Jumaat, Ogos 20, 2010
Penderhaka Guna Dana Negara Untuk Anak Emas - Nurul Izzah
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 19 Ogos: “Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih?” tanya Nurul Izzah Anwar.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjelaskan kenyataannya dalam temubual bersama Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.
“Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu yang dianggap sebagai penderhaka.
Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataannya, beliau ingin membangkitkan kenyataan menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegitu juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia.
“Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?” soalnya.
Pada hematnya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk ‘Kapal selam sertai latihan’ terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, soalnya apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan itu merangkumi latihan yang mencukupi.
“Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali.
“Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan,” ujarnya.
Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, beliau mendesak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.
Katanya, kalau benar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sam...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Parti manakah yang berani menjolok kedudukan istana semenjak 1946? Awang buat-buat lupa ye.. atau Awang sudah terkena sindrom pelupa. Biasan...
-
satu: Mamak mahathir Alkutty set-up liwat 1 sebab rasa terancam pengaruh politik anwar... maka beliau dapat sambung pemerintahan diktatorny...
-
This is true and all happened within these two years! I have a friend's daughter who is studying in Limkokwing University, and she was k...
0 comments:
Catat Ulasan