Bahaya bila dah bocor... Lagi bahaya jika kontraktor Umno yang membina loji Nuklear kek Malaysia... Kah... Kah... Kah... Kah...
Khabarnya sebuah syarikat dari Australia, Lynas Corp melabur RM700 juta untuk membina kilang nadir bumi di Gebeng. Dan mendakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk. Lancau... kalau tak dak kesan pi bina lah di Perth...
Kerajaan Sedia Korban Nyawa Rakyat Demi Keuntungan?
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.
Menurut SM Mohamed Idris, pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.
Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.
Dalam tempoh tiga tahun lepas, katanya CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya.
“Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Oleh itu, ujarnya tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.
Syarikat itu, tambahnya menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi.
“Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan,” jelasnya.
Jangka panjang, katanya pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.
Beliau menambah, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.
Jelasnya, kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.
Tambahnya lagi, terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.
Beliau berkata, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.
“Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?
“Mengambil kira betapa seriusnya risiko yang terlibat dalam menjalankan kilang itu, kami menggesa Kerajaan supaya membatalkan dengan segera projek ini,” tegasnya.- Harakahdaily
Sabtu, Mac 12, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Bertuahnya Negeri Kelantan... Punyai sultan berjiwa rakyat... Tidak kira dimana, solat bila masuk waktu... Jejak anda diikuti anak muda Ke...
-
C&P: Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,...
-
Nota: Hub hiburan belum terlaksana. Generasi melayu kini sudah terkulai layu dalam dunia kenikmatan. Waris sebeginikah yang akan mengemudi ...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
18 bulan yang lalu yakni Ogos 2009... PM Najib telah memberi keyakinan yang tinggi kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock... "secara p...
-
Adehhhh... angkara umnobn lahanat beri IC percuma, dia neh dah layak dapat rumah ppr dan br1m.
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Ini kasut golongan kapitalis.... Sebelah lagi disimpan sebagai senjata akhir.... kah... kah... kah.... Ini kesan tapak kasut golongan kapita...








3 comments:
DOA PECAH PEROT N.AJIS BERTUKAR JADI pecah perot BUMI dijepon lak memae CELAKO CELAKO CELAKO..memae meyedihkan
Kontraktor kroni umno buat stadium bumbung runtuh. Itu baru kena angin laut sepoi-sepoi. kalau Tsunami jangan kata stadium. tapak stadium pun hanyut.
Usah kata angin sepoi-sepoi. Tak dak angin pun runtuh juga. kehkehkehkeh
Catat Ulasan