Khamis, Januari 07, 2010

F-5E: Ini Bukan Cerita Serios Si Kambing Memang Hitam

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak perlu Suruhanjaya Diraja kerana beliau berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara serta siasatan yang dijalankan setakat ini membabitkan kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kena berpuas hati. Nanti Najib kata melawan tokeh pulak.

Tak pa baguih untuk menyelamatkan tengkok kambing putih. Memang majoriti rakyat berkeyakinan individu-individu itu telah dikambing hitamkan hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu yang terlibat secara langsung dalam melenyapkan harta negara.

Rata-rata rakyat percaya kalau enjin jet yang besar itu mampu dilenyapkan, tidak mustahil fakta dan bukti yang sekadar di dalam kertas itu juga boleh dihapuskan sebagai mana pihak mereka menghilangkan bukti kemasukkan Altantuya ke Malaysia.

Tempoh siasatan yang lama iaitu hampir satu tahun setengah, menguatkan lagi kesangsian rakyat terhadap penemuan ajaib pihak penyiasatan yang telah sedia diragui itu. Berbagai-bagai muslihat yang boleh dilakukan dalam tempoh yang lama itu untuk menyelamatkan individu-individu besar dan berkuasa.

Inilah akibatnya apabila kerja-kerja penyiasatan kes-kes berprofil tinggi diserahkan kepada pihak yang telah hilang kredibilitinya. Sama seperti kes mata lebam DSAI, kes video Lingam, kes kematian Beng Hock, kes Altantuya dan macam-macam lagi yang jelas membuktikan badan penyiasat yang terikat dengan kerajaan tidak mampu menemui penamatnya.

(Moral: Masih waras kerana keselamatan negara boleh digugat hanya dengan seorang sarjan. Kuat seleweng betol dia ni>>>. Siapa yang patut disiasat>>>)

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alahai..... Panglima Angkatan Tentera dan mereka yang sekroni dengannya, yang jadi general jaga store TUDM yang hilang injin under his nose... bila nak letak jawatan dan lari la ke Dubai!!!!!!!

Dunia Mommy Comel berkata...

Pherolins ialah wangian yang disebatikan bersama pheromone & copulin dengan tahap campuran yang paling sesuai untuk membantu anda memanupilasi pheromone & copulins di dalam Pherolins tersebut pada tahap optimum.
Pherolins mewarnakan kehidupan anda dengan menaikkan tahap keyakinan diri anda, menampilkan diri anda di tempat kerja atau untuk mendapatkan lebih perhatian tetapi yang lebih hebat lagi, ia membantu anda menarik perhatian lelaki. Lelaki akan lebih mudah mesra dan selesa bila bersama anda. Untuk pasangan suami-isteri, sudah tentu Pherolins akan membantu mengeratkan lagi perhubungan & keintiman anda berdua. Suasana akan lebih tenang & ceria apabila anda berada di dalam lingkungan aura wangian Pherolins.

Sesuai utk semua golongan wanita.

abu muaz berkata...

menteri pertahanan zimbabwe bijak dari menteri pertahanan negara aku.

Post Haru Biru

Arkib Blog