Jumaat, April 02, 2010

Umnobn Bakal Menang Bergaya Di Hulu Selangor


Hari mengundi jatuh pada 25 April iaitu hari Ahad. Bijak juga kepala hotak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk memberi ruang dan masa kepada rakyat yang bercuti keluar mengundi. Walhal sebelum ini jika hangpa nampak umnobn tak boleh nak menang, pandai pulak hangpa pilih tarikh mengundi pada hari bekerja dan wujud pula larangan mendirikan pondok-pondok panas. Chett.. macam pilih bulu lah pulak.

Dalam dok menanti 17hb ini sebagai hari penamaan calon, Polis pun dah mula keluarkan Akta Polis 1960 melarang mengadakan ceramah kempen sebelum tarikh tersebut. Kalau mana-mana parti langgar maka pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan. Dijangkakan lebih 1,000 anggota polis akan ditugaskan di kawasan Parlimen Hulu Selangor untuk menjaga keselamatan bagi memastikan PRK itu berjalan lancar. Perghh... ramai pula anggota polis. Sebelum ni dok kata tak cukup anggota nak pantau jenayah.

Apapun hangpa warga Hulu Selangor masih beruntung kerana akan dapat bermacam-macam bantuan serta projek-projek mee segera dari kerajaan pusat.

................................................................................
Petikan Media:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru. Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali. Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan. Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam taklimat oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Kali itu, Muhyiddin turut menerima permohonan penduduk kampung bagi menaik taraf jalan raya sedia ada yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Muhyiddin juga turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Beruntung lah penduduk Kuala Selangor, dapat projek begitu banyak,(itu pun kalau BN menang),
kalau kalah entah lah. Macam di Manek Urai, angkara BN tak menang projek membesar Jambatan merentasi Sg. Lebir, janji tinggal janji....

Unknown berkata...

Salam BK. Kalaupun Alternatif kalah dalam PRK kali ini, sekurang-kurangnya rakyat dapat merasa duit cukai mereka daripada dibaham puak-puak yang suka makan benda-benda haram itu.

Post Haru Biru

Arkib Blog