Bekas Setiausaha Perhubungan umno negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyifatkan keputusan pilihanraya kecil (PRK) yang berlaku sebelum ini tidak memihak kepada BN. Beliau yang juga ADUN Ajil berkata sungguh malang nasib negara kerana sudah lapan kali Pilihanraya Kecil (PRK) diadakan. Ramai mengetahui selepas pilihanraya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu berlaku PRK yang melibatkan kawasan Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selembau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir. Dalam kesemua pilihanraya ini Umnobn hanya memenangi satu iaitu DUN Batang Ai nun jauh diceruk Sarawak yang pengundinya hanya terdedah dengan media lidah kerajaan. Manakala di Bagan Pinang kita menyaksikan BN berhadapan dengan PAS.
Ramai yang menilai dengan kekerapan pilihanraya yang diadakan adalah sangat menguntungkan rakyat jelata dengan limpahan projek dan bantuan daripada kerajaan BN. Sehingga projek yang tidak diminta pun akan datang juga. Ini menggambarkan umnobn sudah semakin terdesak dan hampir ditolak rakyat jelata. Pendekatan BN ini mampu memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mempersoalkannya dan menjadikan umpan pada setiap pilihanraya kecil.
Adakah pendekatan sebegini masih lagi relevan di masa sekarang yang rata-rata pengundi di Malaysia sangat cerdik memilih. Persoalannya mampukah BN bertahan dengan cara begini?. Atau nanti mungkin rakyat melihat Umnobn hanya menunaikan janji membantu hanya ketika pilihanraya sahaja. Tun Musa Hitam pernah berkata bahawa umno sekarang sedang menghadapi masalah penyakit tua dan ubat yang paling berkesan untuk penyakit itu ialah kematian. ujarnya.
Manakala menurut pendapat allahyarham Abdul Rahim (bekas Menteri Besar Pahang) yang menyatakan perjuangan umno telah terpesong. Kalau dulu untuk agama, bangsa dan tanah air tetapi hari ini adalah untuk diri dan peribadi serta kroni. Dan matlamat perjuangan asal sekadar menjadi sandaran dan titian untuk mencapai cita-cita peribadi. Lantaran itu, Rosol berpendapat pemimpin-pemimpin terdahulu ikhlas dalam menjalankan tangungjawab mereka hanya untuk rakyat sehingga setiap masalah mampu diselesaikan.
Sabtu, Oktober 10, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...







0 comments:
Catat Ulasan