Khamis, Mei 03, 2012

Lucah: Azmin tuntut Utusan bayar RM100 juta


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.


Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam. ~HarakahDaily

4 comments:

PenganutPAS berkata...

Kesian kat Azmin . Tu lah padahnya jika berkomplot untuk merampas kuasa. Sudahnya jawatan MB kemana , gambar pulak tersebar. Yerlah jawatan dalam parti pun direbut dengan cara tak adil . Tentulah ramai yang marah . Bila pulak nak buat mesyuarat chabang ni???

Aku rasa gambar tu bukan tandas kat Pejabat UPEN Selangor pasal awek tu pakai t-shirt jer .... mungkin tandas pejabat lain kot

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak habis-habis bermain politik kotor. Macam lahanat.

Tanpa Nama berkata...

Anjing betul puak umno ni.

Tanpa Nama berkata...

standard r puak korg.sket2 umno.puak korg y babi taw x.ak myampah tgk geng babi korg y asyk slahx org jew.memg buta hti da puak korg.x yah nk nfix bnd tu.klu ase stju dgn gmbr tu ckp jew.aku pnh bgmbr nga azmin pki bju tu.sbijik sma.pnh x dgr usaz azhar idrus ckap hrus bgtau kat rkyat tntg kbrukan pmimpin spy dia x dpilih.tl npe tme korg dgr psal altantuya trus angguk mcm lembu?x myumpah pun ckp keje geng korg?npe psal cncin rosmah korg trus pcya?ad bkti jelas ke?pasal lynas pon main sdok jew mjerit mcam pocong tnp usul priksa.pasal pgrusi spr pon trus pcya dia ahli bn.da jmpa prg sbnr trus snyp.nk pcy ke jnis org gni?mcm lmbu sumer.babi la puak korg.sumer x btol...ingat peringtan dr Allah..bila dtg seseuatu kaum mmbri brita tntg sesuatu kaum mka sldikilah bmbg kmu akn mnimpax ssuatu hkum y slah y mybbx kmu mysal..jgn jd bdoh.jgn prejudis.jgn hpokrit.jgn dabel standard.jgn jd babi

Post Haru Biru

Arkib Blog