Sabtu, September 19, 2009

Era 1 Malaysia Najib Mengetatkan Ruang Bersuara


Kerajaan sudah mengetatkan ruang kebebasan bersuara yang semakin mengecut di bawah Najib kerana beliau dihantui kes pembunuhan Altantuya. RTM di bawah penyeliaan Rais Yatim, telah menampal notis di studio, menyenaraikan tujuh isu yang dilarang untuk siaran perbincangan, termasuk politik (pembangkang), institusi raja, seks dan sebagainya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara tiba-tiba bertukar menjadi sebuah badan yang aktif. MCMC bukan sahaja mengunjungi Malaysiakini untuk empat kali, meminta agar dua klip video ditarik balik, malah memberi amaran kepada blogger supaya berhati-hati ketika memberi pandangan. Rais Yatim mengaku bahawa kementeriannya sedang memantau kandungan dalam alam siber. Beliau memaklumkan bahawa kementeriannya telah mengesan 500 hingga 540 tohmahan palsu setiap bulan menerusi blog, e-mel, Facebook dan Twitter terhadap institusi raja, nilai-nilai Islam, pencapaian orang Melayu serta dasar-dasar kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia. Selain menapis internet, mengetatkan ruang bersuara, Najib turut bersedia untuk meminda akta yang berkaitan internet, untuk menangani masalah penyalahgunaan internet untuk aktiviti yang tidak bermoral dan haram.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog