Jumaat, September 18, 2009

Bukan Politik Sekadar Mendalami Ilmu Teknologi

Sudah seminggu tiada torehan dilakukan untuk menjana kepingan wangi masuk ke dalam poket. Raya hanya tinggal beberapa hari je lagi. Kawan-kawan semuanya dah hampir lengkap bergaya dari atas sehingga ke bawah. Lantak pi kat hangpa menghabiskan wang untuk menambah kemacho-anya. Bukannya aku malas nak turun menoreh cuma aku teruja dengan apa yang di tawarkan oleh kawan aku. Dipendekkan cerita minggu lepas aku kesempatan menghantar rakan sekampung yang belajar sekitar serdang. Penat juga drive kereta kecil molek bapanya. Nak harap kawan aku tu bawa.. hentikanlah.. dah tua pun masih tak dak lesen memandu. Aku pun tak tahu kat mana serdang tu. Itu semua tak penting janji selamat sampai.

Cerita sudah dipotong. Tiba-tiba.. ini barang kalau hang boleh repair kasi hidup, serta-merta jadi hak hang jelas kawan aku. Barang apa tanya aku sambil membuka beg yang sudah bersawang. Hang tengok sendiri sambil menghulurkan sebuah buku 'How to Repair Your PC'. Perghh... aku makin teruja bila dapat memegang sebuah komputer riba yang tertulis Compac Presario V3000. Aku pun tak tahu menatang apa Compac Presario tu. Lantak pi lah. Kalau hang berjaya aku bagi terus kat hang, kalau tidak berjaya aku akan ambil balik masa raya nanti jelas kawan aku. Aiyakk... ini satu cabaran kedua bisik hatiku. Tahun lepas motor buruk bapa dia yang tersadai dah jadi aku punya sebab berjaya repair. Hairan juga kenapa bapa dan anak begitu baik terhadap aku yang tidak mempunyai harta benda. Habih hang belajar nanti nak guna kumputer apa? aku cuba menguji tawaran dia. Dengan muka angkuh dia mengeluarkan sebuah komputer riba bewarna silver dari beg yang ada logo buah apple kena ngap. Fullamak.. aku semakin jakun bila melihat betapa nipisnya menatang tu. Ni lah yang dinamakan Mac Book Air, powerbook yang paling ringkas dan bergaya jelasnya. Gila hang... banyak guna duit beli menatang nih kata aku. Sudah jatuh cinta lar... cute sangat... friendly use dan virus internet payah nak masuk serta tak buang masa nak scan virus hari-hari. Lagipun powerbook ni aku beli guna PTPTN jelasnya. Ceh patut pun dah tua masih tak dak lesen. Kat sini minatnya bisik hati kecil aku walaupun keterangannya susah nak paham.

Alamak Rais Yatim sudah sunting ini cerita. Sebelum projek bermula aku cek dulu peralatan membuka dan cd perisian supaya tidak timbul masalah bila bekerja. Apa yang aku paham dari buku bahasa omputih setelah tiga hari mentelaah dan serba sedikit sumbatan ilmu teknologi komputer dari kawan aku di cybercafe, aku cuba apply langkah demi langkah demi memastikan tiada kesilapan besar terjadi. Mula-mula yang aku dapat kesan masalah power adapter tak berfungsi dan digantikan dengan adapter tangan kedua. Setelah dicuba beberapa kali barulah dapat melihat aliran elektrik masuk dengan cantik. Aku cuba tekan butang on dan menunggu dengan penuh sabar. Berjaya dihidupkan tetapi terhenti di capaian window. Terpaksa buka helaian buku untuk mencari masalah seterusnya. Rupa-rupanya masalah cakera keras yang dah kang kong. Nyat.. nyet.. nyot.. dan terus hubungi tokeh cybercafe jika ada lebihan cakera keras yang dijual. Nasib aku sentiasa baik kerana petang tu juga dia suruh aku ambil dikedainya. Setelah digantikan aku cuba lagi menghidupkannya. Sabar... tunggu punya tunggu... tup-tap... berjaya masuk paparan set-up dan aku terus memcuci data supaya cakera keras tersebut betul-betul kosong. Dan langkah seterusnya mengikut buku, aku masukkan CD yang tertulis Window Vista sehingga berjaya memuatkan kesemua data tersebut. Akhirnya setelah mengikut arahan dari CD, aku menghidupkan kembali mesin ini. Dub.. dub.. jantung aku berdebar menantikan kemunculan paparan Window. Tiba-tiba... Perghhhh... hidung dah kembang kerana berjaya mengusahakannya. Terima kasih kawan bisik hatiku.

Kos semua barang tangan kedua yang diganti adalah RM80 yang dibayar ansuran kepada tokeh cybercafe kampung aku. Ha.. ha.. Mulai esok komputer riba ini akan menjadi milik aku sebagaimana yang telah setujuterima sebelum ini. Lar.. lar.. lar.. aku tidak menyesal kerana tiada wang dan tiada pakaian baharu untuk beraya. Tapi terasa bangga juga sebab budak kampung seperti aku boleh memahami ilmu ini disebabkan keinginan yang tinggi. Cahriosss...

2 comments:

Mat Amin berkata...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri "buat budak kampung online" sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat apa jua keterlanjuran.
Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

Zack berkata...

Budak Kampung selamat hari raya untuk kau.

Post Haru Biru

Arkib Blog