Selasa, Oktober 11, 2011

Bedah Muka Sebab Nak Jadi Superman



myMetro | Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu.

Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN.

Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.

“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez.

Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras.

2 comments:

atie berkata...

Ya.. Allah... lainya muka dia...

zack berkata...

boleh belakon di hollywood.

Post Haru Biru

Arkib Blog