Rakyat yang bijak sentiasa mencari informasi yang tepat supaya tidak tertipu. Kini bocor lagi kesilapan UmnoApco dalam memilih calon dari MIC. Rakyat akan bertanya Kamal Rawang Atau kamalanathan Sungai Siput?. Dan bagaimana pula kamalanathan kononnya anak jati Selangor yang rumahnya beralamat di Rawang boleh pi mengundi di Sungai Siput Perak.
Nampak disini bagaimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah dikudakan dengan permainan politik UmnoApco. Jadi tidak hairanlah jika ada pengundi hantu, pemindahan para pengundi dan aturan-aturan yang pelik diwujudkan oleh Suruhanjaya ini. Tujuan mereka hanya satu, menangkan calon BN dan kurangkan peratus pengundi dari Pembangkang.
Malah Muhyiddin juga telah mempersenda nama kamalanathan yang kononnya mencerminkan konsep 1Malaysia. Menurut Muhyiddin nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India. Dengar khabarnya di ceruk-ceruk kampung Hulu Selangor nama Kamal telah di binkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sebagai Kamal bin Abdullah bagi meraih simpati pengundi. Pandai sungguh mereka ini berdalih.
Bukan setakat itu sahaja, apa sahaja yang boleh menyakinkan rakyat termasuk pencapaian akademik pun mereka boleh berbohong. Terkini kamalanathan telah muatnaik Sijil akademik beliau dari Edith Cowan University menyatakan beliau dengan jayanya menerima Bachelor of Communications. Nilailah sendiri yang mana satu original dan tulen... kah..kah.kah..
Ini Cert yang di Anugerah kepada P Kamalanathan kononnya dari Edith Cowan University. Pautan boleh pi disini dan disini.
Aku sering bertanya:
Tertanya juga mengapa certification yang di keluarkan dari Edith Cowan University mempunyai imej Korporat yang berbeza dari segi penggunaan huruf dan kertas. (seperti kertas sijil kerajaan malaysia aje...)
Mengapa certification yang dikeluarkan kepada ZACHAR LASKEWICZ mempunyai Hot Stamping Gold pada logo burungnya sedangkan sijil P Kamalanathan hanya print menggunakkan dakwat gold.
Mana hilangnya perkataan PERTH Western Australia pada sijil P Kamalanathan.
Jika P Kamalanathan mengatakan sijil darinya adalah original maka sijil ZACHAR LASKEWICZ adalah tulin. Takkan universiti tersohor sanggup mengabaikan imej korporat yang telah di guideline sebelum ini.
Nota 1: Aku tertanya lagi. UmnoApco kata tiada pergolakkan dalam pemilihan calon MIC. Tapi mana hilangnya Datuk G. Palanivel semasa hari penamaan calon P Kamalanathan tempoh hari.
Nota 2: Ahli PKR perlu menyediakan Transport. Jika penduduk yang nama mereka telah ditukarkan oleh SPR ketempat mengundi yang lain, maka anda boleh membantu membawa mereka.
Dah Berpuluh Tahun BN Berbohong Dan Takkan Berubah. Anda Yang Perlu Berubah. Jom Pangkah ZAID BIN IBRAHIM Dari PARTI KEADILAN RAKYAT.
0 comments:
Catat Ulasan