Diucapkan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham adik Aminul Rashid Amzah yang telah pulang ke Rahmatullah dalam kejadian yang mengerikan serta menyayat hati. Semoga seluruh keluarga Allahyarham bersabar dalam ujian ini. Sesungguhnya Allah jua yang Amat Menyayanginya dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama dengan roh-roh yang mendapat KeredhoaaNya. Al-Fatihah.
Perlu ambil serius kenyataan Ketua Polis Negara yang dilanjutkan perkhidmatannya oleh kerajaan Malaysia. Di bawah ini petikan kenyataan beliau yang menunjukkan sikap tidak pro beliau sebagai ketua polis. Beliau harus dipecat serta merta.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," -Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Pautan klik.
Mengapa beliau perlu dipecat serta merta?. Ini kerana kenyataan Musa Hasan ini telah melanggar etika dan Ikrar sebagai Ketua Polis yang mempunyai tanggungjawab besar bagi menjaga keselamatan awam. Sebahagian Ikrar Polis seperti dibawah.
Bahawasanya saya pada hari ini amat berbangga menjadi seorang pegawai polis yang dipertanggungjwabkan untuk menerajui PDRM, bagi menjamin keselamatan berjuta rakyat yang bermastautin dan pelawat-pelawat yang datang ke Malaysia....
Meyakinkan masyarakat bahawa kita sentiasa bersama mereka dalam memberi perkhidmatan polis yang mereka kehendaki......
Perlu juga ambil serius setiap tahun ada sahaja rakyat Malaysia tidak bersalah yang melatah di tembak oleh polis.
Ahli keluarga, Saudara-mara dan rakan-rakan mangsa masih bersedih dengan pemergian Arwah Aminul Rasyid di tangan polis. Dibawah ini luahan dari Pyan Habib..
Nota Kecil Kepada Perdana Menteri
TUAN perdana menteri,
senakal manapun anak remaja ini
sedegil manapun anak remaja ini
dia harus dilindungi
tuhan melindunginya
perlembagaan melindunginya
tetapi, aminulrashid sudah mati!
tuan perdana menteri,
aminulrashid adalah cucu saudara
kepada emak mentua saya.
.......... kalaulah aminulrashid anak orang kampung,
.......... yang ibubapanya buta huruf
.......... lagilah malang nasib mu.
Jika orang politik tidak ambil kisah isu ini. Bermakna setiap tahun akan ada manusia yang tak bersalah ditembak mati oleh Polis. Jika orang politik tidak bersuara, Polis pula akan bermaharajalela. Jika orang politik buat tak tahu, kes tembak mati ini akan berlalu begitu sahaja. Jadi petang ini ramai-ramai ke Bukit Aman mesti berhimpun secara aman. klik.
Nota: Jika ada anggota polis yang disahkan menembak secara membabi buta itu ditahan atas kesalahannya, kami rakyat Malaysia nak juga tengok wajah sebenar penembak tepat itu.. Adakah seakan-akan wajah Cif Inspektor Azilah bin Hadri atau Koperal Sirul Azhar dari UTK PDRM yang meletupkan tubuh wanita mongolia Altantuya menggunakan C4.
4 comments:
Musa hassan telah gagal di penghujung pencennya. memalukan.
polis tak patut tembak membabi buta...budak tu tak membahayakan polis pun..bukan budak tu tembak polis pun....tapi memang cam nilah yang terjadi bila polis fikir dia punya kuasa nak bunuh sesiapa saja....kadang2 tanpa kesalahan pun masih dianggap bersalah.....hakikatya polis yang menembak arwah...lebih kepada penting diri dan mahu tunjuk hebat tanpa memikirkan kesan perbuatan tersebut kepada jabatan polis ...bukan itu sahaja ...polis ini juga telah memalukan seluruh jabatan polis malaysia....
Kepade polis: tanggungjawab tetap taggungjawab. Bertindak jangan membute tuli kerana tak sepatutnya mereka (anggota) tersebut melepaskan tembakan pada bahagian kepala arwah sedangkan tiada ancaman balas dari arwah mahupun rakan. Jika berbalas tembakan munasabahlah jika polis bertindak sedemikain. Bila ini telah berlaku maka tercalarlarlah integriti PDRM. Wahai PDRM,terimalah kenyataan atas kesilapan anggotanya sendiri. Baiki kelemahan dan bukan mengEGOkan PDRM dengan statement KPNnya yang berbaur emosi semata - mata. Letak jawatan ajelah.
Kepada Rakan Arwah : Memandu tanpa lesen memanglah melanggar peraturan jalan raya. Jika sudah melakukan kesilapan jangan sampai hilang pertimbangan.
Kepada Kerajaan (KKDN): Terus & terus sajalah mengkaji & menganalisa masalah ini sehingga statistik tembak membuta tuli ini meningkat & tidak ada apa-apa tindakan susulan dan penyelesaian. Hampeh
Kepada Masyarakat : Ambil peduli.
Bagus kami para warga indon sokong siasat kes ini ramai kami ditahan.Idup Indonesia.
Catat Ulasan