Rabu, Mei 26, 2010

Mejar Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin mengetuai perbarisan kawat. Nampak macam over. Yang lain ok je Kool.


Perghh.. buat muka bengis kasi geng umno takut.


Ko nampak ni M16 wahai parpukari. Berani kutuk lah. kang aku tembak.


Lopeh ni den Tabik spring kek pak mertua den macam yang diajar..


Umang-aihh nasib baik sebulan jo. Kalau kena 6 bulan mampuih den.. Bawa teksi tak penat macam ni... tengok apa.. ha..ha..ha


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor. Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah. Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. - Bernama

2 comments:

Kensi Ell Byle berkata...

mejar? hahhaa...
beliau masih pegang pgkat PERAJURIT MUDA ok...

btw..usaha beliau untk melibatkan diri dengn pasukan simpanan dan mengikut latihan dengn sebaiknya seperti anggota lain adalah usaha yang cukup baik.

Tanpa Nama berkata...

polik aku nengok gambo dio...satu rambut panjang satu lagi rambut G.I boto ko dio ni

Post Haru Biru

Arkib Blog