Selasa, Oktober 20, 2009

Patik Mohon Sembah Derhaka

Keluarga Sultan Perak Menjadi Bertambah Kaya apabila Umnobn berjaya merampas dengan cara hina negeri Perak dari Pakatan Rakyat. Rakyat Perak hanya dapat Habuk je kah..kah..kah. Kalau setiap hasil balak diberi kepada rakyat Perak lagi baguih. Oiit gelap nih... tak nampak satu benda pun... tu menatang apa yang nampak putih jee... hek eleh.. gigi hang rupanya... Oiit Zambry awat nyorok ditempat gelap. Nyaris jentolak ni tak gilis hang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, di sepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak di mana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan, Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak sementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) di mana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah.

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta di mana harga sebenar jauh lebih tinggi di pasaran terbuka. Hotel tersebut terletak di kawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

>>Wajib Baca dan mengapa perlu derhaka>>>

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ini la namanya untuk "rakyat", "rakyat" diutamaka...

Selama ini UMNO berkidmat kepada "rakyat" sebab tu banyak kroni yang kaya raya. Inilah sistem yang "adil" namanya.

Ini hanyalah sedikit saja daripada sekian banyak "jasa" UMNO berjuang untuk "rakyat".

Mader berkata...

Bestnya bila pangkah umno yang kaya bertambah kaya. Rakyat biasa macam aku bertambah kering kontang.

Post Haru Biru

Arkib Blog