Khamis, April 08, 2010

Adakah Kenyataan Ini Umpan Umnobn Untuk Mengalih Perhatian Rakyat

Pertama: Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos. Boleh baca disini.

Kedua: Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini. Seterusnya disini.

Nota:
1- Syarikat Apco Worldwide Sdn. Bhd. yang bertapak di Malaysia perlu ditamatkan perkhidmatannya juga sebelum mereka ini membina dan berselindung atas nama syarikat baru. Begitu juga dengan syarikat Asiasoft (M) sdn. bhd. Hambat mereka keluar dari Malaysia.. beranikah?

2- Musa hasan sebelum ini menafikan dakwaan Anwar Ibrahim dan mencabarnya untuk mendedahkan dakwaannya itu. Tapi hari ini beliau pula mengakui bahawa syarikat Asiasoft tidak lagi dibenarkan masuk ke PDRM.

3- Nampaknya semua pendedahan Anwar adalah betul bagi menyelamatkan negara ini dari anasir zionis. Itu sebab grombolan umnobn sangat takut kepada beliau. Jika rakyat biasa yang mendedahkan isu-isu tersebut nescaya akan mati kering di godam oleh pihak berkuasa.

4- Bagi mendapat keyakinan skrip baru yang akan dicipta, kini Najib pula akan membawa bekas ahli PKR Zahrain dan Zulkefli Nordin ke Washington bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat. Siapa tahu selepas ini hal tuduhan yang membabitkan Najib dan Rosmah terhadap pembunuhan Altantuya dapat dibersihkan oleh katak bebas dua ekor itu.

3 comments:

Unknown berkata...

"Katak dua ekor itu" tak sesuai BKO. Lebih sesuai jika dipanggil "Beruk dua ekor itu"...

zack berkata...

Kalau setakat tak nak sambung perkhidmatan Apco adalah tidak memadai. Sebagai perdana menteri Najib harus membuat kenyataan disidang media kerana beliau telah mengguris perasaan rakyat yang beragama islam. Regim umno apco.

john Labu Bukit Beruntung berkata...

Mungkin.... Ana ulang mungkin... BN akan bagi alasan tamatkan (tak mempebaharui) kontrak APCO sebab kononnya APCO ni sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... pulak

BN akan tibai balik kes APCO no kat DSAI... tengoklah nanti... biasalah BN... bila dah tersepit buat benda yag tak masuk akal... lepas tu paksa mereka-mereka yg berkitabkan Utusan, TV3 dan seumpanya untuk mempercayai fakta2 busuk BN ni...

Post Haru Biru

Arkib Blog