Selasa, Jun 09, 2009

> GO GLOBAL, KILL EM ALL: GILA BABUS GENG NIH


BENGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan. Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong. Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. "Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya. Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae. Lebih 3,500 orang terkorban sejak Januari 2004 bila kumpulan pemisah melancarkan semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah majoriti Islam Yala, Narathiwat and Pattani. BERNAMA

(Moral: Suka hati menembak orang tengah solat, Budus tol dah tak tak kerja kaa...Takziah buat jemaah islam yang terbunuh)

1 comments:

azmietaha berkata...

Aku yakin ini bukan kerja orang Islam. Orang Islam orang beriman. Orang beriman tak akan buat kerja bodoh macam ni kerana 'solat adalah benteng kepada kerja-kerja munkar. Rujuk al-qur'an rujuk al hadith... memang jelas tentang ciri-ciri manusia beriman bagaimana dan manusia tak beriman bagaimana. Allahuakbar!

Post Haru Biru

Arkib Blog