Jumaat, Oktober 15, 2010
Wanita Pertama Dapat 111 Juta. Pakaian Dalam? Hadiah Istimewa?
Dipetik dari Mkini | Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.
Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.
Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.
Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”
Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.
Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.
Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istimewa'.
Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.
"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.
"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sam...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Parti manakah yang berani menjolok kedudukan istana semenjak 1946? Awang buat-buat lupa ye.. atau Awang sudah terkena sindrom pelupa. Biasan...
-
Peguam Pelakon Lucah Bela Suspek Pembunuh Datuk Sosilawati. Bacaan penuh mengenai Peguam D.P. Vijandran . ***Petikan dari mesyuarat dewan ra...
-
satu: Mamak mahathir Alkutty set-up liwat 1 sebab rasa terancam pengaruh politik anwar... maka beliau dapat sambung pemerintahan diktatorny...
0 comments:
Catat Ulasan