
Kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini menimbulkan tanda tanya. Menurut laporan awal, Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.
‘‘Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Beng Hock kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi. Semasa percakapannya dirakam Beng Hock tidak menunjukkan reaksi takut atau gelisah dan memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai SPRM."
- Mohd. Shukri, Pengarah Siasatan SPRM
Bila dah menyiasat sampai lewat pagi menyebabkan mangsa mungkin terlalu letih dan mengantuk. SPRM perlu bertanggungjawab dalam kes kematian Beng Hock. Adakah pegawai SPRM menggunakan tindakan suka hati dari segi masa dan peraturan dalam menyoal siasat mangsa?.
0 comments:
Catat Ulasan