Jumaat, Februari 26, 2010
Akhbar Selangor Kita, Usaha Umno Menjatuhkan Pakatan Rakyat
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang berbaur fitnah. Walaupun umno Selangor menafikannya, namun umum sudah tahu bagaimana umno dan juak-juaknya boleh buat apa sahaja demi kepentingan parti mereka. Disini Artikelnya.
Adakah umno semakin tertekan dengan ekonomi yang lembab, negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mampu menarik pelaburan sebanyak RM6 bilion pada 2009. Boleh pi baca disini. Adakah dengan merampas kembali selangor umnobn mampu merakyatkan ekonomi kepada seluruh rakyat selangor. Piirahhh... lar ni pun umno dok cekik rakyat dengan kenaikkan demi kenaikkan.
Lihatlah bagaimana pergerakan terancang yang umno lakukan untuk menjatuhkan kepimpinan Pakatan Rakyat. Di sabah grombolan sanggup mengupah anak-anak PATI untuk mengedar risalah-risalah lucah di seluruh bandaraya Kota Kinabalu. Boleh baca disini.
Anda mungkin tidak terlupa sebab anda bukan orang umno yang mudah lupa. Lihatlah senario grombolan umno semasa pilihanraya di Permatang Pasir. Bilamana jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 mengesan cubaan umno bagi menarik sokongan pengundi. Mereka Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.
Buka setakat itu sahaja, grombolan umno sanggup menggunakan alternatif meng-pos risalah-risalah berbaur fitnah bagi tujuan mendapat kembali sokongan rakyat. Kat sini artikelnya. Apakejadahnya permainan kotor sebegini. Lihatlah bagaimana sebuah 4x4 bercermin gelap menabur risalah di sekitar mahkamah menghina Anwar Ibrahim. Bukankah ini angkara grombolan umno yang semakin hilang telurnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
9 comments:
Kan wa dah cakap umno dari dulu dan kini suka tibai belakang.
Sebenarnya kita semua tak setuju dgn cara ini, tetapi yg saya memang tak setuju sgt, bila berlaku sesuatu pihak A terus menuduh pihak B yg melakukan, walhal kita semua tak tahu kebenarannya. Mungkin betul tentang apa yg dinyatakan dlm akhbar tersebut... cuma cara dan masanya serta gaya bahasa mungkin tak sesuai tetapi perkara yang dinyatakan. BN dan UMNO yg selama ini banyak memberi kebaikan walaupun mmg ada keburukannya tak pernah pun pihak pembangkang memuji atau berterima kasih, cuma apa yg keluar cuma cacian dan fitnah juga..Jadi bila pihak kerajaan negeri kena mcm ini itu merupakan balasan tunai sebenarnya...saya tak katalah BN UMNO tu terlalu bagus , mmg ada kelemahan dan kekurangannya tetapi mrk telah buktikan setakat ini bahawa malaysia tidaklah teruk sgt malah banyak juga boleh dibanggakan. Yg teruknya cuma pelaku-pelaku politik je tak kira BN atau PR. Dan yg pasti rugi adalah bangsa kita.. Jadi marilah kita berfikir secara bermoral dan beriman, jgn kita terlibat sama dalam perkara yg subhah.
Ni kerja MCA dan MIC bukan umno. hehe
1. kami mempertikaikan janji PKR masa pilihanraya.. kata nak halang kemungkaran. apa hukum tak menunaikan janji??
"Walk the Talk"
2. aku tak paham, kenapa bila penyokong kamu sendiri yang bangkang kamu, kamu tuduh org lain? kalo tak de bukti bila menuduh, ni dah kira fitnah..
3. aku sokong kerajaan pemerintah, selagi diorang tak suruh aku tukar agama Islam aku kepada agama lain (seperti yang berlaku di philipines suatu masa dahulu), selagi ada pembangunan untuk anak cucu aku, selagi aku buleh cari rezeki di Malaysia jika aku rajin berusaha.
4. kalo PAS ikhlas, betul betul nak tegak kerajaan Islam, aku rasa PAS perlu bermula dari bawah, terapkan nilai nilai Islam, bukannye terap nilai parti PAS. Contohi Allahyarham Ustaz Hj Fadzil.
Tak perlu nak dihairankan. ketika mahathir memerintah pun ada sebahagian tegar umno yang membelot menjatuhkan beliau. Dan bagaimana kumpulan Najib menjatuhkan pak lah. Sama sahaja dalam dunia politik di mana-mana pun. Pada wak pembangkang perlu dalam mengseimbangkan cadangan-cadangan kerajaan supaya rakyat tidak ditipu berkali-kali oleh pemerintah.
Harap pemerintah tidak menjadi seperti Abu Jahal Moden. Sentiasa kedepan untuk menegakkan agama islam tetapi dalam masa yang sama dialah orang paling kuat menentang Islam, menentang perjuangan Islam dan menentang Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam.
Contoh terdekat mereka pentingkan perarakan dan sepanduk sahaja, tetapi tidak pula pentingkan sunah Rasul, tidak pula menghayati perjuangan Rasul, tidak pula menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam menerintah negara. mereka hanya pentingkan perkara perkara yang kecil, sedangkan perkara yang besar saperti memerintah negara menurut Alquran dan Al Sunnah tidak dilakukan. Isu sebat? Kelantangan SIS (sister in Islam) awat pemerintah diam.
Pemimpin pemerintah usahlah sibuk berpolitik sehingga terabai pembangunan negara dan terabainya gejala sosial yang semakin buruk. Kini rakyat hidup dalam ketakutan. Nak biarkan anak2 bermain diluar rumah pun terasa tidak selamat.
Bro umno dalam ketakutan. jika PR mampu mentadbir dengan lebih baik di negeri jajahan, maka kerajaan pusat pasti akan tumbang suatu hari nanti. tugas balaci umno sebelum pru 13 adalah untuk kucarkan PR dan mengwujudkan suasana buruknya pentadbiran PR bagi meraih sokongan rakyat.
Mereka sedar melayu mahu berubah. Tu sebab mereka mainkan sentimen perkauman supaya melayu teragak-agak untuk berubah.
Lihat dalam umno sendiri, masih tidak berubah. mana bebas korupsi? masih bela lagi yang dok ambil rasuah. Mana telus mahkamah? masih dikontrol oleh pemerintah.
Pengakuan polis yang baik dipautan ini
http://ruzanah.blogspot.com/2010/02/rintihan-dari-bukit-aman-blog.html
aslmkm..
Waalaikumsalam. Jemput masuk
Zack, betul ke aper yang kau cakap ni?
Catat Ulasan