Khamis, September 10, 2009

Siapa Lambatkan Kes Anwar?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN – PEGUAM Hasnal Rezuan Merican hari ini mencadangkan supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan kuasanya mengeluarkan arahan supaya perbicaraan kes liwat melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dipercepatkan. Menurut Hasnal, antara sebab yang membolehkan kes itu boleh dianggap berkepentingan awam adalah kerana kedudukan Dato Seri Anwar Ibahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Kes ini juga menarik minat pihak asing termasuk wartawan dari luar. Saiful dalam blognya juga ada menulis merungut, kerana perbicaraan yang sepatutnya bermula 1 Julai lalu telah berkali-kali bertangguh-tangguh.

Setiap ada PRK mesti ada sahaja kes liwat Anwar diwar-warkan untuk mengundang kebencian para pengundi walaupun bukan Anwar Ibrahim sendiri yang jadi calonnya. Dengan tiba-tiba ada sahaja Saiful yang buat rebut-ribut di high-lightkan pula oleh para pemimpin UMNO dengan suara orang luar, kononnya ia dianggap suara berkecuali. Mungkin betul, Dato Seri Anwar Ibrahim sangat digeruni ceramahnya olehpara pemimpin UMNO, kerana ceramah beliau sangat berpengaruh dan diminati pengundi muda-mudi hari ini. Isu Anwar terlalu meyakinkan muda-mudi menjadikan kehangatan telinga para pemimpin UMNO dan calon UMNO akan menjadi banyak masalah untuk menang.

Kalau kita benar-benar ikuti perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, orang yang pintar semua tahu kenapa kes Anwar tertangguh-tangguh? Salah Anwarkah kes itu tertangguh? Atau Peguam Negara tidak mahu berikan kepada peguam Anwar Ibrahim ‘bahan bukti’ yang dipegang oleh pihak pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim? Perkara ‘bahan bukti’ yang dipegang oleh pihak pendakwa pasal kes liwat Anwar Ibrahim itu, sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan baru-baru ini, pihak pendakwa mesti berikan kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim seminggu sebelum perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan.

Pihak Peguam Negara telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk tidak memberikan ‘bahan bukti’ itu kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini belum ada keputusan dari Mahkamah Persekutuan lagi. Kalau Mahkamah Persekutuan belum beri keputusan mestikah Peguam Negara boleh gunakan kuasanya overule keputusan Mahkamah Tinggi seperti yang dimahukan oleh peguam Hasnal? Peguam Hasnal Rezua Merikan yang mempertikaikan kes liwat itu lambat sebab Anwar, itu adalah salah. Mungkin peguam Hasnal tidak faham sepenuhnya mengenai keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi terdahulu pasal ‘bahan bukti’ yang enggan diserahkan itu oleh pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja peguam Hasnal tidak faham, Tan Sri Nazri juga langsung tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan yang dengan sengaja menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim melambat lambatkan kes liwat tersebut. Mungkin para pemimpin UMNO sudah kehabisan isu politik maka dengan sengaja melemparkan fitnah itu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim agar UMNO kelihatan bersih. -sabahkini

6 comments:

ghostWRITER berkata...

KES JUBUR, Slogan Anwar - "Tangguh jangan tak tangguh"

Tegar Umno berkata...

Banyak lah alasan si Anwar nih. Mengaku aje lah lepas tu tutup kes.

Kulup_Arapayung berkata...

Bodoh betul penulis ni.Sengaja tak mau paham. Drp permohonan Si Nuar tu kita boleh baca yg Nuar ni cari jalan utk lambatkan pembicaraan.

Unknown berkata...

Wahai daaksaytunk, tegar umno dan Kulup hangpa ini adalah penyokong yang bodoh dan tidak menggunakan akal walaupun hangpa mungkin berpelajaran tinggi. Pandangan Halik Zaman ada betulnya. Kes Anwar mendapat liputan wartawan seluruh dunia. Terbukti bahawa kenyataan doktor menyatakan tiada berlaku liwat ke atas SIFOOL. Jika Anwar didapati bersalah maka DUNIA akan melihat undang-undang NEGARA MALAYSIA boleh DILACURKAN dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pemerintah demi kepentingan politik umno. Jika persepsi ini menular ke seluruh DUNIA maka berkemungkinan para pelabur akan menolak untuk melabur di pasaran malaysia. Buat penyokong umno yang buta lagi tuli sila semak pautan ini.

http://kerajaanrakyat.com/?p=8078#more-8078

Mereka merompak kekayaan negara demi untuk kepuasan nafsu serakah yang ada dalam diri pemimpin-pemimpin umno. Selama umno memerintah kebanyakkan yang lahir dari golongan perogol, pemakihamun, perasuah, penagih dadah, penjenayah, samseng dan cerdik pandai menipu segala perundangan, kehakiman, kepolisian serta bahan media. Jadi dengan itu janganlah manis bicara daripada buat kerja. Ahli umno semuanya cakap tak serupa bikin.

DurianKampung berkata...

Asal nak komen je mesti ada perkataan2 mencarut & mengatakan org bodoh oleh pecacai BeerEnd ni.

Tahu la blog2 mencarut korang tak laku. Jangan la plak nak bawak resmi mencarut korang tu kat sini. Lagi korang mencarut,lagi orang parti benci BeerEnd korang tu.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tunggu apa yang akan terjadi kepada BERNAS .. lo..lo..lo..telor

Post Haru Biru

Arkib Blog