Catatan Sental: Modal politik UmnoApco sejak dari dulu lagi memang menyerang peribadi calon. Apa nak heran. UmnoApco sudah terasa parti mereka akan goyang bila Pakatan Rakyat meletakkan Zaid Ibrahim yang dilihat mampu untuk merimaskan menteri-menteri grombolan yang duduk di kerusi parliment itu nanti. Pasir Salak dan Rembau usah gelisah ye... ha..ha..
Dapat juga dilihat bagaimana mereka menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Serangan moral seumpama ini adalah bagi meletakkan imej Anwar yang hodoh di mata rakyat. Namun mereka menteri UmnoApco tetap gagal kerana rakyat semakin cerdik mencari informasi. Lihatlah bagaimana Anwar telah memanaskan punggung menteri-menteri UmnoApco ini dengan pendedahan yang luarbiasa sehingga PM Najib pun terasa bahangnya.
Sepatutnya menteri UmnoApco yang mempertahankan kalimah Allah perlu rasa malu sebab dicabar oleh DAP untuk bersumpah menyatakan bersih Alkohol yang telah melalui anak tekak mereka sebelum ini. Berani ka wahai pak menteri UmnoApco!!!. Ibrahim Ali yang sedang berkempen untuk menangkan calon BN dari MIC dengan menghentam Melayu Zaid di Hulu Selangor mungkin akan terloncat disebabkan kenyataan DAP tersebut.
Yang ni satu hal lagi mengenai bloger pencuci najis grombolan UmnoApco. Mereka berhempas pulas mencipta imej grafik dan mengeluarkan artikel menghentam Zaid sebagai tegar arak walaupun beliau sudah bertaubat tak buat lagi. Dalam dok ghairah menghentam, mereka ini terlupa bahawa menteri-menteri UmnoApco yang mereka back-up selama ini punyai pengalaman sama meneguk air setan itu.
Ohh.. penyebab perangai pak menteri UmnoApco sentiasa pelupa. Rupanya baru bangun tidur dari meja kasino Las Vegas. Takkan kira untung juta-juta sehingga terlupa nak turun melawat kawasan. Siapa pula menteri UmnoApco yang overdos arak sehingga sanggup meraba punggung bergetah wanita itu suatu masa dahulu. Ah.. sadis juga kelaku moral mereka ini. Patutpun belia-belia yang tegar UmnoApco bermoral seperti setan.
Mereka UmnoApco tidak ambil serius tentang minum arak dan kaki judi ini sejak dahulu lagi. Gejala yang merosakkan mentaliti dan moral kini merebak kepada remaja sebab adanya kelulusan lesen judi dan tempat-tempat lepak yang menyajikan arak saban tahun. Tidak hairanlah gambar anak menteri itu bersama tin arak tersebar di internet. Malahan siap ada pengampunan kepada model perempuan itu yang minum arak dikhalayak. Terbaru kejadian pelik wujud dalam kenyataan menteri UmnoApco ini bilamana mereka baru sedar bahawa Judi dan Arak itu HARAM dengan menyerang peribadi Zaid Ibrahim. Itu pun setelah berlakunya PRK Hulu Selangor.
Bab ini aku tak kata. Tapi kenyataan Ustaz Taib Azamuddin menyebut Serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid. Setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepercayaan kepada Khalid. Boleh pi baca disini.
Sepatutnya salahkan menteri pelajaran itu yang beriya-iya benar mahu menyerang peribadi calon PKR. Menteri yang dilihat mempunyai akademia yang tinggi, rupanya memalukan minda intelek melayu. Nah sekarang tuan yang cuba melondeh kain lawan tanpa sedar telah menyebabkan seluar rakan-rakannya terlondeh sama. Weh malunyer dah tua-tua suruh orang tengok... termuntah biru lar jawabnya... kah..kah..kah..koh.
Semakin di cerca oleh menteri, media dan pecuci najis UmnoApco, namun aura Anwar Ibrahim jelas mampu menarik perhatian ribuan rakyat di Hulu Selangor. Sumber gambar cedok dari blog wfauzdin.
Masih terbelenggu dengan kekusutan? Usahlah runsing.. pakat turun pangkah calon Melayu anda. Undilah PARTI KEADILAN RAKYAT.
4 comments:
Sokong!!
nak pergi undi budak India tuh buat apa...hanya menggelapkan masa depan Hulu S'gor jer.. semoga Zaid Ibrahim dpt masuk parlimen & bawa bersama isu2 rakyat yg mmg diperjuangkannya sejak dulu lagi..(cuma dulu platform dia salah, sekarang dgn PKR suara dia akan didgr..)
Malam pun ramai juga yang melekat. Hebat lah lu anwar
UmnoApco...nama yang serasi..
Salam Budak kampung..
ala... hulu selangor bukan tempat akak la... kalau tak tentu turun punya ngundi...
Catat Ulasan