Khamis, Julai 30, 2009

JANGAN PERMAINKAN ASPIRASI RAKYAT DENGAN TEMA 1 MALAYSIA

Warga Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat. Kecaman rakyat terhadap akta ISA dan penggunaannya juga dilihat kejam yang melanggar hak asasi manusia haruslah dimansuhkan dengan segera. Rakyat juga menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh golongan elit pemerintah.

"BN yang diketuai Umno sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini. Mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini untuk menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka. Kita tertanya-tanya sejauh mana kerajaan ini sanggup untuk menidakkan keadilan, menghancurkan institusi kenegaraan dan mengadu domba rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kami secara tegas menolak politik perkauman yang dimainkan oleh ahli politik BN yang diketuai Umno, apa yang belaku jelas merupakan satu usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman Umno yang kian memburuk."
- Dato' Seri Anwar Ibrahim

(Moral: Pencabulan perlembagaan yang bermotifkan politik oleh umnobn perlulah dihapuskan. Jika sikap ini diteruskan untuk kepentingan politik mereka, maka semangat perlembagaan akan terhakis sedikit demi sedikit dalam minda rakyat Malaysia. Dan yang tinggal adalah Pengemblingan tenaga rakyat bagi memuaskan nafsu politik pemerintah)

2 comments:

BUJANG SUSAH berkata...

elehh... dia nak kira apa.. suka ati mak bapak dia jer klau nak buat apa2.. bunuh org pun kata mati mengejut.. apa nak heran..

Yusufian berkata...

Bila kena batang hidung sendiri ameno boleh menghalalkan yang haram.

Post Haru Biru

Arkib Blog