Isnin, April 26, 2010

PR Perlu Tambah Turbo: Biar Momentum Hulu Selangor Dapat Lonjakkan Sebenar Pada PRU13

Catatan Sental: Yang kalah tetap kalah dan yang menang sudah diputuskan oleh SPR. Namun yang kalah bukan bererti lemah kerana PKR mampu memperolehi undi 23,272 melebihi jumlah tahun 2008 malah siap ada penambahan undi pada calon Zaid Ibrahim.

UmnoApco menang dengan majoriti yang tidak sampai sasaran iaitu bawah 6 ribu. UmnoApco masih dalam delima sebenarnya. Mereka sanggup membeli kemenangan dengan harga yang mahal mencecah puluhan juta ringgit. Namun sasaran mereka masih dibawah kemenangan tipis.

Pengerusi UmnoApco Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar." Itu kata Najib. Tapi bila dibandingkan peratusan yang keluar mengundi 2008 dengan 2010 serta undi rosak 2008 dan 2010 tidak ada perubahan yang besar sebenarnya. Berkemungkinan yang boikot tahun 2008 telah memberi kemenangan tidak setara mana kepada UmnoApco.

Walaupun populariti Najib dikatakan melonjak 60 peratus namun beliau masih tidak berkeyakinan dan sanggup turun ke Hulu Selangor menaburkan gula-gula getah yang dikunyahnya. Kepada rakyat yang tidak berfikir akan melekatlah pada gula-gula getah itu ketika mengutipnya. Namun siapa tahu dalam pedih mereka UmnoApco bersorak bagi menyembunyikan kegusaran akan kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Kini Rakyat sudah boleh menerima tanpa was-was pentadbiran PR yang dilihat mampu mengambil alih kerajaan pusat suatu hari nanti. Itu yang ditakutkan grombolan UmnoApco. Muhyiddin dan Zahid Hamidi serta Hishamuddin keris nak juga merasa kerusi Perdana Menteri. Jadi walau apa cara sekali pun mereka akan mempertahankan bahawa grombolan UmnoApco perlu memerintah negara walaupun terpaksa membenarkan pelacuran keatas perundangan, korupsi, kuda-mengkuda dan penipuan bagi mengekalkan kedudukan mereka.

Nota: Wa takkan bersubahat kepada golongan yang menerima khidmat Apco Yahudi Zionis. Perlu tendang pungkok menteri itu.

4 comments:

Unknown berkata...

Salam,
1.Kekadang lu perlu juga baca bab isreal ni dgn pendedahan si ezam...

2.Banding juga dgn pendedahan anwar...

3.Barula berintregriti, bermaruah dan melambangkan kecerdikan akal...

zack berkata...

Hairan dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah.

Tanpa Nama berkata...

Ezam tu bila tiba pilihanraya aja dia timbul sebab diketuk oleh Najib. Tapi dia tak berintegriti sebab rasuah dalam umno pun dia tak boleh tegur. Almaklumlah kalau tegur sakit pula telurnya dipicit oleh najib.

atie berkata...

salam bk...

menang beli apa class

Post Haru Biru

Arkib Blog