Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa rakyat agar tidak mudah terjebak dengan provokasi berikutan beberapa serangan sejak 3 minggu lepas ke atas gereja, surau dan masjid serta mencadangkan sidang Parlimen diadakan segera.
- "AMK berharap agar perkara ini tidak berterusan dan suatu tindakan konkrit dan pantas perlu untuk memastikan keharmonian dan semangat kasih sayang antara berbilang bangsa dan agama di negara ini terjamin. Kita mahu Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen untuk membahaskan isu tergempar ini kerana perkara ini cukup sensitif dan panas serta amat mendesak kerana melibatkan keselamatan dan keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia. AMK mahu hasil daripada sidang khas tergempar ini mampu membawa tindakan yang tepat dan pantas untuk menghentikan terus kejadian yang semakin menjadi-jadi ini." - Mohd Ezli Mashut, Ketua Penerangan AMK Selangor
Rakyat, katanya, menilai kepimpinan Perdana Menteri sama ada berupaya menyelesaikan isu panas ini atau sekadar membiarkan perkara ini berlanjutan yang menyebabkan imej dan nama negara kini semakin tercemar akibat kejadian serangan ke atas tempat ibadah ini.
1 comments:
salam sahabat
jika benar?ehm jadi saya rasa masih tahap pencarian bener pa tidak ya he..he..good luck
Catat Ulasan