Khamis, Ogos 06, 2009

ASTRO, Bikin Orang Kampung Susah


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini. Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan. Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat.

(Moral: Aiyoo sudah melampau... orang kampung yang berminat dengan sukan luar negara semua akan naik angin. Walaupun orang bandar kata... elehh.. RM12 hinggit ja..... tapi bagi orang kampung... kepala hotak hang... RM12 boleh lari budget tiap-tiap bulan. Pihak Astro jangan sedut duit rakyat loo. Mana dia Menteri yang bertanggungjawab.. Kasi buat teguran pada Astro. Weh.. MU ngan Liverpool sapa yang boleh pi separuh akhir... Aiseymen..wa tak tahu lorr. Esok tengok paper lar... kah..koh..keh.. Lepaih ni sapa-sapa yang tak mampu boleh langgan yang basic aje... otak terus jadi tepu)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog