bersumpah bagi menjerut penyokong Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Namun sumpahnya tidak perjaya mengalih perhatian rakyat Marhaen melainkan berpatah balik membuka kebenaran yang selama ini umnobn sorokkan)
Rabu, Ogos 19, 2009
Permatang Pasir, Mampukah Media Umno Menangkan Rohaizat
Bernama melaporkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad. PAS sudah menunjukkan tanda awal bahawa parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila menggesa lawannya menarik diri.

Sumber lain membongkar seramai 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat. Apa yang mereka harapkan adalah ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
Manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula pernah memberi amaran keras mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, akan diberi tempoh 60 hari untuk memecat mereka.
Di sebalik isu perlantikan Rohaizat, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau. Penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral. Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai. Menurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah lapor harakahdaily.
(Moral: Mampukah peguam syarie yang pecah amanah ini menawan Permatang Pasir? Kenapa ye peguam syarie ini tak mampu menahan nafsu bila melihat wang yang banyak? Adakah warga pengundi di Permatang Pasir akan memangkah calon umnobn KORUP ini? Sudah kita dengar media karat Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.. Alahai dah habik korek semua calon tak sesuai... tinggal yang ni je.. berjawatan peguam syarie... kah..koh..keh)

Isnin, Ogos 17, 2009
Pakar Motivasi Tertidoq Tak Sempat ke Penamaan Calon
Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, tidak sempat mengemukakan borang pencalonannya kerana tiba lewat berikutan kesesakan lalu lintas menuju ke pusat Pencalonan. Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di Jalan Berapit di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini. Sebanyak dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), Roslan Yahaya dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.
(Moral: Kah... Koh... Keh... kes bangun lewat la ni... buat overtime kot malam semalam... Macam ni ka mentaliti penasihat Pekida. Tak dak displin diri. Nak puak-puak Pekida motivasi kat hang ka? Hang pi labur la RM100 ribu ke persatuan Pekida tu ada faedahnya. Senang nak buat belanja bagi ranting-ranting yang ditugaskan mencari anak dara hilang)
>>Kisah Mencari Anak Dara>>>

Kelemahan Zahid Hamidi Disebalik Kekuatan Tentera
Dato Fuad Hassan, Timbalan Presiden Perkasa dan AJK Bahagian UMNO Gombak.
>>Lanjut lemahnya Zahid>>>
(Moral: Lemahnya juak-juak umnobn ni. Patutpun setiap kali dicabar berdebat akan ada tolakan dan aktiviti sorok menyorok)
- Saya juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan saya terhadap sahabat saya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ternyata hambar, kontang idea dan tenggelam dalam kepetahan Dr. Puad..
- Saya kecewa seorang yang berpengalaman seperti Dr. Zahid ternyata lemah sekali dalam berhujah dan inilah juga tanggapan ramai terhadap Dr. Zahid seperti yang disampaikan oleh kawan-kawan saya.
- Beliau menyebut berkali-kali tentang perlunya beliau menang untuk membolehkannya membuat perubahan dan rombakan terhadap sistem politik UMNO di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Nampak macam beliau ‘enjoy’ menyebut hubungan baiknya dengan Najib.
- Dr. Zahid berjanji untuk membuat kursus-kursus untuk mendidik ahli-ahli UMNO sekiranya beliau menang. Soalnya beliau telahpun berkuasa sekian lama dan menjadi ahli majlis tertinggi yang paling atas melalui persepsi ahli-ahli UMNO yang tinggi terhadap beliau.
- Dr. Zahid gagal mengupas tajuk ini dengan bernas dan petah. Beliau nyata teragak-agak dan khayal dalam kelancaran Dr. Mohd Puad. Ini jelas apabila ditanya oleh salah seorang ahli penal mengenai bagaimana Islam boleh membenteras rasuah, beliau menjawab, “semua agama menganggap rasuah itu haram” dan “kita kena melakukan kaedah face to face untuk mencegah rasuah”. Full Stop.
- Tercenggang saya akan jawapan beliau. Saya amat mengharapkan seorang yang keluar dari Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dapat memberikan huraian Islam mengenainya, ternyata hampa. Tidak terserlah keintelektualannya.
>>Lanjut lemahnya Zahid>>>
(Moral: Lemahnya juak-juak umnobn ni. Patutpun setiap kali dicabar berdebat akan ada tolakan dan aktiviti sorok menyorok)
Rohaizat Blacklist Lesen Guaman

Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan telah hilang kelayakan kerana beliau telah dikeluarkan dari senarai peguam yang boleh mengamalkan firma guamannya. Dari penjelasan yang diberikan oleh penasihat undang-undang bahawa pihak Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang diperjelaskan oleh Bendaharinya, Tuan Haji Omar (Hamid), pembayaran terhadap wang yang dipegang oleh syarikat guaman Saudara Rohaizat telah pun diselesaikan lama dahulu. Oleh yang demikian, mereka juga telah lama menarik balik laporan yang dibuat terhadap penggunaan wang pelanggan oleh firma guaman Saudara Rohaizat, di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya dan perkara ini telah pun diselesaikan serta beliau layak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
"Perkara yang harus diperjelaskan ialah firma guaman ini dan Saudara Rohaizat hanya tidak boleh menjadi pengamal undang-undang kerana keputusan telah dibuat oleh Majlis Peguam. Daripada segi perundangan, mungkin Rohaizat tidak salah tetapi daripada segi moral, mungkin inilah yang dipertikaikan oleh pihak yang akan berlawan dengan Rohaizat. Ini soal persepsi orang ramai. Kita akan jelaskan kepada pengundi apa sebenarnya yang berlaku.”
-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(Moral: Kah..Koh..Keh dah blacklist pun boleh diangkat menjadi calon... Manadia calon yang bersih.. takkan dah tersalah pilih baru buat penafian... Tu belum dikorek habis lagi...)
Jumaat, Ogos 14, 2009
Permatang Pasir, Zahid Akui Masalah Umno

Penamaan calon belum bermula, Permatang Pasir belum lagi kelihatan kenaikkan poster dan baner. Zahid Hamidi kecut dan terus memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas kepada anggota atau pemimpin UMNO yang khianat. Dari awal lagi Zahid memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan.
"Saya ingin tegaskan, mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka. Saya tidak main-main dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini. Semua pemimpin, sama ada yang sudah lama atau baru mesti mempamerkan kesungguhan untuk memastikan kemenangan calon BN dan diberikan peranan dalam jentera kali ini."
-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, naib Presiden Umno
(Moral: Dulu di penanti si zahid terselamat sebab umnobn tak bertanding. Sekarang lutut dah ketar tengah memikirkan isu apa yang nak di mainkan. Takkan nak mainkan isu Pengkhianat Melayu kot. Hang kan berimej baik di mata umno. Tapi di mata rakyat Marhaen hang lebih busuk dari bau sampah lori DBKL sampai sanggup godam rakyat biasa>>>)
Rabu, Ogos 12, 2009
Tiada Pondok Panas XXX, Hilang Rasa Kecut
Tiada lagi tolak ansur! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertegas akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan merayu undi dan membuka pondok-pondok panas pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, 25 Ogos ini.
‘‘Kita tidak terima desakan daripada mana-mana pihak. Kita buat keputusan bahawa di Permatang Pasir tidak akan ada lagi barung-barung parti politik, tiada lagi meja semakan dan kita akan pastikan tiada lagi merayu dan meraih undi pada hari pengundian. Saya harap sangat media dapat beri kerjasama memaklumkan kepada para pemimpin parti, mengingatkan perkara ini supaya tidak berlaku lagi pergaduhan, baling botol dan baling batu.’’
-Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, Pengerusi SPR
Kah.. Koh.. Keh.. Tak dak desakan dari mana-mana pihak.... Habih kenyataan kat bawah ni dari makhluk mana?
"BN amat bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang, tindakan sesetengah parti politik sebelum ini telah menimbulkan keresahan dan ketegangan di kalangan pengundi dan juga pekerja pilihan raya, semasa berkempen dan juga pada hari pengundian. Saya harap SPR akan memantau situasi ini dengan rapat."
-Tan Sri Muhyiddin Yassin
(Moral: Kah... Koh... Keh... umnobn mematuhi undang-undang? Duit dari udara kepunyaan Pakatan Rakyat??... Mana datangnya batu dan botol yang hinggap di kepala puteri umno!!. Budak sekolah yang cuti boleh mengundi dihari bekerja?. Anak rantau dok diam-diam jangan ambil cuti, majikan tak bagi)

Pemecah Undi Permatang Pasir

Permatang Pasir dijangka akan ada wakil bebas bagi memecahkan undi. Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara PAS, Barisan Nasional dan seorang calon Bebas.
"Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu. Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya. Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang."
-Kamarul Ramizu Idris
(Moral: Adakah Kamarul Ramizu ditaja oleh seseorang kerana beliau menganggap peyertaan ini dan sebelumnya adalah latihan semata-mata sebelum PRU-13. Begitu banyak duitnya dilaburkan walaupun beliau sudah tahu akan hilang wang pertaruhan jika peratus undian tidak mencukupi. Alahai penasihat Pekida Malaysia... banyak duit hang no.)
Langgan:
Catatan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
Mana pi fail penting aku nih. Semalam ada.. la ni dah hilang pulak. Belek punya belek tak dak jugak. Mampus.. esok kena hantaq kat client.. ...
-
sumber sahih : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel Wa rasa benda yang baik elok disebar-sebarkan. Jadi wa copy dan paste artikel dari bl...