Secara tidak rasmi, kempen PRK itu sudah pun dimulakan. Dengan lebih sebulan berkempen mulai sekarang, sukar bagi Umno dan BN untuk memecahkan kekuatan kubu ampuh Parti Keadilan Rakyat ini yang letaknya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh milik ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi BN, menyertai PRK ini bererti membantutkan pelurusan usaha reformasi Datuk Seri Najib Razak yang bertungkus-lumus mahu menzahirkan slogan 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Ia bermakna pemimpin-pemimpin utama Umno dan BN perlu turun padang untuk berkempen.
Kempen politik bererti mendabik dada mengangkat bakul serta menyumpah seranah pihak lawan. Media arus perdana yang belum dimerdekakan oleh Najib — walaupun antara janjinya adalah untuk mengemaskinikan proses demokrasi dan meluaskan ruang kebebasan bersuara — terpaksa menumpukan usaha propaganda BN.
baca lagi...
(Belum mendayung sampan dah karam...)
0 comments:
Catat Ulasan