Jumaat, Disember 04, 2009

Golongan Sakit Tenat (GST) Bikin Rakyat Melarat


Dalam dok mengira hasil jualan susu getah yang tak beberapa lancar seminggu dua ini di sebabkan hujan anugerah ilahi, teringat pulak headline pembungkus nasi lemak tiga hari lepas yang berbunyi Akta baru cukai perkhidmatan diperkenal. Menatang apa akta baru cukai nih. Bila aku ingat kembali barisan ayat kat pembungkus nasi lemak tu baru aku paham Ooo.. rupanya grombolan yang dikepalai Najib mahu mengwujudkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan. Kalau dalam bahasa omputihnya 'Goods and Services Tax'.

Awat dah teruk sangat ka ekonomi negara sehingga grombolan umnobn ini mahu GST menjadi kenyataan. Mana dia pakar ekonomi yang boleh pikiaq bagaimana nak menambah pendapatan negara selain memuktamadkan GST ini. Takkan dok biaq grombolan membazir dengan ketirisan wang negara. Yang aku paham bila sebut aje cukai memang ianya bakal membebankan rakyat sederhana macam aku yang kadangkala tergendala nak turun mengukir batang getah disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Tambahan pula nanti setiap barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna akan mengandungi elemen cukai.. hampeh.

Bagi yang bujang memang tak boleh senang dan asik susah kerana akan menghadapi kenaikan kos dalam kehidupan seharian. Berangan nak pakai Skyline dalam mimpi ajelah. Yang mana nak kahwin silap-silap ada service tax dari bakal pak mertua.. kah..kah. Manakala yang mempunyai keluarga akan gugur rambut ketuanya. Mana tidaknya kerana terpaksa bekerja bertungkus-lumus setiap hari dan kadang-kala terpaksa pula melakukan kerja tepi demi untuk menyara kehidupan keluarga semata-mata mahu menampung kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat. Adakah kehidupan seperti ini yang grombolan umnobn mahukan untuk rakyat 1 Malaysia. Kalau yang berada tu memang tak hairanlah. Seluk aje poket baju depan garenti ada RM500. Tu belum lagi poket seluar. Jangan seluk poket seluar dalam udah lerr.. kah..kah..koh..keh...

(Moral: Jangan terpaksa berhutang untuk menyara kehidupan sekeluarga udah lerr. Ataupun terpaksa pi minta sedekah dan menagih simpati orang ramai. Lebih teruk lagi terpaksa pula hidup merempat kerana sudah tidak mampu lagi untuk menyara hidup dan terpaksa menjual rumah kerana cukai yang membebankan. Lantak pi kat hangpa.. ada aku kesah.. Hidup di dunia ni pun pinjaman juga. Pastikan bank hati anda penuh supaya boleh short-cut kemudian hari)

1 comments:

ummi ida berkata...

Seronok betul bc artkl ni.Teruskn usaha utk menydrkn rakyat.kita jg ada hak bersuara krn kita yg bkl terbeban.

Post Haru Biru

Arkib Blog