Rabu, Jun 10, 2009

> BUSUK PAGI PETANG WANGI


Apa pulak yang bising-bising kat belakang rumah ni. Nak kata tikus lain macam kasarnya. Jengok punya jengok.. hoi hang buat apa kat belakang rumah aku nih.. nak pecah masuk ka???.. dak bang nak mintak kebenaran cari sampah siket. Bila aku tengok dia dari atas ke bawah nampak macam tulah pekerjaannya. Ada harga ka sampah ni... tanya aku. Ada bang, la ni semua barang terbuang boleh buat duit, kata dia. Ok lah hang pakat kutip sampah tu bagi licin. Aku pun berlalu dan mecapai akhbar untuk dibaca.. Sedang menyelak tup-tap anak mata tertumpu kat satu kepala bertajuk "Malaysia temui kaedah tukar sampah jadi minyak". Dengan pantas retina mata aku memfokus baris ayat selanjutnya. SHAH ALAM: Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd. muncul sebagai syarikat pertama di dunia yang berjaya menukar sampah sarap menjadi petrol dan diesel. Lebih menarik, proses berkenaan tidak menghasilkan bahan buangan kecuali arang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan industri. Kualiti minyak berkenaan pula menepati standard Euro 4 selain tidak mempunyai unsur sulfur......... Perghhh... patut pun mamat sampah tadi kata boleh buat duit. Bila aku pergi balik kat belakng rumah, mamat sampah tadi dah takde. Bersih gak dia kerjakan.

(Moral: Apapun orang nak kata yang pasti boleh jadi duit. Pesan aku kalau nak selongkar tong sampah kat belakang rumah minta dulu kebenaran tuan yang empunya rumah tersebut. Silap-silap nanti kena cepuk kat tulang rusuk oleh penghuni disitu kerana salah sangka)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog