Ahad, Jun 20, 2010

Umno, Kalau Terdesak Pun Usahlah Jual Nama Mufti Dan Ulama

Ini usaha terdesak Umno Karat.

Apakah firma Yahudi Apco Worldwide yang dibayar RM77 juta oleh kerajaan Najib gagal membentuk Imej baik bagi mendapat sokongan Melayu?. Kini setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof pula menjemput bekas mufti Perlis dan ulama supaya menyertai Umno. Dianggarkan seramai 100 orang ulama akan menyertai parti karat tersebut. Dengan harapan mampu menarik kembali sokongan Melayu dan memperkuatkan parti itu. Apakah ini politik murahan Umno setelah gagal mendapat sokongan Melayu Islam.

Dr Asri: Belum Buat Kata Putus

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini. Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas. Link blognya disini.

Nota: Kalau nak dapat projek kena jual nama menteri, kini nak dapat sokongan melayu guna pula nama mufti. Itulah Umno Habis semuanya dijual...

3 comments:

Zack berkata...

Bro.. bab jual-menjual tu memang umno pakar. Segala harta negara kalau boleh mereka nak jual. Janji Masyukkk poket sendiri dan kroni.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,
1.Apa salahnya dia masuk UMNO...koa ni kalau bole semuanya nak balun...

2.Lihat mana ada perjanjian antara BN dgn Wakilnya..kerja org gila je keluar parti talak tiga..bayar 5 juta..nampak sangat tak berkualiti...

3.Tunggu...lihat....kenapa tak percaya!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hairan ulama yang ada dalam umno pun tak mampu nak tegur parti yang sudah tenat dengan rasuah.

Kalau Dr Asri dan 100 ulama masuk umno. Harap-harap mereka ada ruang bersuara dengan lantang dan jangan hanya jadi penyedap umno sudahlah.

Post Haru Biru

Arkib Blog