Kami warga marhaen Malaysia nak tengok Anwar Ibrahim 'Demam' kerana berdebat dengan Najib Razak...
Kenyataan Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Najib: Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden. “Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,”....
Dah lama sangat Anwar ajak Najib berdebat.... sejak PR perkenal Janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia.
Arkib: Sebelum ini Anwar mencabar Najib yang juga presiden Umno untuk berdebat mengenai cadangan Pakatan Rakyat itu, tetapi ditolak oleh Najib. Malah, Anwar juga tetap terus mencabar Najib dalam satu ceramahnya di Felda Tenang setelah Najib menyindirnya Anwar ‘akan demam’ sekiranya Najib “mendedahkan semua maklumat” tentang Anwar.
Program 100 hari tersebut:
1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyem- purnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengu- rusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Nota:
Topik haruslah tentang halatuju Malaysia yang lebih efisyen dan bebas rasuah...serta perihal rakyat... dan apa-apalah asalkan bukan menyerang peribadi...
Para pemimpin parti yang berdebat harus mempertahankan hujah masing-masing dan dalam masa sama cuba menyakinkan rakyat dengan apa yang mereka hendak lakukan. Dalam perdebatan itu mereka boleh membantah agenda parti yang menjadi lawan mereka.
kalau Najib dapat mengemukakan wawasan dan ideanya untuk membangun negara yang lebih baik, praktikal dan dapat diterima rakyat maka Najib akan disanjung oleh rakyat negara ini. Jangan takut kepada kekalahan kalau kalah dijalan yang benar atau landasan yang benar. Sinar Harian sila jayakan 'Debat Agong' ini....
Deman oh demam siapa yang akan demam... terbongkang.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...
Ahad, September 18, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...








2 comments:
yg pasti demam najib tk kbah2.bkn psal brdebat dgn DSAI,tp psal skandal scorpene dn rncangan nk mnjatuh kn dia dlm umno sndri.
Najib dah demam campak. TPM nampaknya mahu mencampakkan najib keluar.
Catat Ulasan