Rabu, Jun 01, 2011
IPP didahulukan, kroni diutamakan
HarakahDaily | Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan Kerajaan BN membubarkan sahaja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jika benar dakwaan menterinya, Datuk Peter Chin bahawa kementerian itu tidak ada kuasa bagi mendesak Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didedahkan kepada umum.
Sehubungan itu, ketua penerangannya, Herman Samsudeen mempersoalkan adakah kerajaan BN yang memimpin IPP atau IPP memimpin Kerajaan BN sekarang ini.
“Bila rakyat mahu tahu pasal kontrak perjanjian, menteri kata tiada kuasa. Tapi bila mahu umum kenaikan tarif elektrik, menteri ada kuasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, rakyat kini melihat pemimpin yang ada sebagai boneka kepada IPP dan bukannya berkhidmat untuk rakyat lagi.
Justeru, ujarnya, slogan kerajaan sekarang patut ditukar kepada "IPP didahulukan, kroni diutamakan".
Beliau berkata, dasar Fuel Cost Pass Through (FCPT) yang dicipta oleh Kerajaan BN pula adalah tindakan culas yang jelas mahu membebankan rakyat kerana kos gas asli yang akan dinaikkan daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap 6 bulan melalui arahan kepada Petronas bakal menyebabkan kenaikan tarif elektrik berganda di masa depan.
“Dan segala kos bahan api itu akan dibayar sendiri oleh rakyat bila mana Kerajaan BN kini nekad membuat pemansuhan subsidi kepada perkhidmatan tenaga elektrik dan gas,” ujarnya lagi.
DPPWP juga, katanya melihat jaminan Kerajaan BN bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak akan naik dengan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik ini sebagai satu lawak jenaka sahaja.
Menurutnya, orang yang faham tentang ekonomi tidak akan bercakap demikian.
Baginya, adalah mustahil harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran tidak naik bila bahan mentah mereka tidak naik.
“Jika kerajaan gagal mengawal tindak tanduk kapitalis dalam IPP dan TNB maka semakin sukarlah matlamat mengurangkan jurang pendapatan rakyat dilaksanakan. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus melarat,” katanya.
Tambahnya, DPPWP juga berasa hairan, kenapa kerajaan beria-ria sangat mahu menghapuskan subsidi dan cuba perkenalkan GST.
“Di manakah peranan GLC Kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dan memberikan pulangan kepada negara?
“Ke mana duit hasil-hasil bumi dan industri yang dijana selama ini pergi sampai kerajaan terpaksa mengambil langkah ortodoks dengan menumpukan kepada pengambilan hasil-hasil negara dari kantung-kantung rakyat melalui pemansuhan subsidi serta pelbagai kenaikan harga dan cukai?” soalnya.
Sehubungan itu, DPPWP mengajak rakyat turun ke jalan raya pada pada 9 Julai ini untuk mendesak Kerajaan BN menghentikan kegilaan mereka mencipta mala petaka ekonomi kepada rakyat.
Katanya, 9 Julai ini juga adalah Hari Demokrasi untuk rakyat.
Tambahnya, ia adalah hari untuk rakyat menuntut keadilan dalam memastikan sistem demokrasi dan pengurusan pentadbiran negara berjalan dengan cekap.
“Inilah masa dan peluang terbaik bagi rakyat menunjukan kuasa mereka sebagai mana kebangkitan rakyat di Thailand dan Timur Tengah yang bangkit menolak kezaliman ke atas diri dan negara mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Mana pi fail penting aku nih. Semalam ada.. la ni dah hilang pulak. Belek punya belek tak dak jugak. Mampus.. esok kena hantaq kat client.. ...
-
sumber sahih : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel Wa rasa benda yang baik elok disebar-sebarkan. Jadi wa copy dan paste artikel dari bl...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Alahai siap berpurdah ketika mengerjakan umrah. Tutup litup dan tertutuplah punca nafsu setiap lelaki yang memandangnya. baguih.. Tapi tak l...
-
Papa gomo adalah bloger pencacai umno yang di didik oleh pemikiran umno-ngok berjaya menyebarkan fitnah keatas MB selangor sebagai penagih a...







0 comments:
Catat Ulasan