Rabu, Disember 16, 2009
Politik Baharu Mengambil Alih Politik Lama
Catatan Sental: Politik baharu yang di bawa oleh Pakatan Rakyat (PR) memang memberi impak yang menakutkan grombolan umnobn yang sudah lusuh mengamalkan cara politik lama. PR harus memperlihatkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menggantikan grombolan Umnobn dalam pemerintahan negara.
Usahlah pandang sebelah mata dengan cara lama kerana ianya mampu tenggelamkan yang baharu. Kebijaksanaan pakar strategi PR perlu mangatasi strategi lama grombolan umnobn kini dilihat sedang bertungkus lumus mahu merebahkan Pakatan Rakyat.
Ini dapat dilihat jika pemimpin PR mengeluarkan 'kata salah' maka semua wartawan grombolan umnobn mengolah menjadi 'kata-kata yang sangat salah lagi menyalahkan ditambah pula dengan kesalahan'. Bijak betul mereka mengolah sehingga pembaca menjadi serba salah untuk melihat siapa yang lebih terserlah.
Lihatlah di semua media cetak dan elektronik penjilat temolok grombolan umnobn. Banyak isu kecil diputarbelitkan menjadi satu isu yang besar. Tujuan mereka hanya mahu PR terkubur dengan melahirkan persepsi kepada rakyat supaya menolak gabungan tiga parti ini. Nasib baik dikampung aku ada saluran Internet. Kalau tidak, termakan juga lah dengan pembohongan media karat ini. Kesian juga kepada mereka yang terpedaya dengan racun Grombolan umnobn ini.
Peluang yang ada perlu diguna semaksima mungkin untuk terus mendapat kepercayaan rakyat yang masih dibuai oleh media penjilat temolok grombolan umnobn. PR harus memperlihatkan integriti dalam pemerintahan di beberapa buah negeri yang diperintah sekarang ini. Jangan asik berpolitik sampai lebam seperti kata sultan selangor.
Dalam dok membongkar kesalahan lalu dan terkini pemerintahan umnobn, Pakatan Rakyat harus membuktikan pembangunan pasarana, sosial, keikhlasan minda dan menambah baik ekonomi negeri-negeri dibawah pemerintahan PR supaya dapat memberi kepentingan kepada rakyat agar selari dengan konsep yang diperjuangkan.
Bagi membina satu persepsi yang jitu supaya rakyat Malaysia memberikan mandat untuk perubahan, peranan PAS dalam PR adalah penting bagi memperkukuhkan gabungan tiga parti dengan memandang ke hadapan secara bersama dan memberi sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan utama parti.
Sebagai orang muda yang duduk diceruk kampung, memang memberi harapan yang tinggi supaya Konvensyen yang akan diadakan pada 19 Disember ini akan membuka lembaran baru dengan kejelasan halatuju perjuangan PR bagi membawa kesejahteraan rakyat pertengahan dan bawahan macam aku ni. Jangan dok gah dengan konvensyen, lepastu dok takuk tu juga dah ler.
(Moral: Pemimpin yang dok dalam PR harus bekerja keras melepasi tahap mentaliti dan disiplinisasi yang dok ada pada pemimpin dari grombolan umnobn. Jangan dok ikut mereka sebab grombolan umnobn tak akan berubah lagi kerana dah tua tegar dengan amalan politik lama. Jika pemimpin PR melepasi tahap ini ianya mampu mengwujudkan kredibiliti pada identiti sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara. Teringin juga nak tengok satu lambang yang gah menumbangkan lambang kati yang kini dilihat semakin senget.)
>>Berkaitan: Rapatkan Saff Menawan Putrajaya>>>
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...
-
JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari i...
-
by Yatre Hayati Lihat. Ini adalah selipar crocs yang biasa. Boleh didapati di mana-mana. Di Uptown, Downtown ataupun Mid Valley mahupun pas...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno. Apakah den...
3 comments:
salam tuan...
sebenarnya Umno-bn telah lama disembelih, cuma urat merih belum putus...wallahua'lam
Pakatan rakyat mampu menyaingi BN. Masalahnya ada adun pr yang perangai serupa macam adun BN. hodoh.
ish-ish budak kampung ko masih tak sedar PAS dan PKR dikuda oleh DAP. Balik lah ke pangkal jalan.
Catat Ulasan