Selasa, Jun 22, 2010

Jemaah Islamiah (JI): Tujuan Sama Skrip Berbeza


Catatan Disental:

Tak lama lagi skrip Liwat II Anwar bakal berakhir dengan satu jawapan dan akan mewujudkan pelbagai pertanyaan. Samada Anwar bakal melangkah ke Sg Buloh atau sebaliknya. Macam-macam dipaparkan dari peguam pendakwa yang caca-marba, watak yang rela pada mulanya bertukar menjadi paksa, Doktor kata tiada tujahan disanggah oleh doktor ada tujahan, Simpan air mani dalam bontot selama dua hari dan tak mandi wajib serta tak sembahyang, Tinggal seluar dalam di tepi mesin basuh rumah tunang, Malah amat menghairankan si kena tujah pula yang membeli dan menyimpan pelincir KY. Gila ka SB mangkok hayun tuh.

Namun apa pun skrip yang diulang tayang oleh grombolan, sokongan rakyat tetap utuh untuk berjuang menendang kumpulan jahanam supaya jatuh terlentang. Itu sebab grombolan jahanam naik berang, mengatur perjumpaan di Bagan Datok dan istiharkan perang kepada pembangkang. Komando mana yang nak mula dulu menghentam. Adakah dia itu si kaki pukul, yang pernah mendebik manusia biasa sehingga lebam dan berlubang. Atau si mamak yang tidak berkulit sawo matang.

Apakah Apco memberi tunjuk ajar menyerang Islam ikut belakang. Sebab skrip JI yang hangpa mainkan semacam berulang. Maklumlah Kapten hangpa tengah peluk-peluk sayang bersama binatang. Meeaaoowww... Kuci-kuci-kuci... Hairan pulak sebab kenyataan senada dikeluarkan serentak oleh tiga orang supaya rakyat tercengang. Biasanya depa sauk secara senyap, kemudian guna akta ISA keatas militan dan terus disumbat kedalam. Lar ni siap boleh heboh-heboh supaya isu JI menjadi tegang. Apakejadahnya militan JI itu...

Setelah dirisik dari blog gemasuara... Ooo kumpulan pengganas rupanya... Modal untuk pilihanraya akan datang...

.....
Kenyataan ketua Polis negara kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas keatas rumah kuil Batu Cave dan kuil kuan yin Air Itam adalah sangat dikesali.Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara umno/bn dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

Di bawah ini petikan dari artikel : Tragedi Sauk, Amanat Haji Hadi dan Hak Keistimewaan Melayu: Sandiwara Politik UMNO?. Untuk pembacaan penuh boleh pi pautan ini. Apa salahnya belek balik artikel lama sebab ada sejarah tersendiri. Bukan main roboh ikut suka ikonik sejarah yang estatik.

.....
Ketiadaan isu besar untuk dikaitkan dengan PAS membuatkan UMNO terkial-kial mencari punca.UMNO tidak boleh dengan terus membiarkan PAS memanipulasi ceramah-ceramah politik kerana ia dianggap akan menjejaskan maklumat yang disampaikan oleh kerajaan dan PAS memutarbelitkan maklumat sebenar. Ini semua adalah satu tuduhan yang sengaja direka oleh UMNO. Melaluinya UMNO mencipta satu perkataan iaitu "Fitnah PAS". Ceramah PAS dikaitkan oleh UMNO sebagai satu "fitnah oleh PAS terhadap kerajaan".

.....
Suasana politik dalam negara yang dingin kembali hangat apabila negara digemparkan dengan Kes Rompakan Senjata oleh lelaki berpakaian tentera di Kem Tentera Batalion 304, Grik, Perak. Namun setelah lebih sebulan isu rompakan senjata di Kem 304, Grik berlalu, peristiwa yang mengemparkan banyak pihak itu sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap tahap keselematan negara telah menimbulkan keraguan banyak pihak. Tanggapan masyarakat terhadap peristiwa tersebut berubah setelah berakhirnya tragedi itu yang akhirnya dikaitkan dengan satu pertubuhan silat Al-Maunah yang mempunyai matlamat hampir sama dengan matlamat perjuangan PAS. Penghujung peristiwa tersebut ialah ia diakhiri dengan satu isu politik.

.....
Saya mengikuti setiap hari laporan peristiwa di Grik itu melalui akhbar-akhbar pro kerajaan. Saya sendiri berfikir dengan akal yang rasional matang mengenai kejadian tersebut dan membuat penilaian hasil dari laporan-laporan yang dimuatkan di dalam akhbar-akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star dan akhbar-akhbar lain. Saya membuat satu kesimpulan, bahawa peristiwa rompakan tersebut tidak munasabah dan nampak seperti suatu perancangan telah dibuat bagi mengaitkan peristiwa itu dengan golongan ekstrimis dan pelampau Islam.

.....
Perhatikan disini apa di sebalik rompakan senjata di Grik itu: Motifnya jelas iaitu: Untuk menakutkan kaum-kaum lain yang bukan Islam kepada Islam dengan mengaitkan Islam secara langsung sebagai ekstrimis dan keganasan. (SB India dan Komando Mathew dilaporkan media sebagai dibunuh dengan kejam)

Mengapa Motif sedemikian: Kerana sokongan Bukan Islam terutama kaum Cina dan India terhadap PAS semakin bertambah sehingga pengaruh PAS meningkat.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog