Ramai yang mahukan DUN Perak dibubarkan kerana rampasan kuasa Umnobn secara berani dan kotor telah menjahanamkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Walaupun kerajaan Perak di bawah naungan Zambry yang ditelunjukkan oleh Najib dilihat tidak bermasalah menerajui Negeri Perak oleh media lidah umnobn namun apa yang tersirat adalah sebaliknya. Walaupun kerajaan negeri Perak sekarang ini terpaksa menggunakan pelbagai medium untuk menegakkan tiang yang dah bengkok. Dengan munculnya Bloger-bloger upahan umnobn di Perak bagaikan satu strategi untuk menarik kembali sokongan rakyat Perak kepada Umnobn. Tidak hairanlah ada bloger upahan umnobn hidup mewah dengan tulisan maki hamun yang layak ke mangkuk tandas menghentam PR.
Akhbar lidah umnobn pula berhempas pulas memberi publisiti kepada Zambry Kadir yang mengambil berat tentang masalah rakyat Perak. Walhal jika ditinjau dapatkah rakyat perak menemui beliau yang sentiasa buat-buat sibuk supaya dapat mengelak dari bertemu muka dengan Rakyat.
Zambry terpaksa lupakan rakyat menyusun atur jadualnya kerana acapkali kehadiran Najib untuk membantu beliau memulihkan sokongan rakyat Perak dengan amaran kepada PR supaya tidak menggangu gugat persidangan DUN pada 28 Oktober ini. Amaran dari Najib ini semacam ugutan bagi mengaburkan bahawa umnobn Perak kini sudah tersepit ditengah kedua-dua Speaker (HiFi) samada Ganesan mahupun Sivakumar sehingga mereka sanggup mengupah grombolan garisan 3 untuk membelasah Adun PR yang bukan bangsa Melayu di hari persidangan DUN tersebut.
Alahai umnobn 1 Malaysia kenapa sewaktu speaker Sivakumar menggantung Zambry dahulu dari menjalankan tugas menteri besar perak, Umnobn mengatakan Mahkamah boleh campurtangan dalam penggantungan ini. Manakala bila timbul isu R Ganesan sudah jadi lain pulak Mahkamah tidak boleh campur tangan kerana melibatkan Speaker BN. 1 Malaysia Najib menunggang institusi yang dilihat intigritinya yang semakin malap. Atas telunjuk Najib maka Mahkamah dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan krisis keabsahan siapakah Speaker DUN Perak yang semakin panjang berlarutan.
Ini dapat dilihat Umnobn sehingga hari ini cuba dan memaksa rakyat Perak agar menerima dengan hati terbuka kerajaan yang ditubuhkan secara haramjadah dan seterusnya perlu mengaku bahawa Zambry adalah menteri besar Perak yang sah. Umnobn sungguh licik dalam permainan kotor ini. Sebenarnya Rakyat Perak sudah lama menunggu hak mereka sebagai penentu sesebuah kerajaan setelah dicabul oleh umnobn dan perlu dikembalikan dengan pengundian. Apa lagi umnobn sila bubarkan DUN Perak kerana hangpa sudah mendapat kepercayaan 1Malaysia. Umno menang banyak jika pautan ini benar. Beranikah Zambry telunjuk Najib bubar DUN?
Isnin, Oktober 26, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
2 comments:
Semua menteri dalam umno termasuk najib dan yang dah nyanyok seperti Che Det kata pakatan rakyat dah goyang. Jadi perdana menteri najib perlu bubar dun perak segera garenti menang berganda.
Sapa dia garisan 3 tu. Tunjuk muka lah. Nanti aku hantarkan garisan 6. kah kah.
Catat Ulasan