Jing Cheng yang juga Setiausaha Gerakan Demokratik Mahasiswa dan Anak Muda Malaysia (DEMA) dipercayai datang ke university tersebut untuk berjumpa rakannya, Redzuan dan Aizat di Akademi Pengajian Islam. Beliau mendakwa didatangi oleh lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pengawal keselamatan universiti dan menunjukkan kad identiti sambil menutup nombor pendaftaran.
“Apabila kami dibawa ke balai polis, kita mendapati polis memang tidak profesional. Kami ingin membuat laporan tentang apa yang telah berlaku tetapi tidak dibenarkan. Polis pula menahan kami atas laporan yang dibuat oleh Izaham (Pengawal Keselamatan Uni. Malaya). Selain itu, polis juga menangkap pembantu siasat sekali apabila menangkap orang yang disyaki. Terdapat beberapa kes dalam lokap yang kami jumpai. Seorang didapati memilik dadah maka empat orang lagi teman serumah juga ditahan. Kami juga mendapati satu kes di mana seorang budak disyaki mencuri, tetapi nenek, ibu dan lima kanak-kanak lagi juga ditahan termasuk seorang yang berumur 1 tahun. Saya berasa kesian atas kejadian yang saya nampak. Di samping itu, kedua-dua malam saya dalam lokap, kami berjumlah 20 lebih orang tidur dalam satu ruang yang kecil, dan saya terpaksa tidur dekat dengan tempat buang air kencing, mandi dan berak. Pengaliran air itu tersumpat, bau memang cukup kuat dalam lokap itu. Atas usaha orang ramai termasuk rayuan segera (urgent appeal), menelefon pegawai inspektor (IO) kami dan perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) pada 13 Julai malam, kami telah dibebaskan tanpa bersalah. Saya tengah fikir, polis yang profesional harus menyiasat dan mendapatkan bukti barulah menangkap, tetapi kami telah ditangkap baru disiasat, ini telah menyebabkan kami ditahan dua hari, kehilangan kebebasan sebanyak dua hari. Polis yang profesional seharusnya menyiasat sebelum menangkap supaya rakyat tidak ditahan begitu sahaja."
- Jing Cheng, Setiausaha Gerakan Demokratik Mahasiswa dan Anak Muda Malaysia (DEMA)
>>Lagi Pendedahan Polis dan SPRM>>>
Jumaat, Julai 17, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sam...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Parti manakah yang berani menjolok kedudukan istana semenjak 1946? Awang buat-buat lupa ye.. atau Awang sudah terkena sindrom pelupa. Biasan...
-
Pencacai-semalaysia | Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia ...
-
satu: Mamak mahathir Alkutty set-up liwat 1 sebab rasa terancam pengaruh politik anwar... maka beliau dapat sambung pemerintahan diktatorny...
0 comments:
Catat Ulasan