Rabu, April 28, 2010

Polis Lepas Geram Belasah Rakan Arwah Aminulrashid


Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Nota: Aduss...

Perisik Rakyat: Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid
Pengadu menyatakan:-


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

11 comments:

Tanpa Nama berkata...

kenapalah polis malaysia begini? tolonglah.. kami disini cukup terseksa mngenang kembali arwah aminulrasyid......

Tanpa Nama berkata...

Mabuk ka polis ni. siap boleh belasah budaktu tanpa usul periksa. Bangang. tul..

Tanpa Nama berkata...

KENA ADA ORG BUAT HOMEWORK STATISTIK KES BUNUH ORANG AWAM OLEH PIHAK BERKUASA PDRM, SPRM & UTK

Tanpa Nama berkata...

zalim nyer kau polis..klu la ank kau yg di buat begitu,apa kau rasa agak nya..

Tanpa Nama berkata...

menitis air mata bc isu adik nie..xsangka sekejam ni polis di malaysia...

Tanpa Nama berkata...

polis buat keje pun salah, tak buat keje pun salah... kita persoalkan aja keje dorang bi selalu...kitakan suka mempertikaikan keje dorang...lepaih ni kita tak payah suruh depa buat keje dah... biaq pi org nak merempit pagi2 buta, biaq p org menyamun, biaq p org kacau anak bini kita, tak payah buat road block, biaq p org pakai keta takdak lesen, langgaq keta org lain, biaq p jalan2 kat negara ni tak payah ada yang ronda...kita tempah baju awai2, hurm nak pakai kaler apa tak tau...kita buat macam thailand.. buat huru hara, baru leh eksen tegakkan keadilan sendiri, baru lah nampak macam kita ni HERO pada org lain...lu pikiq la seniri..

Tanpa Nama berkata...

Kalo bergantung pada report, haram dua2 pihak aku tak pecaya. Polis sebab nama baik dia memang dah tercalar, budak tu plak... mcm la aku tak penah muda, ada aje yg aku corner janji aku tak nampak bersalah. Korang pon mcm la tak pandai kelentong kalo dah salah. Tuhan aje yg tahu cerite sebenar...

Al Fatihah kpd arwah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bapak kita bertugas Polis peronda malam, aku di rumah tidak bolih tidur kerana nyawanya di hujung tanduk, entah balik (hidup) atau tidak (mati). Orang lain nyenyak tidur kerana aman. Bapak ku menunggu masa .... baginilah hidup aku menunggu bapak ku pulang ....!

Tanpa Nama berkata...

cam x logik jer budak tu leh lari balik umah lepas kene belasah ngan polis...ingat senang2 jer ker leh tlepas dr polis....mat rempit pun sangkut gak ni kan plak budak kecik ni...entahlah semua hanya Allah yang tahu kebenarannye....al Fatihah buat arwah

Tanpa Nama berkata...

mmg xlogik pun...ntahla...

Tanpa Nama berkata...

Jgn la pecaya sgt, aku pon boleh ckp. Sebenarnya member dia sendiri yg tembak, pastu belasah polis, pastu blk umah. Pastu ckp polis jahat. Bila dah besar budak tu sendiri apply masuk polis.

Post Haru Biru

Arkib Blog